akhirnya.............................


Salam perjuangan........Ya Allah ana bersyukur sangat hari ini. Alhamdulillah program yang dinantikan dah pun diluluskan (walaupun banyak rintangan termasuk kena debat dengan orang atasan)....Allah swt maha kuasa, tiada apa yang mustahil walaupun di hadapan kita sejuta rintangan.ALLAHUAKBAR!

Semalam semua ajk dan beberapa sahabat ana turut serta dalam dalam persediaan program kami tu. Mereka memang semangat dan bersungguh...esok sudah mula untuk berjual button, mafla, buku dan macam lagi. Insya Allah tiga gerai akan dibuka. Para pensyarah dan staf kampus pun banyak bertanya tentang program ana, BERMINAT!. Di kalangan ramai umat Islam yang masih lagi kabur pada kisah Palestin, masih ramai lagi rupanya yang ambil tahu. Palestin sentiasa di hati, kerana apa? kerana adanya al-Quds dan saudara seislam kita disana. Walaupun kita cuba mengelak dari memperakui semua itu tapi ia tetap realiti.

WAHAI UMAT ISLAM!!!!! BANGKITLAH DARI 'TIDURMU YANG LENA' , ORANG KAFIR SEDANG MENYERANG MU DIHADAPAN, BELAKANG DAN TEPI....ANDAI KAU MASIH LEKA, UMAT INI AKAN MUSNAH, RASULULLAH AKAN KECEWA, SEMUA MILIK KITA AKAN HILANG ......

ingatlah bahawa mempertahankan bangsa semata tanpa Islam tiada apa..kerana banyak bangsa sebelum kita musnah dilaknat Allah swt kerana kelalaian mereka menjaga Islam.

Nasyid sewaktu kelelahan berjuang


TEKAD ( A TRIBUTE TO IZZATUL ISLAM)


Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri,
aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi,
kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati,
jasad ini, darah ini sepenuh redha ilahi.

kami adalah panah-panah terbujur,
yang siap dilepaskan dari busur,
tuju sasaran , siapapun pemanahnya..

kami adalah pedang-pedang terhunus,
yang siap terayun menebas musuh,
tiada peduli siapapun pemegangnya,
asalkan ikhlas di hati tuk hanya redha ilahi robbi..

kami adalah tombak-tombak berjajar,
yang siap di lontarkan dan menghujam,
menembus dada lantakkan keangkuhan,

kami adalah butir-butir peluru,
yang siap ditembakkan dan melaju,
dan mengoyak menumbang kezaliman,
asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah ilahi robbi....

kami adalah pena yang tajam,
yang siap menuliskan kebenaran,
tanpa ragu ungkapkan keadilan..

kami pisau belati yang selalu tajam,
bak kesabaran yang tak pernah padam,
tuk harungi dakwah ini jalan panjang,
asalkan ikhlas di hati menuju jannah ilahi robbi......

nyanyian: SHOUTUL HAROKAH


ALHAMDULILLAH


MENGINGATI ALLAH ITU TENANG,
MENCINTAI ALLAH ITU DAMAI,
SEPERTI PERMAINYA HATI MELIHAT AWAN DAN LAUT,
MERINDUI ALLAH ITU SATU RUTIN.
PABILA HATI INI MERDU MENGALUNKAN RASA ZIKIR,
IA PASTI BERSATU DENGAN AIR MATA,
TANDA HAMPIR DENGANNYA.........................

DALAM SUJUD ITU,
PASTI ADA KEAMPUNAN YANG DIPINTA,
SUPAYA SETIAP PERBUATAN,
DIIRINGI REDHA DAN BARAKAH,
UNTUK KU JADI INSAN BERTUAH,
MILIKI JIWA SEKENTAL RABIAH AL ADAWIYAH.......


~ YA ALLAH, ALHAMDULILLAH......KU PANJATKAN PADAMU ~

Jalan Dakwah itu sukar


Salam ukhwah semua. Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam dan setiap masa kita semua dilimpahi rahmatNya. Ada adik-adik muslimat ana bertanyakan soalan tentang dakwah. Kaku juga dibuatnya. DAKWAH. Satu perkataan yang sangat sinonim dengan Islam dan salah satu perkara yang jarang-jarang orang boleh istiqamah dengannya. Jalan dakwah itu sukar, kata ana setelah berfikir sejenak. Setiap kali usrah ana lebih menggalakkan anak-anak usrah banyak berikan pendapat supaya melatih mereka tidak malu bersuara lantang jika mahu menuntut sesuatu keadilan atau menegakkan agama Allah swt kelak. Alhamdulillah, ada yang sudah 'buka mulut' semester ini berbanding semester lepas.


Berbalik pada tajuk utama tentang dakwah, walaupun masih tak layak untuk membicarakan dengan details tentang dakwah (student kos dakwah lebih berhak mengulas). Andai jalan dakwah ini senang dan mudah, maka ramai lah yang ingin melaluinya. Jalan ini dicipta Allah swt penuh dengan onak duri, rintangan, kesdihan, tension, tapi di akhirnya ada sebuah kegembiraan menanti. Disana ibarat terbayar segala derita dan pengorbanan yang dicurahkan. Pada para pendakwah, tabahkan hatimu...bukankah Allah swt telah berfirman dalam surah ali 'imran ayat 139 yang bermaksud:


" dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman."


Selain itu Allah swt berpesan kepada para pendakwah dan pejuang agamaNya dalam surah ali 'imran ayat 142 yang bermaksud :


" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar."


Ayat di atas perlu di jadikan motivasi kita setiap hari bagi menambahkan amalan dan lebih bergiat di jalan dakwah ini. Ingatlah, tugas da'ie (pendakwah) bukan tertumpu kepada umat Islam yang mengambil jurusan agama sahaja tetapi ia tuntutan semua...man qola lailahaillallah wa huwa da'ie....Pada adik-adik yang setia bertanya, jangan ragu-ragu untuk terjun ke bidang ini, Allah swt menjanjikan ganjaran yang banyak di samping diri kita semakin tenang dan mendapat peluang berjumpa Allah swt di akhirat kelak dengan darjat yang tinggi.............amiin...

KALAM ALLAH SWT


SURAH AL JUMAAH....JUZUK 28......SURAH YANG KA 62 DALAM ALQURAN.....BACALAH DAN AMBIL PENGAJARAN.........

PALESTIN DIHATI....






PALESTINE FREE!!!!!















ada juga persembahan sajak dan
perkongsian pengalaman dengan
En Nizam, salah seorang daripada
yang pergi ke konvoi misi
kemanusiaan LL4G...












Brother-brother daripada Shoutul Harakah (ShouHar) buat persembahan yang memukau. Alhamdulillah 10 lagu mereka persembahkan. Nasyid jihad yang terkesan di hati semua yang hadir.

PALESTIN : ISU ISLAM ATAU ISU RAMPASAN NEGARA?

Palestin diserang.Palestin takkan aman.Palestin menderita. Begitu banyak tajuk di dada akhbar atau laman-laman blog yang menulis tentang palestin. Isu ini sudah banyak yang menjadi pengulasnya tapi sehingga kini tiada siapa yang dapat menimpulkan perkara sebenar tentang Palestin. Ditambah pula dengan media yang dikuasai oleh golongan 'mereka' juga. Memang lah semua penduduk di dunia ini takkan tahu perkara sebenar. Ana masih ingat pabila berbual dengan seorang muslimat tentang Palestin, beliau mengatakan bahawa isu Palestin adalah isu rampasan tanah Palestin oleh Israel laknatullah. Jadi perkara itu boleh diselesaikan dengan cara Israel bertolak ansur dengan Palestin, kerana ini soal isu rampasan negara....kata ana dalam hati, " dah kena serangan saraf yahudi ni...media diorang punyela katakan..."

Sedih ana bila terdengar orang Islam cakap begitu. Walaupun Palestin tidak kaya dan tiada kemajuan tapi bukankah terdapat al-Aqsa yang lebih berharga daripada segalanya! Kasihan umat Islam sekarang dni dijajah minda dan dijajah secara berdepan..tapi masih ramai yang tidak sedar. Astaghfirulllah....Ana kira jika sekarang Israel menjajah dan menyerang kita, kalah teruk kita..jangan marah, kerana inilah hakikatnya. Muda mudi kita suka akan budaya barat atau yahudi, mereka mengagungkan idola dari barat. Bukankah kemenangan itu kita peroleh tatkala penggantungan dengan Allah swt sangat kuat dan usaha kita padu...

Al-Aqsa sangat berharga. Kiblat pertama umat Islam. Di situ juga salah satu destinasi dalam kembara israk mikraj. Jika tidak penting, mana mungkin khalifah kedua Islam, Saidina Umar mahu keluar dari Madinah ketika menjadi khalifah semata-mata untuk menawan kota baitulmaqdis itu....Ayuh teruskan perjuangan dalam merampas kembali al-Aqsa dari tangan yahudi Laknatullah! BEBASKAN MASJID AL AQSA!!!! TAKBIR!

Ya Allah ampuni hamba yang kerdil ini...

Salam semua. Hari ini rasa tak teratur sangat perjalanan harian..macam ada yang tak kena. Zikir sudah, solat pun dah, quran pun ana dah baca....Ya Allah, tenangkan hati ini..Maafkan lah segala kekhilafan yang ana perbuat walaupun sebesar zarah...lembutkan hati yang keras ini untuk bermuhasabah dan menangis kerana Mu, mungkin dengan itu dapat menenangkan hati yang gelisah ini.
YA ALLAH SESUNGGUHNYA TIADA YANG LEBIH INDAH DAN LEBIH MENENANGKAN JIWA INI MELAINKAN MENGINGATIMU DAN MENGINGATI MATI......YANG ALLAH TAMBAHKAN IMANKU AGAR HATI INI SENTIASA BAHAGIA MESKI MENDAPAT UJIAN SEBERAT MANA PUN...........

ISLAM MENGAJARKANKAN PENGANUTNYA REDHA....SATU SIFAT MULIA YANG SUSAH DIDAPATI..........

CINTA SYAHID


'' YA ALLAH IZINKAN DIRI INI BUKAN SAHAJA MEMILIKI AKHLAK YANG BAIK,

DIPAGARI SOLEHAH, BIJAK BERKATA-KATA, DAN MENJADIKAN AL QURAN DAN

HADIS RASULMU SEBAGAI TEMAN HIDUP........


TAPI.....


" iZINKAN DIRI INI MENJADI SRIKANDI ISLAM YANG BERJUANG DAN BERJIHAD

DI JALANMU, IZINKAN DIRI INI MENGALIRKAN AIR MATA DAN DARAH UNTUK

AGAMAMU DAN MATI SYAHID DI MEDAN INI................


KERANA.....


" AKU MAHU MENJADI HAMBA DAN PEJUANG YANG TIDAK PERNAH TAKUT

DENGAN MUSUHMU.....AKU JUGA MAHU SENTIASA MERINDUI UNTUK BERTEMU

DENGANMU DALAM KEADAAN SUCI......


MAKA......


" KABULKAN LAH..........AMIIN.......

Kisahkah Kita Tentang Palestin????











pabila diutarakan soal PALESTIN, ana sering melihat pelbagai tafsiran beberapa pihak berkenaan hal itu. soal Palestin ini berkait rapat dengan perjuangan, boikot,dan jihad. ana rasa pelik (tak tahu lah pendapat kalian) apabila pemboikotan barangan israel laknatullah tidak berjaya sedangkan umat Islam di dunia ini banyak dan hampir setiap tempat dan ceruk rantau pasti adanya umat Islam. Tidak perlu pergi jauh, ana just survey di kampus sahaja tentang hal pemboikotan barangan israel laknatullah ini..setelah beberapa ketika membuat observation,ana mendapati bahawa mereka tidak melakukan pemboikotan langsung. ada pula pejuang ISLAM sendiri yang menjadi pelanggan setia produk-produk ini...sudah dinasihati juga tapi masih beli.Astaghfirullah! Maaf ana katakan, tapi golongan umat Islam beginikah yang mampu mencipta kegemilangan Islam kembali?? Isunya memang dengarnya remeh tapi bukankah yang remeh itu yang perlu diperhalusi, mana tahu akan jadi perkara besar satu hari nanti!Jangan lah pelik dan sedih pula para pejuang Islam jika hati kita makin keras, dan kemenangan Islam tak menjadi milik kita kerana kita juga menjadi sebahagian cutomer mereka....


Sekurang-kurangnya pabila di akhirat nanti, ada juga sumbangan kita menolong umat Islam walaupun hanya usaha memboikot. bukankah Allah swt memandang pada usaha dan bukannya hasil? sedih juga mendengar bila program -program pengumpulan dana palestin dan program malam palestin tidak diendahkan atau diperlekehkan. Itu juga merupakan satu usaha dalam menyedarkan umat Islam kepada penderitaan Palestin. Nak berjihad angkat senjata pun kita tidak mampu, jangan pula perlekehkan usaha yang dibuat. Iringan doa juga boleh kita lakukan setiap hari, sesungguhnya bantuan Allah itu lebih hebat.

Wahai generasi pembela al-quds! marilah kita sedari bahawa yang paling hampir dengan diri kita ialah mati . Sebelum mati, berbuat amal lah kita untuk bekalan di akhirat yang pastinya mendebarkan jiwa, menyesakkan dada, dan membuatkan semua manusia tercari-cari pahala.....BOIKOT BARANGAN ISRAEL LAKNATULLAH!

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


Salam ukhwah....hari ini 14 Julai 2010 dan merupakan hari yang agak sibuk. Dari pagi tadi ana ke hulu hilir untuk siapkan kertas kerja program, hantar proposal, pergi kuliah,dan booking kenderaan untuk ke program. Letih jugalah dibuatnya tapi ana seronok mengenangkan program yang bakal berlangsung. Alhamdulillah, ana panjatkan pada Allah swt yang memberi kelancaran kepada hari-hari kesibukan.


Antara program yang 'on the way' ialah program gotong -royong membersihkan kubur, disusuli program Malam Mahabbah Palestin (monon didoakan program ini berjaya), kemudian program berbuka puasa bersama anak yatim dan akhir sekali insya Allah program lawatan wad kanak-kanak. Alhamdulillah, kertas kerja bakal dihantar esok.. Sahabat-sahabat ana rasa excited mahu buat program memandangkan kami sudah di tahun akhir. Sedihnya....


Program yang 'spontan' mungkin akan menyusul mungkin....tapi ana berharap dapat menumpukan perhatian kepada organisasi dan pelajaran sama rata, moga-moga dapat result cemerlang di saat nak keluar ni..mohon didoakan...kepada sahabat-sahabat, jangan putus-putus join program kebajikan, ya!

Keganasan wanita dan kanak-kanak


Keganasan yang membawa maksud perlakuan dan paksaan yang menyebabkan penganiayaan. Penderaan pula bermaksud perlakuan yang menyakiti individu lain (fizikal dan mental). Mengikut statistik yang di berikan 90% kes penderaan fizikal dilakukan oleh penjaga, 85% kes penderaan seksual dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa, dan 75% kes penderaan seksual dilakukan oleh saudara mara..astaghfirullah! dalam sebuah keluarga terdapat seorang pencabul!na'uzubillah!


Antara faktor seseorang menjadi pendera ialah pernah menjadi mangsa deraan, selalu dipinggirkan, tidak mampu mendapatkan bantuan (lemah), tidak mampu memenuhi keperluan sendiri, meletak jangkaan yang tiggi pada kanak-kanak (menyuruh kanak2 berumur 3 tahun supaya buat kerja rumah), wujud krisis @ siri krisis. Mengikut statistik yang dibuat di US, 2/3 daripada banduan pernah menjadi mangsa penderaan, selain itu pelacur yang melacur adalah daripada golongan yang pernah menjadi mangsa penderaan seksual. (Ana percaya bukan ssahaja di US sahaja tapi Malaysia juga).


Selain daripada faktor tadi, satu lagi faktor yang membuatkan ana terasa sedih apabila majoriti kes berkaitan dengan faktor kemiskinan. Kepada pemerintah sila selesaikan masalah ini...Kepada mangsa dera atau sesiapa yang ingin melaporkan kejadian penderaan yang berlaku sila hubungi talian NUR (15999). Laporkan juga kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat...wallahua'alam...


" F AMILY VIOLENCE IS NOT OK! "


" YOU CANNOT GIVE LOVE IF YOU HAVE NEVER RECEIVED IT.."

tiada tandingan cintaMu


CINTANYA DATANG LAGI MENGISI RUANG KOSONG SEUSAI SOLAT MAGHRIB TADI...........


TIDAK DIBIARKAN HATI INI KOSONG DENGAN DUNIA, TIDAK DIBENARKAN HATI INI JAUH DARINYA....


TERIMA KASIH YA ALLAH! KASIH, CINTA DAN RINDUMU TIADA TANDINGAN....PERLAHAN-LAHAN AIR MATA INI GUGUR TATKALA CINTAMU HADIR.......ALANGKAH INDAHNYA..............
WAHAI SAHABAT SEKALIAN..CARILAH CINTA ALLAH...DIA AKAN MENCINTAI KITA SELAMANNYA....BIAR BETAPA BESAR DUGAAN YANG MENIMPA, KITA PASTI RASA TENANG DAN BAHAGIA........

MAHASISWA PENERAJU NEGARA

Mahasiswa takut pada pensyarah, Pensyarah takut pada dekan, Dekan takut pada
rektor, Rektor takut pada menteri, Menteri takut pada perdana menteri, Perdana
Menteri takut pada mahasiswa.....Biarkan Mahasiswa bebas berfikir dan membina impian kerana sudah diketahui bahawa Orang muda kaya dengan impian, Orang tua kaya dengan pengalaman....

Salam kebangkitan pada semua mahasiswa! Ayuh,berjuang dan terus berjuang untuk membawa perubahan pada negara...realisasikan impian yang telah terbina. Jangan berhenti, jangan mundur! Mahasiswa bukan hidup hanya di meja tulis dan dewan kuliah, tapi mahasiswa hidup dalam masyarakat...menginfakkan diri mereka untuk kesejahteraan rakyat...Mahasiswa bukan boneka untuk di peralatkan demi kepentingan peribadi, tapi mahasiswa adalah ejen penyatuan ummah....Mahasiswa tidak pernah 'mati'...walaupun mereka 'dihapuskan' tapi mereka tetap 'hidup' dalam urat nadi perjuangan rakyat!


~....ruh-ruh kami pasti beriringan dengan para pembawa keadilan...~

THANK YOU ALLAH




terima kasih atas kurniaan nikmat iman dan islam yang tidak putus-putus


terima kasih atas kurniaan ibu bapa yang sangat baik dan beriman


terima kasih atas kurniaan seorang abang kandung yang sentiasa menyokong perjuangan ini


terima kasih atas kurniaan umur sehingga hari ini dapat bernafas


terima kasih atas kurniaan rezeki disamping rasa bersyukur


terima kasih atas kurniaan sahabat seperjuangan dalam menegakkan kalimahMu


terima kasih atas kurniaan guru-guru yang tidak jemu mencurahkan ilmu


terima kasih atas kurniaan oksigen demi hamba ini menghirupnya setiap hari


terima kasih atas kurniaan ujian dan dugaan yang mendewasakan diri ini


terima kasih atas kurniaan semangat juang untuk hamba ini pertahankan Islam


terima kasih atas kurniaan pelbagai nikmat yang hamba ini sedari atau lalai untuk menyedarinya.



~ selamat hari lahir pejuang, semoga hari ini lebih baik dari semalam, semoga ditambahkan iman, ditambahkan kessabaran dan dikuatkan ikatan dengan Allah swt ~

kesibukan


Salam semua! Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kalian..nampaknya malam ini bermulanya kesibukan ana di kampus. Setelah join Minggu Aluan Siswa (MAS) pada minggu lepas, ada tiga lagi program yang perlu di 'join'..=) Antaranya adalah program bersama anak yatim di pusat anak yatim, menjadi fasilitator untuk kem bina insan sekolah rendah dan seminar penganiayaan wanita. Oleh kerana ketiga program boleh dikatakan bertembung dari segi masa, ana insya Allah akan ke seminar. Lagipula sahabat ana sudah mengisi kehadiran kedua-dua program yang diadakan.

Ana harap dapat ambil seberapa banyak info dan pengetahuan dalam seminar tu nanti. Sebagai muslimah, bukan sahaja terjun dalam perjuangan tapi kita seharusnya berpengetahuan dalam semua bidang terutama berkaitan dengan kewanitaan dan isu semasa. Barulah wanita Islam dipandang tinggi dan bermaruah! Muslimat power!! Lihat sahaja tokoh-tokoh wanita zaman nabi dan para sahabat serta tabi' tabi'in...mereka bukan sahaja mampu melahirkan zuriat yang berkualiti dan memperjuangkan Islam malah mereka sendiri berperang untuk agama.

Pasti banyak persoalan yang timbul dalam sesi soal jawab nanti;ana yakin. Harapan ana supaya Wanita Islam kini mengekalkan identiti solehah disamping meneruskan kerjaya mereka. Mereka juga perlu menjaga maruah diri dan sentiasa terikat hatinya dengan Allah swt. Jadilah muslimah acuan al-quran.......
p/s: suka sangat membaca!
kepada semua pengunjung yang dirahmati, anda boleh klik pada side yang tertulis palestine
dan iluvislam untuk link terus ke laman tersebut. sekian (n_n)

LAGU INSAF

MAHER ZAIN- OPEN UR EYES WITH LYRIC