Rohingya, Jauh tapi Dekat!

Bismillah Walhamdulillah Wallahuakbar,

Islam kembali asing,
Islam kembali lemah,
Islam kembali dihina,
Islam ditindas........




Aku fikir ini antara tanggapan dan mungkin kenyataan yang berlaku pada agamaku, Islam seketika ia menjengah ke akhir zaman. Orang bukan Islam melihat Islam dan ummatnya tidak lagi seperti dahulu, gah dan tinggi. Bermula dari kezaliman terhadap Gaza, Bosnia, Chehnya, Syria, Mesir dan yang terbaru ( sudah lama ia terjadi pastinya) ialah Etnik Rohingya di Myanmar. 

Beberapa tahun kebelakangan ini Malaysia banyak menerima kunjungan pelarian Rohingya yang sudah tidak dapat bertahan di negara Myanmar. Mereka dizalimi dan dinafikan hak mereka, walaupun dalam Myanmar tu ada pemimpin pemenang anugerah nobel ( and I dont care punnnn!). Semakin hari kezaliman terhadap mereka semakin teruk. Rumah mereka dibakar, ada yang dibunuh, wanita-wanita dirogol dan dibunuh dan anak kecil di seksa. Kejadian ini sama seperti yang berlaku di negara-negara umat Islam lain yang diserang tentera Amerika dan Israel serta Rusia berdekad lamanya.    




Beberapa penolakan oleh negara-negara jiran akan penghijrahan pelarian Rohingya ini. Aku cuma nak tanya di mana persatuan Islam ( yang antarabangsa tu...) dalam keadaan mendesak sekarang? As an individual muslim, we can pray for them, give donation, give support through social media like FB, Twitter, and many more. Just don't ignore them because they are part of us! Muslim itu bersaudara, muslim dengan muslim lain adalah seperti satu tubuh badan, apabila satu bahagian terasa sakit yang lain turut merasainya.

               " Ya Allah, buangkan sifat al wahn (cintakan dunia dan takut mati) dalam hati kami!                          selamatkan saudara seislam kami di seluruh dunia...."  


May Allah guide us, may Allah grant them Jannah!

BERSIH 5, PALING BERSIH!

Bismillah Walhamdulillah Wallahuakbar!

Selawat dan salam buat Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda. Buat para pejuang agama Allah, pejuang kebenaran, pejuang keadilan yang bertebaran di bumi ini, semoga kalian terus berjuang. 




19 hb November 2016, tarikh yang akan kekal diingati oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan membuktikan rakyat tidak pernah berdiam diri menentang kezaliman. Bagiku, tarikh itu sangat signifikan dengan kejadian dan kes-kes korupsi yang terbukti benar dalam negara yang kita cintai ,Malaysia. Dan aku lihat, BERSIH 5 kali ini merupakan suatu signal rakyat kepada pemimpin zalim dan para penyokongnya untuk bersedia ke muka pengadilan pada PRU akan datang! Malah, kali ini BERSIH 5 ibarat himpunan rakyat tanpa sebarang paksaan mana-mana parti politik, mereka datang bagi meraikan dan memberikan sokongan kepada para pejuang yang ingin menjatukan rejim.

Dalam pada itu, walaupun terdapat parti yang menghalang ahlinya menyertai himpunan ini (i'm not comfortable to say this), namun begitu terdapat masih ramai yang turun kerana terinspirasi dan bersama-sama mahu menunjukkan kuasa rakyat tanpa sempadan agama, bangsa, warna kulit dan parti politik. Yang paling mengharukan, golongan tua, orang-orang kampung dan orang asal, serta golongan OKU turut serta dalam himpunan ini walaupun diketahui adanya bahawa ancaman dan ugutan daripada group baju kaler merah (i dont understand them, heh). Betullah kata-kata seorang reformis:

"kerajaan yang zalim tidak akan tumbang kepada orang-orang politik, mereka akan jatuh kerana kuasa yang ada pada rakyat!"

Dan aku juga sudah dapat mengagak pastinya akan ada tangkapan dan soal siat-siat yang dibuat oleh pihak polis sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 5 ini. Hak berhimpun merupakan hak rakyat, apatah lagi apabila kerajaan yang memerintah merupakan kerajaan yang tidak telus dan zalim.                              Ayuh, teruskan perjuangan, kuatkan tekad! Doa kami bersama kalian semua.....

                                                         :: BebasRakyatBersih5 ::

21/11/2016 Isnin

Yang Terbaik

BISMILAH WALHAMDULILLAH WALLAHUAKBAR,


Selawat dan salam buat kekasih hati Rasulullah saw, keluarga baginda, para sahabat dan semua para pejuang mata rantai perjuangan menegakkan Islam, menegakkan kebanaran.




Bersempena demam peperiksaan di hujung tahun 2016 ini, khas buat adik-adik yang berperang dengan SPM, STPM, ujian akhir tahun dan final exam IPT (ada lagi tak exam lain yang tak sebut?) di seluruh negara, semoga berjaya kepada semua! Musim sebegini teringat kata-kata murabbi di Jordan dulu, Dr. Ust Anhar Opir :

" kenapa bila kita mampu untuk menjadi yang terbaik, kita tidak mahu menjadi yang terbaik?"  


Ketika ini saya terfikir, setiap orang sebenarnya mempunyai potensi utk berjaya, namun jika ia tidak disertakan dengan kesungguhan, doa, tawakal, usaha yang berganda dan ke'tamak'an untuk merebut ilmu tidak mungkin seseorang dapat menjadi yang terbaik. Manusia dikurniakan akal dan kemampuan yang makhluk lain tidak ada, wajarlah golongan yang terbaik ini memimpin dunia dan menjadi khalifah. Namun, jika keistimewaan dan anugerah ini tidak diguna sebaiknya, martabat golongan manusia ini lebih buruk daripada makhluk yang lain.


Be the best, beat the rest!
Berusaha menjadi yang terbaik kerana kita berhak menjadi yang terbaik~


15 safar 1438. Malam Isnin.





T.O.D.A.Y

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar,

Selawat dan salam buat Nabi saw, keluarga dan sahabat baginda serta semua pejuang Islam, pejuang kebenaran yang sedang bertebaran di serata dunia. Tiada yang indah dalam hidup seorang pejuang melainkan dapat menyatakan kebenaran dan sebaik-baik jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.  

Jujurnya, selepas pulang ke Malaysia pada awal tahun 2014 aku tidak terlalu berminat untuk membicarakan hal politik baik kerajaan atau pembangkang. Aku lebih suka membaca politik luar negara seperti di timur tengah. Tapi, aku tidak terlepas mengikuti perkembangan politik Malaysia secara senyap, kalau mahu kritik pun bila dengan kawan-kawan rapat yang sekepala. Walaupun aku tahu keadaan Malaysia sekarang, sebagai rakyat kita perlu cakna dan mengambil tindakan sebagai rakyat untuk menegakkan kebenaran. 





Macam abah selalu kata, dalam politik ni ramai orang yang tak baik dari yang baik, yang tulus membantu rakyat dan tidak buta apabila sedang memegang kuasa. Lebih menyedihkan, tokoh-tokoh politik yang ku kagumi sejak dulu seorang demi seorang meninggalkan dunia ini atau dizalimi rejim. Hari ini aku mengikuti perkembangan kes YB Rafizi Ramli yang dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan oleh mahkamah. Aku mengikuti debat, perbincangan, ceramah dan penerangan beliau tentang isu-isu negara seperti GST, PTPTN, 1MDB dan LTAT. Aku rasa rakyat yang mengambil cakna dan menimbang tara semua yang ditimbulkan oleh beliau ni boleh fikir mana yang betul dan salah (dengan fikiran dan hati yang terbuka lah..). 

Aku terfikir, 

sampai bila rakyat yang membongkar keborosan pemimpin dan ketirisan wang negara akan ditangkap dan bukannya perompak sebenar?





:: BebasNegarakuBangkitRakyatku ::      


(14 Safar/14 November)