hidup ini untuk Allah



Terima kasih ya Allah...Hanya itu yang aku mampu sebagai hamba yang kerdil menzahirkan rasa syukur. Hati ini tenang bila semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Kadang-kadang bila teringatkan manusia yang tidak pernah menghargai aku, manusia yang menyakitkan aku, manusia yang menyakitkan hatiku, manusia yang menjatuhkan aku dan seribu macam sikap manusia yang membuatkan aku 'tercedera', aku pasti segera mengingati Allah, tuhan Maha Pengasih. Lantas hati ini senang memaafkan mereka dan berlapang dada. Kerana itu nabi kita merupakan orang yang pengasih.


Kerana itu juga aku berazam supaya diri ini diinfakkan ke jalanNya. Rasa sangat terhutang dengan Allah swt, walaupun Allah tak suruh bayar guna wang ringgit tapi aku cuma perlu taat beribadah padaNya. Hidup ini untuk Allah. Segalanya untuk Allah. Dulu aku tak faham sangat kenapa mati syahid itu nikmat sangat. Tapi lepas baca buku, dengar pengalaman mereka yang berjuang, memang pun mereka itu rasa suka sangat bila nak mati syahid. Rupanya hidup mereka kerana Allah, Rasulullah dan perjuangan kekasih mereka, dan destinasi mereka bukan terhenti di dunia tapi nun di syurga Allah.





Sejak hari itu aku sentiasa berdoa supaya dikurniakan mati syahid suatu hari nanti. Allah lebih mencintaiku berbanding sesiapapun didunia ini. Kasih sayangNya menyeluruh dan tiada henti. RahmatNya menaungi dunia dan seisinya, ditambah dengan rindu pada hambaNya yang bertaqwa.........subhanallah!

No comments:

Post a Comment