masalah remaja

salam kasih sayang pada sahabat2 yang makin dekat di hati ana...para pejuang Islam yang membaca blog ini...dan semua umat manusia...sedarkah kalian kita semua telah kembali kepada zaman kejahilan atau jahiliyyah??? tahu kenapa ana mengatakan begitu? kerana kita semakin kejam dan tidak rasional,lihat sahaja kepada banyaknya kes2 yang berlaku saban hari...gejala buang anak dan kekejaman kepada wanita,satu2 kaum yang lemah dan perlukan perlindungan...

Ana tidak mahu menuding jari pada sesiapa atau mana-mana pihak.semua pihak bersalah! kerana tidak mengambil perkara ini serius. anak-anak remaja sekarang sedang melampiaskan nafsu mereka kerana tiada Islam di hati mereka, mereka mencari2 sinar Islam ...tapi tak berjumpa..di mana kita tatkala mereka memerlukan kita?? di rumah ?di tempat rekriasi? memandang mereka dengan sinis dan memperlekehkan mereka?

kasihan mereka dan umat kini..tidak dinafikan salah mereka juga.dari dalaman mereka juga...rakan2 yang ku sayangi di luar sna,mari kita berubah...kita buang semua yang tidak baik dan ambil Islam sebagai cara hidup...ana seru pada mu rakan2..andai kita berjumpa di padang masyhar, ana berharap kita boleh sama2 mengambil manfaat antara satu sama lain dan saling mempamerkan kebaikan.wassalam

poem

faraway,
i'll began with the spirit
and i become win
sunshine will illuminate
come to my life

and gave me breathe..

attempt more,attempt more
never win ever squek
when find the heaven road
and all across my memory

faraway,
i'll began with the spirit
and i become win
sunshine will illuminate
come to my life
and gave me breathe..

find the feel
i merge it
once upon in a december...

~sufisarah~

sImPoSiUm PeMiKiRaN iSlaM

Salam perjuangan Islam buat semua...tanggal 10 feb 2010 ( bersamaan hari lahir sahabat ana) kampus ana ada mengadakan simposium pemikiran islam. Ana dan sahabat menghadirinya dengan terujanya. Pada pagi slot diisi dengan ceramah tentang serangan freemason dan golongan illuminati terhadap dunia sekarang. Perancangan mereka hebat..Ya! hebat ,tapi belum cukup hebat jika dibandingkan dengan kekuatan orang Islam yang sebenarnya..

Ustaz menghurai ceramah itu dengan baik sekali. Apa yang ada di sekeliling umat Islam sekarang
adalah 'mereka'. 'Mereka' itu bermaksud makanan, sukan, pakaian, dan keperluan. Boleh dirujuk perkara2 yang menunjukkan tentang golongan ini di internet. Umat Islam marilah bersatu, di bawah semangat dan panji2 Islam! Andai kita berpecah kita seumpama buih2 di lautan, banyak tetapi mudah pecah dan lemah...

Slot yang kedua diisi ustazah bagi menerangkan tentang kumpulan neo muktazilah @ Islam liberal. Kupasan menarik ini banyak menarik perhatian siswa sisiwi yang mana golongan ini juga sudah masuk di Malaysia dan banyak menubuhkan persatuan malah dibenarkan pula oleh pihak2 atasan. Sungguh tak patut!! Simposium sebegini haruslah di perbanyakkan supaya umat Islam boleh sedar dan peka tentang racun-racun yang diserap masuk ke dalam masyarakat sekarang..

Pada malam harinya ada diadakan persembahan pentomen tentang turki uthmaniyyah serta tayangan slide islamik...sehari suntuk program ini memberi banyak manfaat untuk semua..alhamdulillah...

13 feb 2010


13 februari 2010....program yang ana kendali bersama sahabat2 berjalan lancar alhamdulillah walau ada sedikit masalah..pada hari semalam ana dan semu sahabat telah pergi ke rumah orang2 tua. Di situ terdapat 11 warga emas yang datang dari pelbagai negeri dan latar belakang. Kami seramai 44 orang pergi ke sana untuk berbuat bakti kepada mereka. Alhamdulillah mereka menyambut baik kedatangan kami dan melayani kami seperti cucu2 mereka.

Bersama mereka kami insaf, ada air mata yang tumpah mengenang nasib mereka, ada tawa gelak bagi menghibur mereka....pemandangan di sana nyaman, belakang rumah warga emas itu terdapat sungai....terasa macam di korea pulak bila kekabu dari pokok kekabu gugur..berangan kejap..=) Seronok bila berada di sana, tolong meringankan beban
mereka...kesimpulannya...janganlah kita biarkan kedua ibu bapa kita hidup susah di hari tua mereka. Jangan hantar mereka ke rumah orang tua walau apa pun yng terjadi...

JADILAH ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.....TIDAK MUSTAHIL APA YANG KI
TA LAKUKAN PADA IBU BAPA SEKARANG AKAN BERLAKU PADA KITA.

saat ana sibuk..

Salam ukhwah semua, sebenarnya ana merindui blog ana ni..tak punya banyak masa untuk mengisikan post2 baru..ana pula sibuk sungguh semester ni. Banyak program yang diadakan dan setiapnya memerlukan ana dan sahabat2. ana minta maaf semua. Semasa sibuk beginilah kita baru ingat masa lapang dan senang, alangkah seronoknya dapat rehat...alangkah seronoknya dapat duduk2 bersama sahabat2...alangkah ini, alangkah itu...

Walaupun pena
t tapi ana dan sahabat gagahkan juga langkah ini bagi menjayakan program yang melambak. Tapi terkadang rasa sedih pula melihatkan program yang tidak berjalan dengan lancarnya. Manusia mampu merancang tapi perancangan Allah swt lebih hebat dan Allah swt itu maha mengetahui...Minggu ini bermula Isnin sehingga Ahad (hari ini) macam2 perkara yang berlaku antarnya program, simposium yang ana hadiri, kerja2 dakwah, usrah, kuliah,assignment, tesis, dan banyak lagi...
Hari ini lapang sedikit kerana ana pulang ke rumah setelah sekian lama tidak pulang. Umi dan Abah juga merungut pada ana sebab dah lama tidak balik...maafkan putri mu ini! Ana akan kembali ke kampus untuk berjuang pada hari Selasa. Cuti yang pendek ini insya Allah akan ana manfaatkan bg mengeratkan lagi ukhwah satu family.....