three musketeers....


Mungkin antum semua pernah terbaca tentang kisah three musketeers ni dimana-mana sama ada di perpustakaan ataupun memiliki koleksi english books sendiri, kan? ataupun tak pernah lagi mendengar tentangnya?

Ana tak tahu sama ada ini watak lagenda atau ianya cerita benar tapi buku ni sangat menarik minat ana sewaktu mula-mula memilikinya. Ana jarang memiliki buku-buku inggeris klasik begini sebenarnya....watak dalam buku ada tiga pahlawan atau panglima iaitu arthos, porthos dan aramis. mereka berjuang dan memperoleh kemenangan.. hebat! tapi hebat lagi panglima dan tentera Islam yang berbekalkan semangat, iman dan tawakal yang tinggi walaupun bersenjatakan alatan yang tidak canggih..

Sengaja mahu berkongsi serba sedikit cerita tentang buku itu, kalau sesiapa yang tak pernah baca cubelah jadikan ianya bacaan ringan sekadar menambahkan pengetahuan tentang English......buku itu dah lama dibeli ketika ana tingkatan 3 tapi sejak akhir2 ni teringat pula..mgkin ada sedikit kaitannya dengan ana dan sahabat2 di sini.....

jangan marah!


marah akan menyebabkan kita:-
~stres
~rasa tak tenang
~sakit jantung
~tekanan darah tinggi
~berdendam
~didekati syaitan...

cara menghindari marah:-
~berwudhu'
~berzikir
~sabar..(yg paling pntg)
~pergi ke majlis ilmu
~membaca al quran
~qiamulail

Marah adalah perkara biasa, tapi mengawal marah adalah perkara luar biasa yang sangat dituntut dalam agama...hmmm....

(sebenarnya beberapa hari lepas ana terlepas marah pada sahabat2, jadi rasa bersalah pula....minta maaf ye...)

p/s:melepaskan marah bukanlah satu jalan terbaik malah boleh parah jiwa sebenarnya...

congrate abang! dah konvo semalam...


salam ukhwah semua...asifah, baru update blog! banyak kerja menimbun...lepas tu ana hadir abang sulung ana konvokesyen di UiTM Shah Alam semalam.agak kepenatan tapi jelas terpancar rasa gembira di wajah keluarga ana. Congrate abang! lepas ni sambung belajar lagi tau!Semalam memang letih..adat istiadat konvo di UiTM ni agak seronok juga tapi sangat sesak oleh kerana terlalu ramai orang yang datang pada sesi pagi. Tapi alhamdulillah kami dapat mengharungi lautan manusia di sana...
Umi dan abah serta adik akan sentiasa mendoakan kejayaanmu dunia dan akhirat. Minta maaf ye salah silap selama menjadi adik beradik..hehe..banyak betul ana bergaduh dengan abang ana ni kecik2 sampai besar..=) almaklumlah hanya 2 orang adik beradik je, nanti abang dah kahwin tak dapat lagi nak bergaduh macam dulu...
Hari ni ana akan balik ke kampus dan meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Memandangkan minggu depan akan bermulanya satu peperiksaan jadi terpaksalah ana bertungkus lumus untuk mendapatkan result yang baik (bukan result je tapi keredhaan Allah dalam mnuntut ilmu pun).hm...baiklah,Ana nak siapkan banyak nota dan enakmen jenayah dan mal untuk dihantar esok..wassalam.......

p/s: ahlan wasahlan kepada 2 followers yg singgah di blog ana yang serba dhaif ini.....=)

sahabat, ana bangga denganmu!



Seorang sahabat ana di kampus ni (nama dirahsiakan ) sangat baik. Bagi ana dia seorang yang agak nakal tapi sebenarnya hebat. Dia sanggup 'mencari penyakit' dan juga mencemarkan dirinya untuk dikutuk rakan2 dan pensyarah agar dapat lihat Islam naik di kampus kami. Ana respect sahabat yang seorang ini. Orang akan lihat dia seorang yang biasa tapi dia telah melakukan perkara yang luar biasa yakni membenarkan dirinya jadi bahan kutukan semata untuk Islam. Walaupun ia kedengaran seperti biasa tapi hal sahabat ana ini lain sedikit.

Pada mulanya ana tak menyangka 'idea gila' ini sememangnya dari sahabat ni sehinggakan ana sendiri salah sangka dengan apa yang telah dia perbuat. Rakan2 yang lain banyak yang mengecam dan mengatakan dia nak meraih populariti di kalangan kami. Ana juga rasa pelik tapi selepas kejadian itu sahabat ana memberitahu tentang agenda di sebalik perbuatannya itu. Ana rasa sebak jugalah...sahabat ana buat sesuatu yang nampak seperti sangat tidak relevan tentang Islam tetapi maksud yang tersirat sebenarnya adalah agenda memenangkan Islam di kampus kami.

Ana cepat-cepat mohon maaf padanya...rasa bersalah yang teramat. Dalam hati ana terdetik, " betapa lemahnya ana tak dapat mentafsir makna perlakuan dia, serta lemahnya ana kerana boleh memenangkan Islam hanya melalui kesenangan tapi sahabat ana ini sanggup melalui kesusahan semata melihat Islam naik sedangkan dia boleh lakukan dengan cara lain.."

Ya Allah...ampuni dosa hambaMu dan berikan lah kesejahteraan kepada sahabat2 ku di dunia dan akhirat....

Ana bangga denganmu,sahabat!

syura itu syurga

salam fisabilillah semua....kepada para pejuang islam yang bertebaran di dunia ini,kepada pemimpin pilihan Allah, kepada khalifah kepada rasulullah. Hari ini terasa segar dengan udara pagi yang nyaman dan cahaya matahari kuning keemasan memancar. ana ingatkan nak jogging tapi terlupa ada dua assignment lagi yang perlu disiapkan dan ada banyak lagi ilmu yang belum difahami..

Syura itu sunnah rasulullah saw. Para sahabat dan ulama' juga telah menyambung sunnah itu. Dalam kuliah ana beberapa hari lepas, kami ada buat perbincangan tentang konsep demokrasi dan lawannya adalah konsep syura. Islam itu syumul dan sempurna tidak mengira pada siapa, bila dan dimana. Jika kita melakukan syura dalam membuat sesuatu keputusan itu lebih diberkati dan mengikut sunnah. Bukankah kita mengaku cintakan rasulullah saw tetapi kenapa kita malas untuk menyempurnakan sunnah itu?? keputusan syura jika tersilap ia ahli-ahli syura itu tidak salah. Syura ini haruslah disertai dengan solat sunat contohnya solat sunat taubat, solat sunat istikharah dan solat sunat hajat bagi kita diberi petunjuk dalam membuat sesuatu keputusan.


Allah yang maha mengetahui apa yang akan berlaku di hadapan maka kita sebagai hamba perlu meminta kepadaNya ilham dan hidayah agar segala keputusan itu dalam pemeliharaanNya. Sebelum peperangan khandak juga rasulullah telah membuat syura bagi penyelesaian masalah mereka ketika lalu bangkit Salman Al Farisi menyatakan satu idea yang dikenang-kenang dalam sejarah Islam...hebat sungguh pemuda Islam ketika itu!Inilah yang dapat dihasilkan dalam satu majlis syura ..



Malaysia juga harus buat begitu...ini saranan ana, pelaksanaan hukum Islam dan sunnah rasulullah saw perlu dijalankan jika mahu lihat umat Islam negara ini kuat dari pelbagai segi dan kita semua dapat bersenang-senang di negeri akhirat. Perlembagaan persekutuan yang telah sedia ada ana rasa baik untuk semua tapi ada beberapa perkara yang menunjukkan Islam telah di anak tirikan di negara ini. Bukankah dahulu tanah melayu atau lebih khusus Melaka dan beberapa buah negeri adalah pusat penyebaran Islam paling gemilang di asia tenggara? Mereka juga mengamalkan syura dalam membuat keputusan. Ana paling suka pada pemerintahan Sultan Alaudin Riayat shah yang seperti saidina Umar al faruq yang memerhati kehidupan rakyat di waktu malam.. kerana itu jika dilihat, semangat orang Islam dahulu lebih tinggi berbanding sekarang walaupun mereka serba kekurangan..moga roh2 mereka dicucuri rahmat..


Em...panjang betul ulasan ana hari ini..=) tapi kesimpulanya sangat pendek iaitu.....



"SYURA ITU SYURGA"


kerana apa?....antum fikirkan....

baru sekejap tadi...


Baru sekejap tadi ana dan beberapa sahabat berusrah secara tidak langsung..asalnya kami mahu buat 'halaqah makan' tapi tak sangka jadi 'halaqah makan + ilmu' tapi ana sangat teruja berkongsi ilmu tentang pejuang Islam...hanya Allah swt yang tahu betapa excited nye ana bila semua sahabat ana yang baru kenal memang minat dengan sirah! tiba-tiba ana memulakan halaqah kami dengan cerita sultan al fateh, kemudian bertukar cerita umar abd aziz dan terselit cerita rasulullah dan isteri baginda.


bersemangat betul kami berkongsi cerita dan mengutip kisah tauladan...macam-macam tajuk buku keluar sehinggalah seseorang datang dan mengganggu perbualan kami...rasa macam terputus urat...mood berkongsi ilmu terus hilang....hm,sedih...

wahai sang daie...

apa sudah jadi pada hatimu yang sudah jadi sekeras batu....?
apa sudah jadi pada kedudukan Allah dalam hatimu...?
apa sudah jadi pada iman yang bertapak kukuh dalam jiwamu dulu....?

Di mana mad'u mu pergi?ke jalan maksiat atau kebenaran?
jika kau tidak sibukkan hatimu dengan kerja islam, hati itu akan dipenuhi dengan syubhah dan kemaksiatan.......

Ya Allah..hinanya para daie jika mereka tidak memelihara hati dan kedudukan Allah swt dalam diri mereka...astaghfirullah, ampunilah dosa para daie dalam menjalankan amanah agamaMu..ya Rabbi janganlah Engkau sesat dan lekakan para daie yang berjuang dalam menegakkan Islam...supaya subur biah solehah, supaya setiap hati disinari cahaya iman, supaya semua kami dapat berkumpul dengan Rasul junjungan dalam syurga idaman..amiin....

AYUH DAIE! MAD'U MENUNGGUMU........

walimah ukhti inzah


hari ini 3 oktober 2009, ana nak mengucapkan selamat pengantin baru kepada ukhti tersayang. Tahniah kak! dah sampai seru...jadilah isteri solehah selepas akak berjaya jadi gadis solehah kelmarin..ana dan sahabat2 sentiasa mendoakan ikatan ini berkekalan sehingga ke syurga.amiin...syukran atas jemputan! ukhti asanah pula pasti sedang bergembira menanti anak yang bakal lahir tu,anak-anak pejuang Islam yang lahir dalam baitul muslim lah katakan..baru tadi ana menghadiri majlis walimah tu,walaupun sederhana tapi meriah dengan adab islam yang penuh..katanya bulan sebelas ni kenduri untuk pihak lelaki..


pesanan akhir ana, jangan lupa infakkan anak nanti ke jalan perjuangan...takbir!!

gambar kenangan


perkampungan orang siam di kelantan..ana sempat ambil gambar ni..hebat betul pemerintahan tok guru..berbilang bangsa dan kaum boleh duduk dibawah kerajaannya..

ibu saudara ana (kembar mak ana )dan adik sepupu sedang makan kueh raya...hehe..rindu pada mereka.


sewaktu melawat rumah tok teh di taiping.dua2 ni ibu saudara ana belah mak..



kami pergi ke pantai petang bila sampai di kelantan,masa tu matahari terbenam..subhanallah,cantik!lepas tu hujan renyai2...




adik saudara ana main2 dengan anak kambing masa kami pergi ke kelantan..=)










p/s:macam2 pengalaman dapat bila jalan jauh ni..jauh perjalanan luas pemandangan..

program...

salam semua....akhirnya baru ada masa yang sangat sedikit ini untuk tulis tentang program yang ana lalui.Actually ada usrah dan kerja2 yag belum selesai lagi tapi tak pe lah,nak rehat kejap dari kesibukan yang panjang ni.. Alhamdulillah masa raya hari tu banyak pengalaman yang ana dapat dari aktiviti keluarga contohnya keluarga sebelah ayah ana pergi merisik bakal ibu saudara yang duduk di kelantan. First time ana tengok situasi sebegitu..keluarga mereka menyambut baik kedatangan kami dan memberikan layanan yang baik..beruntung ayah saudara ana,alhamdulillah!
aktiviti pada satu syawal macam biasalah,menziarahi saudara mara dan kubur2 nenek dan datuk yang telah pulang ke rahmatullah..hari raya kedua pula ana sekeluarga bertolak pulang ke kampung..cukup seronok bila 'kenduri barbecue' dan mengadakan tahlil..sepupu2 ana yang nakal2 ni main mercun dan bunga api di luar rumah kemudian berlawan dengan jiran sebelah. alangkah meriah syawal tahun ini apabila silaturrahim antara keluarga dapat dieratkan..
maaflah ana cerita pasal pengalaman raya ana di sini..=) Yang paling seronoknya adalah program semalam iaitu forum tentang mahasiswa.wah!panel2nya memnag hebat dan lantang bersuara..segala ilmu yang dicurahkan pada forum itu memang menerujakan ana dan sahabat2..mana tidaknya walaupun forum itu tamat agak lewat malam tapi kami tidak langsung mengantuk.info-info segar dan isu2 yang dibangkitkan sangat memberikan impak dan melupakan ana tentang hari keesokannya.(esoknya ana ada temuduga penting). Persoalan dan respon dari mahsiswa yang mendengar forum juga sangat memberangsangkan. Pada ana forum semalam adalh sangat sukses!tahniah kepada pada penganjur!!