selamat menyambut ramadhan.........walaupun..

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar!




Selamat Menyambut Ramadhan pada semua umat Islam di seluruh dunia. Walaupun sudah tinggal 10 ramadhan terakhir, masih belum terlambat untuk kita mempertingkatkan amal, berdoa sebanyak mungkin, mengumpul pahala menuju negeri akhirat kelak.

Tahun ini antara Ramadhan yang mencabar dan sibuk dalam hidup saya. Ia boleh digambarkan seperti 'ramadhan musafir' kerana banyak hari dalam ramadhan kali ini saya perlu ke sana sini dan berbuka puasa di pertengahan jalan. Tapi ia suatu pengalaman yang menarik!

Ramadhan kali ini benar-benar mengajar saya erti kebergantungan pada Allah swt dan sentiasa berfikiran positif. Mungkin sebelum ini kita belum benar-benar meletakkan diri sebagai hambaNya, dan sentiasa berburuk sangka. Ramadhan merupakan bulan penyucian jiwa, bagi yang menyedarinya ataupun tidak. Ia suatu bulan bagi diri kita sendiri memuhasabah dan menilai diri samada benar-benar kuat dengan taqwa atau sebenarnya kita sentiasa mengikut hawa nafsu.

Dalam bulan ramadhan kali ini juga, banyak perkara yang berlaku. Defend proposal (alhamdulillah lulus), hari lahir saya baru-baru ini, khabar gembira dari penyelia tentang penyelidikan saya, persediaan pembentangan kertas kerja antarabangsa, dan banyak lagi. Tidak dapat saya gambarkan keharuan dan kegembiraan pabila penulisan tesis saya dimulakan dalam bulan mulia ini. Ya Allah, permudahkanlah!

Di kesempatan ruang kecil ini, saya memohon maaf atas segala salah dan silap yang pernah saya lakukan, kepada sesiapapun yang membaca blog saya mahupun yang mengenali diri ini.. (ucapan macam nak raya dah..=D) Ramadhan yang berbaki seminggu ini, mari kita manfaatkannya. Moga kita keluar dari ramdhan ini dengan penuh ketaqwaan, keimanan dan pengampunan dari Allahu Rahman Ar-Rahim. Wallahu'alam. ~



23 ramadhan 1436H.