SIHIR ATAU SILAP MATA....

Salam 'alaik semua pembaca..hari ini mari kita kupas tentang tajuk sihir pada pandangan al Quran. Biasa kita dengar tentang ini, kan? Pada sesetengah orang, ada yang tidak percaya tentang sihir, tak kurang yang percaya melebih-lebih sehingga melakukan amalan khurafat. Mungkin ada yang pernah mengalaminya atau pernah ahli keluarga yang kena. Di tv misalnya pelbagai corak dan gaya orang yang tunjuk silap mata, adakah itu salah satu sihir?

Baiklah semua, duduk dulu..tarik nafas...


Dalam surah al-Baqarah ayat 102 ada dinyatakan tentang sihir. Hakikat sihir ada dua pendapat. Pertama, pendapat dari jumhur ulama' yang mengatakan bahawa sihir itu adalah hakikat yang memberi kesan. Manakala pendapat kedua daripada kumpulan Muktazilah yang menyatakan bahawa sihir itu tidak mempunyai hakikat serta hanyalah penipuan.
Terdapat 4 jenis sihir iaitu:

~ sihir secara ilusi dan penipuan
~ sihir secara ramalan dan penujuman
~ sihir secara jalan adu domba dan fitnah
~ sihir secara tipu muslihat

Bukti adanya sihir dan sihir memberi kesan adalah melalui surah al-a'raf ayat 116 yang bermaksud:
"Dia (Musa) menjawab, "lemparkanlah (lebih dahulu)!" Maka setelah mereka melemparkan,mereka menyihirkan mata banyak orang dan menjadikan banyk orang takut kerana mereka memperlihatkan sihir yang yang hebat (menakjubkan)."

Selain itu sihir boleh mencerai beraikan pasangan suami isteri (bergantung dengan izin Allah). Ia terbukti dalam surah al baqarah ayat 102. Di samping itu, dalam surah al-Falaq juga ada menyatakan bahawa kita sangat perlu pada perlindungan Allah swt daripada terkena penangan sihir ini. Hal ini kerana, Rasulullah saw juga pernah disihir oleh seorang yahudi dan Jibril mengubati baginda.

Mari kita kembali ke zaman Firaun. Piramid yang dibina pada masa itu menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji sejarah kerana ia begitu unik dan pembinaanya sangat mengkagumkan. Kerana itu ia adalah salah satu benda ajaib di dunia. Setelah mengkaji, ahli sejarah berpendapat terdapat kemungkinan bahawa piramid dibangunkan dengan kuasa sihir. Bayangkan satu bongkah piramid yang sangat besar itu bolehkah manusia terdaya mengangkatnya??? bukan satu tapi beratus bongkah....

Adakah ahli sihir atau tukang sihir itu boleh dibunuh?

Menurut Abu Bakar al-Jassas menyatakn bahawa para ulama salaf dengan sepakat (ijmak) tentang keharusan seorang ahli sihir itu dibunuh (hukum mati).

Di alam Melayu kita ini sebelum dan selepas Merdeka juga masih ada (ramai) yang menggunakan khidmat tukang sihir ini bagi melakukan sesuatu. Nauzubillah....Menurut seorang pemimpin british yang pernah menjajah di negara kita dalam tulisannya mengatakan bahawa

" pemimpin melayu adalah banyak menggunakan perkara-perkara khurafat dalam kehidupan harian mereka.."

No comments:

Post a Comment