salam ceria..salam perjuangan dan
fisabilillah.......
























kucing memang unik...kenapa ana cite pasal kucing?sebab tadi rumah ana ada banyak kucing tumpang teduh sebab hujan...kesian...rasulullah pun suka kucing..almaklumlah haiwan manja dan mudah jinak lah katakan...




sahabat2 ana banyak suka kucing especially kak maskhazila..sayang betul dia pada kucingnya...oklah semua..esok hari khamis, so...jom kita ramai2 puasa sunat untuk menambah pahala....




selsema khinzir dan status anak


baru-baru ni dunia di kejutkan dengan penyakit yang melanda beberapa negara barat iaitu selsema khinzir..dulu selsema burung,hmm...macam-macam...jangan lah kena pada Malaysia nih!amiin...inilah penyakit yang boleh dilihat manusia dan insya Allah boleh dirawat dan dielakkan..

tapi....macam mana pulak isu status anak yang tengah hangat sekarang??isu status anak yang perlu ikut agama ibu bapa sebelum berhijrah ke agama lain..ana rasa isu ini serius dan tak perlu dibuat...nak gadai agama ke?moga dilaknat siapa yang fikir macam itu...ini pula penyakit yang tak boleh dilihat manusia dan penawarnya ialah berbalik pada al-quran dan sunnah...

ana sebagai islam terasa nak tanya.. di manakah sebenarnya kedudukan islam di malaysia ni?janganlah kita ni terlalu leka dan pandai-pandai buat hukum sendiri sampaikan kemurkaan Allah tiba pun kita tak sedar....takkan Malaysia nak jadi Palestin kot??memang susah kalau orang yang tak faham agama ni bercakap....ana bukan nak kutuk tapi ini soal maruah islam..kita semua kena ingat yang melayu ni dipandang tinggi sebab islam tau...sekarang bila dah maju sikit, dah nak buang islam??....istighfarlah banyak2,takkan nak suruh tsunami kedua datang lepas itu tepat-tepat kena kat Malaysia??....

perjuangan ITU MENYERONOKKAN!




Salam ukhwah dan fisabilillah buat semua pencinta perjuangan keadilan, perjuangan islam...dah lama tak menulis rasa rindu pulak pada blog ana yang tak seberapa ni..syukran kathir buat sepupu ana....ana doakan abang ana dan sepupu ana berjaya dalam final exam yang menjengah sekarang...




sejak 2 hari lepas ana pergi dengar ceramah dalam negeri. wah!rasa macam terisi sikit cuti semester ni..manis sungguh perjuangan ni ana rasa...ana tak dapat bayangkan macam mana hidup tanpa diulit dengan perjuangan,tentu macam biasa je...sejak semalam juga ana tengok blog2 idola perjuangan ana..dah lama tak tengok perkembangan terkini mereka semua,maklumlah duduk di ipt minda perjuangan dan politik memang tak boleh terbuka langsung....kadang -kadang rasa tertekan juga....




tadi baru tengok blog Yb nizar, nampaknya banyak pengunjung tak kira yang nak puji atau nak hentam beliau tapi ana tak kisah...yang penting ana sokong kepimpinan yb nizar..walaupun dah lambat tapi ana nak jugak ucapkan tahniah pada kemenangan Yb nizar di bukit gantang! harap beliau dapat memimpin Perak semula dan rampas balik dari orang yang tak berkemampuan nak tadbir Perak dengan Islam dan keadilan. Sebagai anak jati perak ana mengutuk tindakan yang memang tidak rasional dibuat oleh 'pihak sebelah'. semoga restu rakyat bersama Yb nizar...TAKBIR!!!!




semalam tiba-tiba je ana teringatkan almarhum Ust Fadzil Noor...ana tak dapat bayangkan kalau beliau ada lagi..pasti bertambah mantap gabungan para pejuang kebenaran! al-fatihah buat almarhum...Tok Guru Nik Aziz pun tak kurang hebatnya...wah!ana teringin sungguh untuk bersua muka dengan ulama dan idola ana ni..tapi nanti ana pula yang tak tertanggung malu dengan mereka yang sangat mulia ni...huh..tok guru haji hadi pula tegas dan sangat berkepimpinan, semoga tok guru akan terajui parti dengan sebaik mungkin...




macam nak gelak pun ada tengok beberapa 'pengkritik tetap' dalam blog para idola ana...macam dalam AF pula....ana tak nafikan perkataan 'nobody perfect'...tapi kadang2 ana rasa diorang komen tanpa fakta dan hanya melalut je banyak..bila orang bagi feedback, diorang kata tipu lah,ampulah, taksub lah...kenapalah kawan kita kat sebelah sana tu tak boleh nak lihat keadilan?hmm..ana simpulkan tak dapat hidayah lagi.....




seronok campur teruja bila mengenangkan perjuangan yang bakal ana sambung bila dah habis pengajian nanti...pasti lebih mencabar! ana akan jadi peguam...tak sabar nak baiki sistem perundangan dan kehakiman yang lemah dan penuh korup dan berselaput 'kurap'!.....perjuangan itu memang menyeronokkan....! =)






cuti SEMESTER


ana baru balik rumah baru minggu lepas walaupun cuti semester sebenarnya dah mula 2 minggu lepas. ana dan tiga sahabat tolong jaga rumah kebajikan yang belum beroperasi lagi. agak menyeronokkan. mengenai Kem Bina Insan (KEBIN) yang ana sertai pula, alhamdulillah berjalan lancar walaupun ada sedikit masalah dengan pihak pengurusan sekolah pada permulaannya. Ramai senior, junior dan sahabat seperjuangan yang hadir masa kem itu antaranya kak farah, kak effa, kak azyan, mastura, masyitah, dan pihak muslimin. Ana selaku fasi dalam kem itu rasa cukup seronok apabila kami (semua fasi) berbincang dan brainstorming. walaupun sekejap tetapi ia sangat berguna buat adik2 yang mengikuti program itu.


pasal final exam pula, alhamdulillah sangat walaupun kesuntukan masa untuk study tapi dapat juga la jawab dengan baik. moga-moga dapat keputusan cemerlang semester ini. kepada sahabatku, Hidayah ana mintak maaf tak dapat nak update kan blog dan balas mesej sebab sibuk sangat. doakan ana ye. rindu pada sahabat2 lain..harap sahabat-sahabat yang membaca blog ini tolong doakan kesejahteraan kesihatan sahabat lama ana yang telah menghidap sakit jantung.semoga Allah menyembuhkan kesihatannya. Amin...