Jom Dengar!


Salam Jumaat barakah semua! Let's begin our day with recite surah al-kahfi...

Setel baca kahfi? Jom dengar bro Boona Mohammed berpuisi pula...



Ada banyak mesej yang baik dalam setiap bait-bait puisi yang dilafazkan oleh beliau. Hayati dan ambil pengajaran... (^_^)v

Diari Kembara Turki (7)

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar...

Turki, last day....sedih rasanya untuk meninggalkan bumi uthmaniyyah ini..setelah 7 hari berada di sini, sentiasa berdoa dan berharap Islam akan selalu subur dan dapat menjejakkan kaki ke sini lagi.


Kami ketika dalam perjalanan ke miniaturk...


This is miniaturk! An amazing place!



Bunga-bunga cantik ini menyambut kedatangan kami awal pagi itu..


Kita boleh lihat pelbagai replika bangunan dalam dan luar Turki...











Catur besar ini menarik perhatian saya.. sebab macam dalam filem harry potter...



Taman permainan juga disediakan bagi kanak-kanak yang berada di sini..


Alhamdulillah, kembara kami akhirnya sampai ke penghujungnya. Hari akhir ini kami meluangkan masa membeli belah di sekitr penginapan kami. Banyak juga cenderahati yang dibawa pulang untuk sahabat-sahabat dan keluarga. Setelah berkemas dan keluar dari penginapan, kami menaiki tram dan terus ke lapangan terbang untuk pulang ke Jordan.




Sebenarnya, ada satu tempat yang saya ingin ziarah iaitu kuburan saudara seislam kita, saudara Furkan Dogan yang telah terbunuh (syahid inshaa Allah) ketika tragedi mavi marmara. Kubur beliau ada di sebuah tempat bernama kayseri. In shaa Allah kalau pergi sekali lagi ke Turki akan saya jejakkan kaki ke sana.




:: Turki dan penduduknya yang pelbagai. ia memberi saya pengalaman baru. Terima kasih untuk pengalaman yang berharga ini ya Allah! Moga kerajaan khilafah Turki Uthmaniyyah dapat direalisasikan kembali. I wish i can be one of the jundi of khilfah.! Takbir! ::

ILMFEST 2014 dalam kenangan...

Bismillah wallahuakbar!

Alhamdulillah, segala puji semuanya dikembalikan pada Allah swt. Pada 17 dan 18 Mei 2014 baru-baru ini saya dan ibu saudara telah ke sebuah program ilmu yang menampilkan speakers dari luar negara. Masya Allah, tabarakallah! memang best dan banyak input-input baru yang dapat.

Sebenarnya waktu nak pergi Ilmfest kelmarin, diri ini masih lagi tertanya-tanya, "adakah aku masih boleh faham apa isi dalam talk tu nanti? Almaklumlah, 2 tahun setengah duduk di negara arab dan subjeknya boleh dikatakan 98% dalam berbahasa arab. " Dalam hati cakap, "takpelah, try dulu dengar, in shaa Allah faham. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah,".

Akhirnya, subhanallah, alhamdulillah...sepanjang program saya tiada masalah dalam memahami perkataan yang diucapkan mereka. Bahkan apabila ada speakers yang membacakan nas2 dari al-quran dan hadith,saya tiada masalah untuk memahami dan boleh tersenyum apabila mereka membuat jokes!

Sejujurnya, saya sangat respect pada semua speakers hari itu kerana mempunyai taraf pendidikan yang bagus ( bagus sangat...!kebanyakan mereka grad dari uni islam madinah) dan aktif dakwah di seluruh dunia. Mereka juga ada antara nya yang berasal dari mereka yang non-muslim (revert) dan mereka yang pernah tersasar jalan walaupun muslim. Kerana itu saya merasakan mereka sangat memahami dan menyelami masalah ummat Islam, dan bergerak untuk menyedarkan ummat. Allahuakbar!

Tajuk besar untuk Ilmfest 2014 adalah " Mercy to mankind". Ia suatu tajuk yang sangat signifikan dalam merungkai sosok tubuh Nabi Muhammad Rasulullah saw.  Antara tajuk yang dikupas dalam program ini adalah the call, the sirah, the character, the decent way, the reassuarance, the civil society, the advise for women, the friend, the "other", the family man, the right of the prophet, the advice for youth, the revival, the description, the shyness, the hereafter, the husband, the worshipper, the lesson of ta'if, the love for him, the catastrophe, and the legacy he left : leadership. 

Ada slot entertaiment dan itu diisi oleh game yang bermanfaat. Ilmfest 2014 dihoskan oleh Bro Boona Mohammad seorang pembaca puisi yang hebat. Salute! Duduk di dalam Ilmfest tempoh hari, terasa sangat dekat dan semakin kenal dengan kekasih Allah swt itu dengan sebenar-benarnya. Allahumma solli 'ala saidina muhammad!


Di sana juga terdapat banyak gerai yang menjual barangan muslimah, buku dan lain-lain. Saya sempat membeli buku nota design ilmfest 2014, kertas kerja salah seorang speaker iaitu syaikh Kamal al-Mekki dan buku tulisan syeikh 'aidh al qarni yang telah diterjemah. Alhamdulillah 'ala kulli nikmat. Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat menganjurkan program ini. Jazakumullahu khairan jaza'!


Senarai speakers yang terlibat dalam Ilmfest. Salah seorangnya ialah muslimah. Amazing! Congrate to all speakers!!





Antara cenderahati yang dibawa pulang sebagai kenang-kenangan...



:: harap sangat dapat pergi Ilmfest tahun hadapan yang maybe buat di luar negara.. =( ::

Diari Kembara Turki (6)

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar....

Tergendala sebentar untuk saya menulis diari kembara Turki ini disebabkan beberapa perkara. Maaf semua! =) Alhamdulillah hari ini saya berpeluang untuk kembali menyambung tulisan ini.

Kembara ini masuk hari ke-6 dan ia semakin menarik. Hari kedua terakhir berada di bumi Uthmaniyyah ini menyebabkan dada terasa sebak dan ukiran rindu telah ada. Kami memulakan perjalanan hari ini dengan mengunjungi sebuah masjid yang indah lagi menenangkan. Kami juga sempat bersarapan di sana.












Setelah itu, kami menyelusuri lorong kecil untuk ke tugu memperingati peristiwa penawanan kota konstantinople oleh sultan al-fateh.





Akhirnya setelah berjalan melintasi tengah bandar, melintasi kedai cenderahati serta melihat gelagat para pelajar universiti berasak-asak, kami samapai juga di tugu tersebut...









Kami sempat memfoto momen yang indah itu ketika berada di tugu peringatan itu. Kelihatan gah bendera Turki berkibar di tengah bandar. Tugu yang dibuat itu melambangkan Sultan Al-fateh menaiki kudanya dan ulama' syeikh syamsudin. Kami juga merehatkan diri dengan menikmati teh turki sementara menunggu taklimat dan perjalanan seterusnya.

Kaki melangkah lagi ke destinasi seterusnya iaitu menziarahi makam sultan Al-fateh dan masjid yang menempatkan jenazahnya. Makamnya bersih dan tenang. Terdapat beberapa muslimah sedang membersihkan kawasan makam. Kami berteleku di situ dalam masa setengah jam dan kemudiannya melangkah pergi mengunjungi bazar di sebelah tepi masjid.





 cenderahati yang padat info tentang makam sultan al-fateh ini telah diberi oleh penjaga makam kepada kami.


Beginilah suasana di dalam masjid yang menempatkan makam sultan al-fateh. ketika ini kami mahu solat zohor berjemaah bersama penduduk sekitar.





Alhamdulillah, setelah kami selesai ke makam sultan al-fateh, perjalanan diteruskan ke sebuah lagi makam yang mana menempatkan sahabat nabi ridhwanullahu ajma'in iaitu makam abu ayyub al-ansori. Di bawah ini adalah gambar masjidnya. ketika kami masuk ke dalam, kelihatan sangat ramai manusia yang berasak-asak untuk berdoa, dan mengunjungi tempat ini.






Setelah penat berjalan, tibalah masanya untuk kami menikmati keindahan sebahagian kecil Istanbul dengan menaiki cable car.





Pemandangan indah dari atas bukit berdekatan makam abu ayyub al ansori.





Kemudian, kami berpeluang untuk menziarahi kubur sahabat kita, ahmad ammar yang telah meninggal dunia di turki dan dikebumikan juga di turki. Masya Allah!


 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. segalanya hari ke 6 dapat kami selesaikan dengan baiknya.

:: moga kita juga ditempatkan bersama orang-orang soleh ketika pulang kepada Allah nanti! al-fatihah untuk semua yang telah kembali ke rahmatullah! ::