SELAMAT TAHUN BARU MASIHI

Selamat sejahtera semua. tak kira Muslim or non muslim. Dah masuk tahun baru masihi 2011 rupanya. Ana baru balik dari mengedar risalah di bandar yang penuh sesak orang tadi, semua nak sambut tahun baru masihi katakan...dalam suasana hujan renyai-renyai ana dan sahabat-sahabat redah juga dalam lautan manusia untuk menyampaikan sedikit 'cenderahati' sempena tahun baru yang tiba.


Alhamdulillah kebanyakan yang didatangi ana, memberikan respon yang baik. Tak kurang yang hanya masam sahaja muka mereka. Tapi tugas sebagai daie, mana mengira suka atau tidak mad'u pada hal yang ingin disampaikan. Sebelum ana menyampaikan risalah, kami berkumpul di rumah anak yatim (untuk melawat dan jumpa adik-adik yang sangat baik!). Beberapa jam sebelum itu, ana ke kedai buku feveret untuk membeli beberapa buku-buku yang hendak dijadikan rujukan. Kali ini buku yang tebal-tebal (ala-ala kitab) menjadi pilihan.



Baiklah..ana harap tahun baru ini kita menjadi hamba yang soleh, solehah. kita menjadi Hamba yang dicintai oleh Allah.. yang tidak pernah kalah dan leka dengan dunia....amiin...

DARI BEIRUT KE JERUSALEM


Salam 'alaik semua....selawat dan salam atas kekasih junjungan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda.. kepada semua pencinta kebenaran, keadilan dan pencinta buku...=) Buku bertajuk 'Dari Beirut ke Jerusalem' menarik perhatian ana semalam ketika sedang membelek gambar dalam kamera. Hmm, sebuah buku yang sangat kena dengan jiwa ana. Salah satu jenis buku yang ana paling suka adalah buku yang seperti diari orang..ya, catatan perjalanan seseorang! Ana mula membacanya dalam bulan 7 dan tamat pada bulan 11..4 bulan rupanya! Abang ana suka complain tentang cara ana membaca (lama sangat baca buku), tapi ana memang begitu kerana ana perlukan penghayatan kepada setiap jalan cerita dan setiap fakta yang dikemukakan. Supaya semua isi dapat dicerna dengan baik.


Buku ini sedikit sebanyak membuka mata dan telinga ana tentang Palestin dan Lubnan serta kekejaman Israel dan sekutunya dalam isu Palestin. Boleh dikatakan kerana sebilangan kecil manusia seperti Dr Ang Swee Chai dan sahabatnya (serta semua aktivis palestin)maka adanya sedikit ruang buat orang-orang awam mengetahui apa itu PALESTIN..dalam buku ini diceritakan pengalaman Dr Ang dalam peristiwa berdarah iaitu pembunuhan atau lebih tepat lagi penyembelihan beramai-ramai di Shabra dan Shatila. Dunia bisu pabila Israel menodai kem-kem pelarian yang menempatkan orang-orang yang tidak berdosa.Istilah kejam sesuai buat Israel laknatullah!!


Buku ini walaupun dari sisi pengalaman seorang doktor tetapi ia dilihat seperti pengalaman seorang aktivis atau tentera atau juga seorang rakyat palestin. Hal ini kerana pengalaman Dr Ang sendiri dipenuhi dengan 'aktiviti lasak' selain sudah biasa mendengar dentuman bom dan bunyi senapang dan pistol. Nasib baik beliau tabah....Usahanya tidak sia-sia kerana para pencinta keamanan ramai di luar Palestin dan Lubnan malah usaha mereka tidak pernah berhenti untuk keamanan sejagat. Walaupun ana tahu sudah ramai yang membaca atau memiliki buku ini, tapi ana yakin masih ramai yang belum mengulitinya.


**kepada semua pencinta keamanan bolehlah ambil peluang cari buku ini**
~from Malaysia with love~
WALLAHU'ALAM

Malaysia menang 3-0


Salam 'alaik semua...sekarang sudah lewat. Jam menunjukkan pukul 12.52 pagi, 27 dis 2010. Tadi di kafe kampus, riuh rendah pelajar lelaki yang fanatik bola meraikan kemenangan bergaya Malaysia ke atas Indonesia dalam perlawanan bola sepak.


Ana tak adalah fanatik bola sepak tapi cuma sengaja menulis entri ini sebagai tanda mengikuti perkembangan semasa negara. Ana terbaca harakahdaily sebentar tadi, itu yang tahu. Seperti dalam ulasan harakahdaily, ia menyatakan gol dihasilkan atas jaringan oleh Safee Sali pada minit ke 60 dan 72. Manakala Asaari Shamsudin pada minit ke 67.


Diharapkan tiada perbuatan "hooliganism" dalam perlawanan tadi dan yang akan datang khabarnya akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Bercerita tentang permainan bola sepak, benarkah permainan bola sepak ini adalah dicipta oleh orang kafir bersempena dengan peristiwa menyayat hati di Karbala?Yang mana cucu Rasulullah saw, saidina Husain yang dipenggal kepalanya dan disepak...benarkah?? sesiapa yang ada info dan maklumat kukuh tentang sejarah bola sepak bolehlah share di blog ana...sama-sama kita sebarkan ilmu..
wallahu'alam.

SIHIR ATAU SILAP MATA....

Salam 'alaik semua pembaca..hari ini mari kita kupas tentang tajuk sihir pada pandangan al Quran. Biasa kita dengar tentang ini, kan? Pada sesetengah orang, ada yang tidak percaya tentang sihir, tak kurang yang percaya melebih-lebih sehingga melakukan amalan khurafat. Mungkin ada yang pernah mengalaminya atau pernah ahli keluarga yang kena. Di tv misalnya pelbagai corak dan gaya orang yang tunjuk silap mata, adakah itu salah satu sihir?

Baiklah semua, duduk dulu..tarik nafas...


Dalam surah al-Baqarah ayat 102 ada dinyatakan tentang sihir. Hakikat sihir ada dua pendapat. Pertama, pendapat dari jumhur ulama' yang mengatakan bahawa sihir itu adalah hakikat yang memberi kesan. Manakala pendapat kedua daripada kumpulan Muktazilah yang menyatakan bahawa sihir itu tidak mempunyai hakikat serta hanyalah penipuan.
Terdapat 4 jenis sihir iaitu:

~ sihir secara ilusi dan penipuan
~ sihir secara ramalan dan penujuman
~ sihir secara jalan adu domba dan fitnah
~ sihir secara tipu muslihat

Bukti adanya sihir dan sihir memberi kesan adalah melalui surah al-a'raf ayat 116 yang bermaksud:
"Dia (Musa) menjawab, "lemparkanlah (lebih dahulu)!" Maka setelah mereka melemparkan,mereka menyihirkan mata banyak orang dan menjadikan banyk orang takut kerana mereka memperlihatkan sihir yang yang hebat (menakjubkan)."

Selain itu sihir boleh mencerai beraikan pasangan suami isteri (bergantung dengan izin Allah). Ia terbukti dalam surah al baqarah ayat 102. Di samping itu, dalam surah al-Falaq juga ada menyatakan bahawa kita sangat perlu pada perlindungan Allah swt daripada terkena penangan sihir ini. Hal ini kerana, Rasulullah saw juga pernah disihir oleh seorang yahudi dan Jibril mengubati baginda.

Mari kita kembali ke zaman Firaun. Piramid yang dibina pada masa itu menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji sejarah kerana ia begitu unik dan pembinaanya sangat mengkagumkan. Kerana itu ia adalah salah satu benda ajaib di dunia. Setelah mengkaji, ahli sejarah berpendapat terdapat kemungkinan bahawa piramid dibangunkan dengan kuasa sihir. Bayangkan satu bongkah piramid yang sangat besar itu bolehkah manusia terdaya mengangkatnya??? bukan satu tapi beratus bongkah....

Adakah ahli sihir atau tukang sihir itu boleh dibunuh?

Menurut Abu Bakar al-Jassas menyatakn bahawa para ulama salaf dengan sepakat (ijmak) tentang keharusan seorang ahli sihir itu dibunuh (hukum mati).

Di alam Melayu kita ini sebelum dan selepas Merdeka juga masih ada (ramai) yang menggunakan khidmat tukang sihir ini bagi melakukan sesuatu. Nauzubillah....Menurut seorang pemimpin british yang pernah menjajah di negara kita dalam tulisannya mengatakan bahawa

" pemimpin melayu adalah banyak menggunakan perkara-perkara khurafat dalam kehidupan harian mereka.."

SURAH AL FATIHAH


Salam ukhwah...hari ini 24 hb 2010 bersamaan hari Jumaat 18 Muharram 1432 H..Jadi ana rasa sesuai sangat untuk menulis entri berkaitan dengan al quran..Ayuh baca, sahabat!


LATAR BELAKANG SURAH AL FATIHAH

~diturunkan di Mekah Al Mukarramah.

~ia mengandungi 7 Ayat.

~Al Fatihah bermaksud fatihatul kitab yakni bermaksud al Quran dibuka dengan surah ini

~mengandungi maksud asas al Quran seperti pujian, uluhiyyah, dan rububiyyah, doa, sejarah,

tingkatan manusia yang bahagia dan celaka.

~ia juga ialah as-sab'ul mathani (tujuh yang berulang-ulang dibaca dalam solat)

~menurut al qurtubi, nama lain bagi surah ini ialah al-syifa' (penawar), kafiyah (yang lengkap),

al-asas (pokok dasar) dan al-hamd (pujian).


KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH

~surah teragung dalam al Quran.

~surah yang terdapat dalam kitab-kitab selain al-Quran.

~surah yang tidak pernah dianugerahkan kepada rasul selain Nabi Muhammad saw.

~doa akan dimakbulkan oleh Allah apabila membacanya.

PERSOALAN

~adakah basmallah itu daripada al-Quran?

JWPN: semua ulama' bersepakat basmallah itu daripada al-Quran dan berdasarkan surah

al-naml ayat 30.


~adakah basmallah daripada al-fatihah?

JWPN: Mazhab syafie - ia termasuk dari setiap surah kecuali surah at taubah

Mazhab maliki - ia bukan dari surah al fatihah dan surah lain

Mazhab hanafi - ia ialah ayat yang memisahkan antara surah (bukan surah al fatihah)

RISAUNYA........



Salam 'alaik semua.......selawat dan salam buat Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda...

Semalam 10 Muharram, banyak peristiwa bersejarah dalam Islam yang berlaku..ana tak mahu bercerita tentang itu dalam entri ini. Ana hanya mahu semua pembaca entri ini meletakkan kerisauan anda pada tahap maksimum. Mesti tertanya-tanya kenapa..



Sebenarnya tadi ana membaca akhbar. Banyak sangat kes-kes teruk especially yang berkaitan dengan law la. Kita mesti risau kerana jenayah makin meningkat, kemalangan semakin menjadi-jadi, kadar perceraian juga meningkat.Kekasih bunuh kekasih, suami bunuh isteri, kemalangan ngeri yang kadang-kadang diluar jangkaan, kemiskinan tegar yang tidak dapat dibasmi, dan banyak lagi....Sebagai pelajar law, ana dah lihat pelbagai kejelekan dalam kes-kes yang diputuskan. Cukuplah kes bunuh ana ambil contoh, macam-macam cara orang membunuh, senjata jangan tanya lah...

Risau kita semua perlu dalam hal-hal ini. Kadang kadang ana lihat rata-rata student banyk yang tidak mempedulikan akan hal yang besar berlaku ini. Pengaruh barat masuk perlahan-lahan pun tidak disedari, yang paling teruk pula ialah pengaruh yahudi illuminati yang berbahaya. KALIAN MESTI INGAT YE BAHAWA LADY GAGA DAN JUSTIN BIBIER ADALAH IKON ILLUMINATI. jangan terpengaruh dengan lagu-lagu berunsurkan 'syaitan' mereka itu.

Dalam ekonomi sekarang yang boleh dikatakan merudum, maka yang kaya tetap lah kaya dan yang miskin pula bertambah miskin kerana korupsi yang melampau. Ahli politik main kotor dan taktik memfitnah terus dimainkan lagi...agaknya sampai bila ye?sampai org luar jajah kita balik????masa tu baru nak fikir kesatuan hati susahlah sikit.....Para pemimpin tunjuk ego masing2, gagasan yang dibawa pun bukan buat bersungguh-sungguh. sekadar melaung-laung macam melaung di atas bukit yang tiada orang apa gunanya!BANYAKLAH PENIPUAN KEPADA RAKYAT DILAKUKAN......

Ya Allah..selamatkan Malaysiaku!

MARI NYALAKAN RINDU PADA RASULULLAH

........aku merintih pula pada kekasihku Rasulullah saw, satu-satunya manusai mulia yang aku harap bertemu dalam hidup ini. Aku muslim! Walau apa jua keadaan, aku tetap muslim! Itu jerit hatiku yang selalu meraung-raung hanya ketika iblis mempermainkan jiwaku. Pada Allah swt dan RasulNya aku mengadu peritnya penderitaan ini..Setiap persoalan yang bermain dalam benak pasti ku jawab dalam hati penuh pilu, "Jika Rasulullah saw masih ada, aku langsung akan mengembara bertemunya untuk bertanya memperoleh kepastian.."

Aku menelusuri kisah Bilal. Muazzin Rasulullah saw bagi azan pertama. Saidina Bilal banyak kenangan bersama Rasulullah, jiwanya tak menentu pabila tinggal di Madinah setelah wafatnya Rasulullah saw. Beliau lalu berpindah, beralih ke negeri lain tapi kenangan bersama kekasih itu tak bisa beliau lupakan sama sekali. Sesaat pun tidak! Namun, bila dipanggil pulang ke Madinah beberapa tahun selepas itu, maka sekali lagi air matanya gugur ke bumi Madinah mengingatkan baginda. Beberapa sahabat menyuruhnya melaungkan azan tapi beliau enggan, lantas pabila dipujuk cucunda rasul, tak mampu lagi beliau menolak. Laungan azan sambil air mata yang tertahan tahan akhirnya merembes jua membuatkan penduduk Madinah keluar ke laman rumah bagi memastikan itukah Muazzin Rasulullah saw. Rindunya kami ummatmu padamu wahai penghulu segala Nabi dan Rasul!

Ya Rasulullah..
Setiap hari tidak lain doaku agar aku dipertemukan denganmu. Aku mahu pastikan masa ku manfaatkan di makammu nanti menjadi momen paling indah dalam hidupku. Aku mahu ke sana, mahu bersihkan diri sebelum ke sana. Ya, mungkin sahaja sebelum ini aku kotor penuh debu penuh jijik...tapi aku janji nanti aku pulang padaMu dan RasulMu tanpa kotoran, bersih. Mahu pakai pakaian iman..

Aku buntu memikirkan masalah umat Islam kini yang kian parah. Makin membarah keadaannya.

Aku merinduimu,
rindu walau tak pernah bertemu,
rindu itu seperti salju,
dingin mendamaikan aku,
wahai rasulku, kekasih hatiku,
Kau juga merindui generasiku kini,
walau kami terbeban dosa,
walau kami lupa akan mu,
walau kami tak amalkan sunnahmu...syafaatkan kami..

pembentangan esok


Salam ukhwah semua...selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah saw, keluarga serta sahabat baginda.


Esok (16 disember) ana dan sahabat-sahabat bakal membentangkan satu assignment yang tak kurang mencabarnya yang bertajuk ilmu astronomi, penjelasan dalam hadith dan al quran. Masa pembentangan kira-kira 45 minit. lama juga kalau dibayangkan, tapi tawakal je. Baiklah, ana cerita sedikit dapatan daripada assignment ana.


Ilmu falak atau astronomi bererti jalan peredaran yakni peredaran bintang-bintang. Dalam surah surah yaasin ayat 40 yang bermaksud:


"Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahalui siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.."


Dari kalangan sarjana Islam, ilmu kaji bintang terbahagi kepada dua bahagian iaitu ilmu tabie (sains) dan ilmu yang membincangkan tentang kdudukan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagian, kecelakaan, hujan, kesihatan, dan lain-lain. Pada zaman dahulu, orang Arab mula mengetahui bidang ini sejak zaman jahiliyyah . Mereka mendapat ilmu ini dari Greek, Parsi, India dan banyak lagi.Umat Islam mula terlibat secara aktif ketika zaman kerajaan Umaiyah dan Abbasiyyah.


Terdapat banyak lagi ayat-ayat dalam al quran yang menyatakan keadaan ciptaan ilahi di angkasa dan galaksi bima sakti kita. Bulan, bintang, angin, hujan, langit, planet dan awan semuanya mengikut arahan Allah swt untuk 'menjalankan tugas'. Alhamdulillah, ciptaan Allah ini semuanya untuk manfaat kita, makhluknya. Jadi tak seharusnya kita kufur nikmatnya, betul kan...?

ada esokkah buat kita??

Salam ukhwah semua...selawat dan salam buat Rasulullah saw kekasih hati, keluarga serta para sahabat..firman Allah swt dalam surah al-ankabut ayat 57:
maksudnya: tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

Membaca ayat ini membuatkan kita semua gentar dalam hati. Bukankah sifat seorang mukmin itu pabila dibacakan ayat-ayat Allah maka gentarlah hati mereka. Sebenarnya sengaja ana bawakan ayat ini buat tatapan pembaca sekalian. Ayat ini baru tadi ana baca ketika selepas solat maghrib beserta dengan surah yassin. Baru semalam kampus ana menerima berita perginya salah seorang student ke rahmatullah. Jadi hari ini sengaja kami semua membacakan yassin untuk almarhum. Semoga dia ditempatkan bersama dengan orang soleh dan beriman.amiin. Rasanya sudah lama benar tidak mendengar berita kematian. Terasa sedikit insaf bila mengenangkan kematian.


Carilah hatimu di tiga tempat; pertama carilah hatimu ketika mendirikan solat, kedua carilah hatimu ketika membaca al-quran dan ketiga carilah hatimu ketika mengingati mati. Tetapi jika tidak menemui hati kamu di tiga temapt ini, maka berdoalah pada Allah agar diberikan sekeping hati supaya dapat melaksanakan 3 amalan tadi dengan tulus dan ikhlas.


Maut menjemput tiada mengira tempat, masa dan keadaan. Entah esok atau lusa, mungkin di jalanan, di padang bola, di atas katil, di medan tempur, dan banyak cara. Cuma selalulah berdoa agar diberikan pengakhiran yang baik(husnul khatimah). Amiin.


p/s: al fatihah buat umat Islam yang telah pergi.....

BATRISYAH BERSEDIH 4


Masih ingat lagi dengan post BATRISYAH BERSEDIH pada tahun lepas..asifah jiddan(maaf sangat-sangat)!masih ada sambungan sebenarnya..


Jam di dinding menunjukkan pukul 8.30 pagi. Mataku melilau mencari kelibat Batrisyah. Biasanya dia dah tunggu depan library pada jam ni. Hatiku resah memikirkan macam-macam.Bangun lewat ke, tak pun jumpa sahabat-sahabat lain.huh.Andaian terhenti sebaik sahaja ada yang menegur dari arah belakang.

"nur, sorry. tadi ana berhenti kat beberapa 'checkpoint'.." Batrisyah rupanya.lega.

Aku mengangguk faham. Perkataan 'checkpoint' sudah biasa antara kami. Kami melangkah masuk ke library dan meletakkan beg di rak. Kami ambil tempat di ruang yang lebih sunyi dan mula mencari buku-buku yang diperlukan bagi tujuan rujukan. Baru aku mahu mencapai buku perundangan syariah, terdengar buku jatuh di rak belakang. Batrisyah mahu ambil buku tebal di rak paling atas dan tak sengaja menjatuhkan buku lain.


"anti nak ambil buku mana?yang hijau tu ye?" aku lantas mencapai buku itu. Tajuknya menarik aku untuk tidak terus memberi kepada batrisyah.


"wah, bestnya!Khalifah selepas rasulullah saw dan peristiwa penting dalam Islam tajuknya..batrisyah kita pinjam lah buku ini.." aku excited.


"sebab tu lah ana ambil, nur.Dalam ini ada banyak info penting tau. ana paling teringin nak tahu pasal perang siffin." terang Batrisyah.

Aku mengangguk perlahan. Memandangkan semester ini merupakan final kami jadi sebab itulah mesti cedok ilmu banyak-banyak. Rugi kalau buat tak tahu je, bisikku dalam hati. Kami ke meja terus, mula meneroka buku itu. Pelajar makin ramai yang berada di library.Sehelai demi sehelai muka surat diselak, adakalanya kami mencatat sesuatu dalam buku catatan.

"PERANG SIFFIN & PERANG JAMAL". Pada tajuk itu kami berhenti lama. Masing-masing bermonolog dengan diri sendiri. Sebak pun ada. Tiba-tiba sahaja Batrisyah bersuara.

" antara umat Islam bergaduh, wafatnya Rasulullah saw banyak perkara yang menyedihkan."

Aku diam sahaja. Mencari ruang bagi akal berfikir dan berfikir. Sebelum ini pernah aku tanyakan hal ini pada ustaz dan ustazah. Jawapan yang diberikan sama sahaja. Jangan menghukum mana-mana pihak,perang siffin sangat susah untuk diceritakan. Mungkin.

Aku lantas menyelak ke muka surat seterusnya.Persoalan-persoalan tentang perang siffin dan perang jamal itu aku simpan kemas dalam hati. Tapi satu hari nanti pasti aku hamburkan persoalan itu pada orang yang sesuai.Tajuk akhir buku itu ialah "pembukaan kota konstantinople". Kami riang membacanya.Mood berubah 180 darjah. Semangat naik tiba-tiba.


" Mari berjihad, nur. Jadi nurse waktu perang pun takpe." senyum Batrisyah menampakkan giginya yang tersusun.


"Boleh, tapi kena ilmu penuh di dada. Tawakal tu penting. Ditambah strategi dan taqwa. Macam mana?" aku lantas menjawab.


"Insya Allah..ya Allah matikan kami dalam iman, Islam dan syahid." Doa Batrisyah.Aku lantas mengaminkan.

Aku tutup buku itu dengan perasaan bercampur-baur. Sedih paling menguasai.Aku lihat Batrisyah juga begitu. Lebih kurang sebulan sahaja lagi kami akan berpisah. Masing-masing akan sambung pelajaran di tempat lain,Batrisyah mungkin sambung dalam negara sahaja. Aku yang mungkin akan terbang ke Jordan. Borang sudah diambil. Itu harapan umi, abah dan along.Kembara mencari ilmu pasti menyeronokkan. Lebih dekat dengan tempat-tempat sejarah Islam lagi bagus.Lagipun di sana ada Kak Izzah, sepupuku.Mengelamun pula. Hish.

Aku pun mula membuka buku perundangan syariah yang terletak di kanak meja. Batrisyah lebih dahulu menelaah dari aku. Nampak tekun. Sekitar jam 11.45 pagi kami keluar dari library dengan hati tenang.

rintih pendosa pada Allah

setiap langkah ku iring doa tak henti,
mengharap keajaiban berlaku di sisi,
tanpaNya aku rebah hilang pedoman,
tak berguna juga hidup melarat,
segalanya bergantung padaNya tiap saat.
cinta itu harus ditukar ganti sederas mungkin,
pada yang baru dan bernilai lebih abadi,
tapi hati ini tak berdaya,
lemah seribu tak upaya,
andai satu hari ada taubat nasuha,
ku harap Dia terima,
mungkin ia dipenghujung usia,
atau esok lusa,
tiada yang dapat menjangka hadirnya ia....


ya Allah Yang Maha Kuasa, Maha Tinggi Penilaian dan Pengadilan...aku tak dapat melamar cintaMu seperti yang selayaknya ku lakukan. Maafkan kekhilafan ini yang kurasakan makin banyak. Setiap saat ku meras hina di sisiMu..bagaimana nantinya aku kembali menghadapMu?? Memikul beban dosa hingga aku mengah di tengah jalan..sesak nafasku menahan beratnya dosa, khilaf dan salah..ohh,tuhan maafkan aku!! setiap kali mata ini tercelik pasti satu kalimah Alhamdulillah terpacul..aku kini rindu akan iman yang terbuuang acap kali di setiap perjalanan kehidupanku..terlalu rindu!

Ya Allah...asma' Mu ya Tawwab meringankan penderitaanku tatkala mengenang dosa lalu. Sejenak ku berfikir, rahmatMu sungguh luas tak tercapai akal dangkalku ini. Lebih luas daripada lautan yang ombaknya setiap saat menghempas pantai, lebih luas daripada gunung yang tidak dapat didaki kaki ini. Tuhan yang membekalkan cahaya matahari bagi menyinar hari-hari ku, tuhan yang menurunkan hujan bagi menyirami tanah tandus, iaitu Dia yang Maha Pemaaf, tiada yang lebih pemaaf dari Dia..ya Allah, kirimkan aku sahabat yang melaluinya aku beroleh hidayah Mu....

Masakan tidak kesal setelah membuatMu murka...masakan seorang hamba yang terlalu cinta pada tuhannya tidak gusar dan sedih kerna harus membina kembali cinta utuh yang dibina atas dasar taqwa tatkala ia runtuh oleh sebab bisikan syaitan....ya Allah aku berdosa...terimalah aku!

3 mahasiswa dibebaskan


Salam semua...salam perjuangan buat mahasiswa!

tadi ana baca Mahasiswakini.com sekejap. Nampaknya ada berita menarik. Alhamdulillah, 3 mahasisiwa yang ditahan kerana menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga bahan api dan gula sudah dibebaskan pada jam 6.10 petang tadi. Mereka yang ditahan ialah Mohd Ridzuan Othman, s/u gerakan solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Syukri Abd Razab, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS dan Mohd Syahruldeen iaitu wakil aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Isu ini sudah banyak berlaku saban tahun. Mahasiswa tidakkan pernah berhenti untuk cuba menjadi third force di negara Malaysia tercinta ini. Hebatnya Mahasiswa sehinggakan dapat mengubah atmosfera sesebuah negara, boleh meruntuhkan sebuah kerajaan taghut, boleh ini, boleh itu, semua boleh............Boleh dikatakan setiap demonstrasi aman dibuat demi kebaikan rakyat dan kebaikan bersama tapi entahlah dimana silapnya sehingga ia berakhir dengan beberapa insiden 'ngeri'.

adat Bawa sesuatu kebaikan, memanng banyak ujian.Tak de apa lah yang perlu dirisaukan Mahasiswa!

Habis sudah cuti.....


Alhamdulillah.Allahuakbar. Selawat dan salam buat junjungan kekasih hatiku Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda.Habis sudah cuti lebih kurang 3 minggu ini, banyak juga aktiviti yang dibuat. Akhirnya semester paling final akan menjengah, akhirnya habis juga.....=D Berpisah dengan sahabat-sahabat satu kenangan pahit dalam hidup.sedihla pulak.


Insya Allah ana kan berangkat pulang ke kampus hari ini atau esok. Ana pulang bagi mencipta lagi kenangan bersama kalian, sahabat! Sesungguhnya ukhwah kita indah bukan...

kajian


Salam dan selamat sejahtera..Rasanya belum terlambat untuk ana berkongsi tajuk yang ana kaji untuk tugasan semester lepas. Memang pening juga kepala mula-mula tapi atas nasihat pensyarah dan berpegang pada prinsip " tak tahu kena belajar", ana pun ambil tajuk ini; HAK SELEPAS PERCERAIAN BUKAN ISLAM (SIVIL). Bagi ana yang mempelajari undang-undang keluaarga perbandingan, ia bukanlah sesuatu yang asing tapi ia agak payah kerana kebanyakan buku yang digunakan menggunakan bahasa Inggeris undang-undang (tau-tau je la bahasa undang2)..

Alhamdulillah, sekarang sudah masuk bab kedua. meh nak kongsi sikit ye...kalau salah silap harap dibetulkan..=) Antara 3 perkara yang menjadi tuntutan selepas perceraian bukan Islam ialah nafkah (maintenance), hak penjagaan anak (custody) dan harta perkahwinan ( family asset). Ia seperti sama dengan tuntutan perceraian Islam cuma terdapat sedikit perbezaan. Setiap hak terdapat undang-undang yang dipruntukkan. Beberapa akta juga disediakan bagi menjamin hak setiap individu selepas berpisahDi samping itu, terdapat juga cara pembahagian harta setelah kematian ahli keluarga. Memang menarik walaupun perkara yang ana kaji dan belajar adalah di luar daripada pelajaran Islam tapi ia satu pengetahuan yang berguna di masa hadapan.Insya Allah...

Terima kasih banyak-banyak buat semua buku-buku rujukan yang tip top dan kepada biro bantuan guaman..semua jasa anda dikenang sehingga akhir hayat...
p/s: maaf, ana tak tulis kajian penuh...

kenangan 1997

salam ukhwah semua...
dah agak dua minggu juga tak menulis dalam blog.ana kesibukan. tapi bukan bererti malas menulis. Hari ini ana telah kembali ke zaman 1997, zaman ketika duduk dalam darjah lagi. Sebetulnya ana di Cameron Highlands , bercuti satu hari di sini. Setahun duduk di sini pada tahun 1997 memberikan banyak kenangan yang indah.(tapi banyak juga kenangan tak indah)..

Baru sebentar menjejakkan kaki ke bandar Brincang rasanya asing benar. Tempat permainan yang suatu ketika dahulu sering ana kunjungi dan bermain bersama kawan ana (arus-orang asli)sudah tiada lagi. Flat tempat kami tinggal kami juga sudah diubah suai. Teringat pula pada rakan cina yang duduk di flat sebelah dan juga jiran ana yang kecil, Farah. Mungkin sudah besar sekarang. Tanah Rata tempat sekolah ana pula belum dikunjungi, mungkin malam nanti.

Walaupun di sini kurang sejuk berbanding dahulu tapi atmosferanya tetap sama. Tetap nyaman.Subhanallah, cantik pemandangan di sini... Cuti semester tinggal 5 hari lagi. Dan semester akhir akan menjelma! Alhamdulillah...

selamat hari raya qurban

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA....HAPPY AIDILADHA..'EID MUBARAK...



semoga pengorbanan kita semuanya menuju Allah.=)

Tazkirah pagi


Jumaat 6.32 pagi..
Tazkirah pagi buat semua terutama buat pejuang Islam, agama Allah.

Firman Allah swt dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud:

" Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

Allah swt tidak akan pernah meninggalkan kita dan sentiasa memberikan pertolongan dari jalan-jalan yang tidak kita duga. Lagi-lagi para pejuang agama Allah yang tinggal sedikit di akhir zaman ini. Hanya kita kadang-kadang alpa dan tahap tawakal masih rendah. Terlalu banyak kisah kuatnya kebergantungan kepada Allah sehinggakan perkara menakjubkan berlaku. Subhanallah!Beberapa hari ini ana ulang tengok cerita kisah asy-syahid Hassan al Banna, dan Almarhum Ust Fadzil Noor. Orang seperti mereka sepatutnya hidup dalam hati-hati kita supaya kita sentiasa rasa bersemangat dan selalu ingat perjuangan di jalan Allah. Tawakal mereka tinggi, kerana itu mereka dikasihi Allah dan pergi menemui ilahi dalam keadaan mulia.Allahuakbar! Bila disoroti perjalanan hidup mereka, yang ana temukan ialah sosok manusia biasa yang kerjanya menyinari hari-hari masyarakat di sekeliling mereka dengan Islam dan dakwah. Mereka moderate, tapi dilihat hebat.

Hari ini hari terakhir exam. Alhamdulillah segala persiapan insya Allah sudah.Doakanlah!
Cuti yang mula esok ada dah rancang untuk bedah buku. Banyak juga antaranya kisah memali (yang ulang tahunnya 19 nov ini), buku Tokoh hassan al banna, dan beberapa lagi. Semoga manfaatnya dapat diberi pada masyarakat. Ya ALLAH, jadikan aku seorang yang bertaqwa di jalan Mu.Amiin.

Pemimpin Islam

Hadis Ibnu Umar r.a, baginda saw telah bersabda yang bermaksud:

"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah! kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

(sahih muslim no 3408)

Salam ukhwah. Hadis ini ditulis untuk memberi peringatan kepada semua pemimpin di dunia ini. Memandangkan semalam muktamar sanawi (mesyuarat agung) kami, dan ana serta sahabat sudah menjadi mantan. Ana sangat berharap agar adik2 yang memegang tampuk pimpinan akan datang ini lebih berkomited dari kami. Selepas muktamar semalam, ana berbual dengan pimpinan yang telah dilantik. Banyak yang kami debatkan, nasihatkan. Tadi ada seorang dari pimpinan baru memberitahu ana tentang namanya tidak disebut waktu muktamar. Ana cakap satu ayat pada adik itu. " Dik, pemimpin itu perlu dikenal dari hasil kerja dan usaha gigihnya, tapi tak kisah kalau namanya tidak dikenali.."

Ana tahu ada yang tidak sependapat begitu. Ada yang berpendapat jika tak kenal nama macam mana nak bekerja dengan pemimpin itu. Ana berandaian bahawa jika pemimpin itu terbukti hasil kerjanya, secara tidak langsung orang akan mengenalinya. Bukankah sangat tidak bagus jika nama pemimpin itu gah tapi hasil kerjanya tidak seberapa...ia malah dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt di akhirat kelak. Pemimpin bukan sahaja harus bijak, dan bergaya tapi perlu mampu sama-sama susah dengan 'rakyatnya'.wallahu'alam.

hidup ini untuk Allah



Terima kasih ya Allah...Hanya itu yang aku mampu sebagai hamba yang kerdil menzahirkan rasa syukur. Hati ini tenang bila semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Kadang-kadang bila teringatkan manusia yang tidak pernah menghargai aku, manusia yang menyakitkan aku, manusia yang menyakitkan hatiku, manusia yang menjatuhkan aku dan seribu macam sikap manusia yang membuatkan aku 'tercedera', aku pasti segera mengingati Allah, tuhan Maha Pengasih. Lantas hati ini senang memaafkan mereka dan berlapang dada. Kerana itu nabi kita merupakan orang yang pengasih.


Kerana itu juga aku berazam supaya diri ini diinfakkan ke jalanNya. Rasa sangat terhutang dengan Allah swt, walaupun Allah tak suruh bayar guna wang ringgit tapi aku cuma perlu taat beribadah padaNya. Hidup ini untuk Allah. Segalanya untuk Allah. Dulu aku tak faham sangat kenapa mati syahid itu nikmat sangat. Tapi lepas baca buku, dengar pengalaman mereka yang berjuang, memang pun mereka itu rasa suka sangat bila nak mati syahid. Rupanya hidup mereka kerana Allah, Rasulullah dan perjuangan kekasih mereka, dan destinasi mereka bukan terhenti di dunia tapi nun di syurga Allah.





Sejak hari itu aku sentiasa berdoa supaya dikurniakan mati syahid suatu hari nanti. Allah lebih mencintaiku berbanding sesiapapun didunia ini. Kasih sayangNya menyeluruh dan tiada henti. RahmatNya menaungi dunia dan seisinya, ditambah dengan rindu pada hambaNya yang bertaqwa.........subhanallah!

amanah yang bakal dilepaskan


Salam semua...alhamdulillah syukur di atas segala nikmat dan segala ujian yang diberi. Setelah melalui setahun memegang amanah menguruskan organisasi bagi tujuan kemasyarakatan, banyak yang ana dan sahabat-sahabat belajar. Kadangkala apa yang berlaku itu tidak terfikir oleh akal dangkal ini. Walaupun setiap masa berwajah serius (sampai ditakuti orang), tapi alhamdulillah ana masih lagi mesra dengan setiap sahabat yang datang ke bilik untuk mengadu, membincangkan masalah dan macam-macam lagi.

Hari selasa depan merupakan hari akhir tugasan ana. Walaupun sudah jadi mantan (mundar-mandir tanpa jawatan ) tapi ana akan ambil tahu juga hal-hal siswi ni.Insya Allah. Banyak juga kenangan yang indah2 sepanjang masa itu. Ana lihat di kampus masih kurang siswa/siswi yang cakna dengan hal masyarakat. Dengan aktiviti kemasyarakatan dapat melahirkan sikap prihatin dan belas ihsan. Yelah, selalu tengok orang susah kan..

oklah, selamat bertugas kepada semua yang telah dilantik..jalankan amanah kerana Allah, jangan salah guna dan akhir sekali tegakkan Islam di kampus kita! wallahu'alam....

sibuk, sabar dan sakit


Salam semua..sudah agak sebulan juga ana tak update blog. Kali ini terpanggil pula.Tapi mungkin sedikit sahaja penulisan kali ini. Syukur tak terkata kepada Allah swt pencipta alam ini, selawat dan salam buat kekasih hati Rasulullah saw.

Minggu ini dan minggu lepas sibuk sangat, rasa tak menang tangan nak buat semua kerja tapi alhamdulillah beres juga. Dalam sibuk-sibuk tu, ana dapat belajar banyak perkara dalam sabar. Seperti kata sahabat-sahabat ana, ana ni kurang sabar sikit. cepat marah kata mereka. Ya, benar. Ana akui itu sebagai kelemahan, manusia ini tidak sempurna. Ana juga dah cuba bersabar dengan setiap dugaan dan alhamdulillah hikmahnya manis. Manis sangat sehingga boleh menitiskan air mata gembira. Kata Saidina Ali karamallahu wajhah, sifat marah itu adalah musuh utama akal. Bila marah akal jadi hilang pertimbangan. Tapi sabar menambahkan iman dan menenangkan jiwa.

Ujian bertimpa datang, sabar. Itu tips ustazah ana yang baik hati. Semester lepas ana diuji dengan amanah, sahabat, dan macam-macam lagi. Bila Allah swt uji maksudnya Dia sayang dang setiap ujian yang dapat dilolosi akan dapat meningkatkan darjat di sisiNya. Itu kata-kata pemujuk jiwa yang senang dilafaz dan tenang di dengar. Dalam berjemaah, ana belajar tarbiyah, wala', thiqah dan ithar. Paling terkesan adalah ithar. Ana paling tak gemar orang yang selfish.Lagi-lagi dalam menuntut ilmu dan bersahabat. Tapi semuanya perlu sabar....

Baru-baru ini juga sakit bertandang. Allah swt nak bagi kafarah dosa ni. Alhamdulillah. Saja tak mahu peduli sebab banyak perkara nak settle. Final tinggal lagi sebulan. Doakan ana!


Wallahu'alam.

Tersedar sebentar


Salam perjuangan semua...semoga hari ini penuh dengan keazaman..di keindahan syawal ini mungkin ada yang terlupa peristiwa 15-18 September 1982 yang sepatutnya ingat sampai bila-bila iaitu tragedi SABRA DAN SHATILA..Peristiwa luka yang seharusnya dijadikan iktibar, salah satu tragedi yang menunjukkan betapa Islam sudah lemah, berpecah dan gagal mempertahankan antara satu sama lain..mereka tertipu dengan musuh yang hanya menunggu masa saja.


Setiap airmata dan darah mereka bernilai. Ayuh, goncangkan kemaraan zionis dengan tangan-tangan umat Islam. Walaupun sukar tetapi usaha kita pasti dikira oleh Allah swt. We're are not terrorists! Kisah Sabra dan Shatila yang sebenar kurang didedahkan kepada umum, hanya zahirnya sahaja dikupas. Salah satu pengalaman seorang sukarelawan yang datang ke kem itu menyatakan bahawa setiap jalan dipenuhi mayat yang tidak sempurna.tidak cukup anggota.


Tidak hanya berkata tapi lakukan sesuatu untuk menyelamatkan Islam dan saudara kita. Moga-moga setiap pagi yang kita lalui penuh dengan kebangkitan Islam. Allahuakbar..

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL


sElamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua....mohon dihalalkan semua perkara, didoakan sentiasa, diampuni segala dosa.......


Sambutlah syawal dengan penuh meriah dan adab sopan secara Islam.....


Jangan drive laju-laju, ingatlah orang yang tersayang..


Jangan ditinggalkan amalan-amalan sunat yang dilakukan ketika ramadhan seperti baca quran, zikir dan solat sunat....


Semoga syawal ini mendapat keberkatan kepada kita semua.....amiin....

27 ramadhan yang ditunggu


Salam ramadhan kareem semua..Hari ini 28 ramadhan sudah..alhamdulillah, ramadhan kali ini banyak sangat perkara yang boleh ana belajar dan ambil manfaat..sahabat-sahabat ana semua pun sama, mereka begitu tekun pada ibadat..alhamdulilllah, Allahuakbar! seperti biasa ana menantikan tanggal 27 ramadhan setiap tahun kerana hari itu punyai banyak kenangan manis dan pahit bersama sahabat dan hari itu juga selalunya akan berlaku lailatul qadr, malam seribu rahmat..

Ramadhan kali ini ana hanya sempat berpuasa di rumah hanya 2 hari sebelum menyambut syawal. Walaupun sekejap tapi ana nak pastikan hari-hari terakhir ramadhan di penuhi ibadah dan membantu family dalam persiapan bulan kemenangan. 27 ramadhan kali ini sangat berbeza kerana ana dapat satu 'hadiah' yang sangat berharga..27 ramadhan setiap tahun punyai kejutan, kerana itu ana tertunggu-tunggu..terima kasih Ya Allah swt kerana mengurniakan setiap kudrat ke arah kebaikan.....


" ya Allah...berilah aku kemampuan dan kekuatan untuk melaksanakan setiap apa yang Engkau perintahkan......"

berbuka puasa bersama anak yatim

Salam mahabbah seteguh ukhwah....di sini ana ingin share dengan semua gambar-gambar semasa program 2 hari bersama anak yatim di 2 tempat...satu pada hari jumaat lepas dan satu lagi pada hari sabtu lepas...














































































Kem Jejak Srikandi Islam


Salam semua...lama ana tak meng 'update' blog. Kebelakangan ini banyak kerja dan ujian yang perlu dilangsaikan. Memandangkan ana perlu memanfaatkan saat-saat menjadi pimpinan di kampus dan gerak kerja Islam yang semakin berakhir ( tiada akhir untuk kerja Islam). Esok ada ujian pentadbiran harta orang Islam (faraidh), walaupun tak study lagi tapi ana terpanggil untuk mengisi blog dengan cerita tentang kem yang ana sertai (ana jadi fasi) iaitu KEM JEJAK SRIKANDI ISLAM. Kem ini untuk muslimat sahaja yang bakal terpilih menjadi pimpinan, insya Allah.

Walaupun sudah berlalu sehari tapi ana masih ingat kenangan di sana. Antaranya cabarannya ialah mendapatkan tempat, sumber makanan, dan juga sumber tenaga. Tapi alhamdulillah kami para fasi dengan kudrat yang diberi Allah swt dapat mengakhiri kem dengan jayanya....Ya Allah, syukur! Di kesempatan ini ana nak mohon maaf pada sahabat yang setia memberi nasihat dan banyak juga selisih pendapat dalam mengusahakan kem ini... syukran dan ana bersyukur dapat sahabat bersama antunna semua, Ustazah Qasrina, Ustazah Akmal, Ustazah Ismalina, Ustazah Shahenaz, Ustazah Syarah, Ustazah Zuriati.......

Dalam bulan ramadhan kami melatih para peserta untuk menghayati jejak srikandi Islam dalam membantu tentera Islam dan menjadi tulang belakang kekuatan umat Islam. Muslimah yang solehah dapat memberi impak yang besar dalam pembentukan akhlak, dan generasi Islam yang seterusnya. Nama kumpulan semuanya nama pejuang Islam. Tempat kem kami sangat nyaman pada pagi hari dan damai pada waktu petang...segar rasanya di sana!

Pagi akhir kami di sana, diadakan satu slot tentang peringatan tentang mati. Ana bawa adik dalam kumpulan ana untuk duduk di pangkin jauh sedikit dari tempat kem, ini kerana ana nak udara nyaman pagi itu. Pagi itu ana menceritakan kisah mak tua ( modul kem) iaitu ia pengibaratan kepada kematian dan amal soleh. Wah! apabila ana beritahu tentang cerita yang tersirat di sebalik kisah itu, ada beberapa adik2 yang tersenyum mengangguk, sedih, insaf dan macam-macam ekspresi wajah.....

Malam itu pula kami semua di 'brainwash' oleh Ustazah Qasrina tentang sifat rasulullah dan penghayatan sunnah.....agak keras tapi berbaloi juga keran ahati ini kadang-kadang perlu 'kejutan elektrik' juga untuk sedar dari kesilapan..Ana pulang awal kerana ada program memberi sumbangan untuk fakir miskin, anak yatim, OKU, dan warga emas....alhamdulillah! SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN KAREEM....

Peristiwa Hati


Aman sungguh ia, terletak di dalam badan, di bahagian selamat tanpa gangguan pada mulanya....

Satu hari diketuk dahsyat oleh syaitan dan iblis,
membisikkan sesuatu kejahatan dan maksiat,
meremukkan iman dan segala kekuatan yang terkumpul,
akhirnya tinggal secebis sahaja yang masih putih....

Yang putih itu bangkit melawan hitam,
hampir kalah pada mulanya,
ayat-ayat Allah dialun perlahan,
zikir, tahmid dan takbir dipalu,
makin kerap.........

Tiada cukup dengan itu,
Wudhuk tidak lekang setiap masa,
Rancangan akhir yang mengalahkan hitam,
TAHAJUD SETIAP PERTIGA MALAM!

Akhirnya semua hitam menjadi putih,
seperti fitrah, seperti kain putih tiada contengan....
Dan itulah HATI yang menjadi mati jika menjadi pelaku maksiat,
Dan itulah juga HATI yang akan hidup subur jika menjadi pencinta Islam................

RAMADHAN AL MUBARAK


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN......RAMADHAN KAREEM, ALLAHHU AKROM.........


selamat menyambut ramadhan, semoga ramadhan ini menjadikan diri kita benar-benar 'hamba' di sisi Allah...semoga berjuta-juta keampunan di panjatkan kepadaNya.....seronoknya ramadhan, indahnya ramadhan, barakahnya ramadhan......


Perbanyakkan amalan, hidupkan malam, basahi lidah dengan zikir dan al-quran, bersihkan hati dan jiwa.........


Yang pasti ramadhan kali ini adalah yang terakhir di sini...semester depan ana dan sahabat-sahabat akan menghabiskan pengajian dan melanjutkan pelajaran lagi... Insya Allah ramadhan yang mendatang mungkin akan 'disambut di Jordan', Insya Allah, amiin.....doakanlah..dengar khabar, sahabat-sahabat ana ramai yang mahu ke Indonesia, Mesir dan Jordan...nampaknya ramadhan kita akan datang pasti berbeza....dimana pun ramadahan yang disambut ana pasti ingat akan kata-kata seorang hamba Allah yang telah kembali kepadaNya ini.....


" RAMADHAN YANG SAMA, TETAPI NATIJAHNYA BERBEZA..." =)

Asy Syahid Furkan Dogan


Namanya tiba-tiba gah di persada antarabangsa. Namanya harum bak kasturi mewangi dan insya Allah bakal melamar syurga dan redha Allah. Itulah Asy Syahid Furkan Dogan (insya Allah). Beliau dilahirkan pada tahun 1991 di New York dan berpindah ke Turki ketika berumur 2 tahun. Tragedi berdarah Mavi Marmara telah menyaksikan beliau dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel Laknatullah. Lima das tembakan telah dilepaskan ke arahnya dari jarak 45 sentimeter..oh, alangkah dekatnya!

Ketika ana berbual bersama En. Nizam bin Awang (aktivis Mavi Marmara) beliau menceritakan bahawa Asy Syahid Furkan adalah seorang yang soleh, anak yang taat dan baik hati. Beliau juga menyarankan kepada ana dan sahabat-sahabat supaya menjadikan Asy Syahid Furkan sebagai salah seorang contoh tauladan pada diri. Wah, begitu indah bertemu rabb di ketika diri sedang berjuang dengan musuh Allah.! Al Fatihah buat Asy Syahid Furkan Dogan...........semoga Allah merahmatimu wahai pemuda rebutan bidadari syurga........

MALAM MAHABBAH PALESTIN










PARA HADIRIN YANG HADIR















DIF JEMPUTAN YANG HADIR













PERKONGSIAN DARI EN NIZAM BIN AWANG
YANG SANGAT PADAT










akhirnya.............................


Salam perjuangan........Ya Allah ana bersyukur sangat hari ini. Alhamdulillah program yang dinantikan dah pun diluluskan (walaupun banyak rintangan termasuk kena debat dengan orang atasan)....Allah swt maha kuasa, tiada apa yang mustahil walaupun di hadapan kita sejuta rintangan.ALLAHUAKBAR!

Semalam semua ajk dan beberapa sahabat ana turut serta dalam dalam persediaan program kami tu. Mereka memang semangat dan bersungguh...esok sudah mula untuk berjual button, mafla, buku dan macam lagi. Insya Allah tiga gerai akan dibuka. Para pensyarah dan staf kampus pun banyak bertanya tentang program ana, BERMINAT!. Di kalangan ramai umat Islam yang masih lagi kabur pada kisah Palestin, masih ramai lagi rupanya yang ambil tahu. Palestin sentiasa di hati, kerana apa? kerana adanya al-Quds dan saudara seislam kita disana. Walaupun kita cuba mengelak dari memperakui semua itu tapi ia tetap realiti.

WAHAI UMAT ISLAM!!!!! BANGKITLAH DARI 'TIDURMU YANG LENA' , ORANG KAFIR SEDANG MENYERANG MU DIHADAPAN, BELAKANG DAN TEPI....ANDAI KAU MASIH LEKA, UMAT INI AKAN MUSNAH, RASULULLAH AKAN KECEWA, SEMUA MILIK KITA AKAN HILANG ......

ingatlah bahawa mempertahankan bangsa semata tanpa Islam tiada apa..kerana banyak bangsa sebelum kita musnah dilaknat Allah swt kerana kelalaian mereka menjaga Islam.

Nasyid sewaktu kelelahan berjuang


TEKAD ( A TRIBUTE TO IZZATUL ISLAM)


Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri,
aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi,
kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati,
jasad ini, darah ini sepenuh redha ilahi.

kami adalah panah-panah terbujur,
yang siap dilepaskan dari busur,
tuju sasaran , siapapun pemanahnya..

kami adalah pedang-pedang terhunus,
yang siap terayun menebas musuh,
tiada peduli siapapun pemegangnya,
asalkan ikhlas di hati tuk hanya redha ilahi robbi..

kami adalah tombak-tombak berjajar,
yang siap di lontarkan dan menghujam,
menembus dada lantakkan keangkuhan,

kami adalah butir-butir peluru,
yang siap ditembakkan dan melaju,
dan mengoyak menumbang kezaliman,
asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah ilahi robbi....

kami adalah pena yang tajam,
yang siap menuliskan kebenaran,
tanpa ragu ungkapkan keadilan..

kami pisau belati yang selalu tajam,
bak kesabaran yang tak pernah padam,
tuk harungi dakwah ini jalan panjang,
asalkan ikhlas di hati menuju jannah ilahi robbi......

nyanyian: SHOUTUL HAROKAH


ALHAMDULILLAH


MENGINGATI ALLAH ITU TENANG,
MENCINTAI ALLAH ITU DAMAI,
SEPERTI PERMAINYA HATI MELIHAT AWAN DAN LAUT,
MERINDUI ALLAH ITU SATU RUTIN.
PABILA HATI INI MERDU MENGALUNKAN RASA ZIKIR,
IA PASTI BERSATU DENGAN AIR MATA,
TANDA HAMPIR DENGANNYA.........................

DALAM SUJUD ITU,
PASTI ADA KEAMPUNAN YANG DIPINTA,
SUPAYA SETIAP PERBUATAN,
DIIRINGI REDHA DAN BARAKAH,
UNTUK KU JADI INSAN BERTUAH,
MILIKI JIWA SEKENTAL RABIAH AL ADAWIYAH.......


~ YA ALLAH, ALHAMDULILLAH......KU PANJATKAN PADAMU ~

Jalan Dakwah itu sukar


Salam ukhwah semua. Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam dan setiap masa kita semua dilimpahi rahmatNya. Ada adik-adik muslimat ana bertanyakan soalan tentang dakwah. Kaku juga dibuatnya. DAKWAH. Satu perkataan yang sangat sinonim dengan Islam dan salah satu perkara yang jarang-jarang orang boleh istiqamah dengannya. Jalan dakwah itu sukar, kata ana setelah berfikir sejenak. Setiap kali usrah ana lebih menggalakkan anak-anak usrah banyak berikan pendapat supaya melatih mereka tidak malu bersuara lantang jika mahu menuntut sesuatu keadilan atau menegakkan agama Allah swt kelak. Alhamdulillah, ada yang sudah 'buka mulut' semester ini berbanding semester lepas.


Berbalik pada tajuk utama tentang dakwah, walaupun masih tak layak untuk membicarakan dengan details tentang dakwah (student kos dakwah lebih berhak mengulas). Andai jalan dakwah ini senang dan mudah, maka ramai lah yang ingin melaluinya. Jalan ini dicipta Allah swt penuh dengan onak duri, rintangan, kesdihan, tension, tapi di akhirnya ada sebuah kegembiraan menanti. Disana ibarat terbayar segala derita dan pengorbanan yang dicurahkan. Pada para pendakwah, tabahkan hatimu...bukankah Allah swt telah berfirman dalam surah ali 'imran ayat 139 yang bermaksud:


" dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman."


Selain itu Allah swt berpesan kepada para pendakwah dan pejuang agamaNya dalam surah ali 'imran ayat 142 yang bermaksud :


" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar."


Ayat di atas perlu di jadikan motivasi kita setiap hari bagi menambahkan amalan dan lebih bergiat di jalan dakwah ini. Ingatlah, tugas da'ie (pendakwah) bukan tertumpu kepada umat Islam yang mengambil jurusan agama sahaja tetapi ia tuntutan semua...man qola lailahaillallah wa huwa da'ie....Pada adik-adik yang setia bertanya, jangan ragu-ragu untuk terjun ke bidang ini, Allah swt menjanjikan ganjaran yang banyak di samping diri kita semakin tenang dan mendapat peluang berjumpa Allah swt di akhirat kelak dengan darjat yang tinggi.............amiin...