Jadi sesabar mentari itu



Assalamu'alaikum wrt...selawat dan salam buat junjungan besar kekasih hati rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda. Buat semua pejuang Islam dan daie yang bertebaran di dunia ini, tanpa kalian hilanglah seri dunia ini....

Lama sudah tak meng'update' blog ini. Setelah dicongak-congak usianya, wah! hampir 3 tahun rupanya..alhamdulillah..moga sepanjang masa itu, ia dapat memberikan manfaat yang pelbagai kepada semua. Insya Allah! Alhamdulillah dengan izin yang Maha Kuasa, dapat juga ana kembali ke bumi Jordan untuk menyambung pengajian sesi 2012/2013. Terlalu banyak pengalaman suka dan duka yang terjadi dan ada antaranya dapat ana kongsikan di blog ini, alhamdulillah syukur!

Menuntut ilmu di tanah arab (sama ada jordan , mesir dan lain2) memang memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Daripada peristiwa berurusan dengan orang arab sehinggalah masuk ke kelas dalam keadaan terpinga-pinga (kerana pensyarah yang mengajar bercakap lughah 'ammi)..tetapi dalam peristiwa-peristiwa begitu yang menjadikan diri kita matang dan lebih kuat berusaha demi menguasai sesuatu subjek. Mungkinlah kita tidak akan mendapat result secemerlang di Malaysia dahulu, akan tetapi perkara inilah yang membuatkan kita jangan mudah rasa selesa dengan sistem pembelajaran di tempat sendiri. Alhamdulillah, semakin jauh perjalanan semakin luas pemandangan dan pengalaman dan bertambah ilmu pengetahuan.

Dan yang paling penting setelah berusaha dengan semaksimum mungkin, jangan lah pula lupa untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah swt. Tanamkan sifat redha dengan apa jua keputusan yang mendatang, bersangka baik dengan Allah swt juga merupakan perkara yang dituntut dalam agama. Niat yang paling utama, niat perlu ikhlas menuntut ilmu kerana mencari MARDHATILLAH..jangan cemari niat dengan perkara-perkara yang tidak baik; contohnya niat datang ke Jordan sebab ikut kawan atau sebagainya..oleh kerana itu, perlu tajdid niat setiap hari kalau boleh..Allah Maha Mengetahui hati hambaNya yang benar-benar mencari ilmu.

"semoga kita semua, para pencari ilmu sekalian menjadi sesabar mentari yang setia memberi cahaya dan kehangatannya untuk manusia, tumbuhan dan haiwan hatta manusia sentiasa merungut jika ketiadaanya mahupun keberadaannya setiap hari............."