bukan kerana dia tapi kerana DIA

Lorong itu sudah ditakdirkan untukku melaluinya. indah di penghujung tapi perit di sepanjang perjalanan, pada mulanya aku tak endahkan lorong itu kerana aku tak mahu sakit dan pedih. bila aku masuk pada jalan yang lagi satu, semunya aku dapat cuma satu sahaja yang tidak; KETENANGAN. sedangkan itu yang diperlukan pada setiap yang bergelar hamba abdi yang Esa. aku cuba juga untuk melaluinya hingga kira-kira sedepa lagi untuk sampai ke penghujungnya tapi yang ku lihat ialah PEPERANGAN; iman dan nafsu.



Tanpa mempedulikan sejauh mana yang telah ku sampai, lantas aku berpatah kembali dengan air mata tak henti-henti dan nafas tersesak-sesak. 'the road not taken' tadi aku redah jua. sebelum masuk ke situ aku dikaburi zahirnya yang pedih tapi sebenar-benarnya ia mendatangkan satu rasa luar biasa yang tidak pernah dirasai ku sepanjang hidup. oh! indahnya, hidup si pencinta iman!




Ya Allah... Engkau cemburukan hambaMu yang mencintai sebarang perkara lebih dariMu..Ya Allah...Engkau Maha Penyayang kerana menghalang aku dari jalan yang tidak diredhai, membuka hati ini untuk menuju redhaMu.....Ya Allah...tiada yang lebih ku minta melainkan sebenar-benar iman dan di akhir perjalanan hdupku menemuiMu dengan penuh bersih............tiada ucapan yang benar2 layak untuk menyatakan rasa terima kasih........


"aku di sini bukan kerana dia atau sesiapa.....tapi kerana DIA yang Maha Agung....."



hOmEwOrK & SaHabaT

sAlam ukhwah pada semua....semoga rahmat Allah menaungi kalian semua.....hampir sebulan tak update post, asifah jiddan! ana dah bercuti lepas imtihan sejak 13 april lepas. Banyak urusan yang perlu dilakukan hinggakan terlupa akan blog..


Untuk cuti lebih kurang 3 bulan ni ana dah beri homework pada diri sendiri untuk menghabiskan beberapa buah buku. Mana tahu boleh buat sesi bedah buku dengan anak2 usrah pada semester depan. Alhamdulillah sekarang dah habiskan 2 buah buku...semoga sahabat2 ana juga cuti ni buat homework!


Buku yang ana sudah habiskan adalah tentang para pejuang yang sudah menemui rab (syahid) dan juga buku tentang imam syafie. Terasa kerdil bila membacakan jasa yang mereka buat bekalan untuk ke negeri akhirat..seorang pejuang yang digelar ibnu khattab adalah seorang yang sanggup ke negara2 yang sedang berperang untuk menyertai barisan umat islam menyelamatkan negara mereka dari penjajah kristian dan yahudi.


Ukhwah antara sahabat2 tak pernah ana lupa, yang menjadikan ana kuat, yang menadah kan telinga mereka bagi mendengar masalah, yang mendoakan ana dari kejauhan.......untuk ustazah ina, ustazah qasrina, ustazah akmal, ustazah yuhanah, ustazah syarah, ustazah zuriati, dan sahabat2 yang hidup dalam nadi perjuangan ini..kalian semua pendokong Islam yang ana kasih..


"sahabatku yang setia....ibarat saidina abu bakar dan umar al faruq....

jika kita di jalan ini, jangan berhenti......andai terasa lemah, cuba bangkit walaupun terjatuh berjuta kali....pasti Allah akan melihat usahamu.....engkau adalah daie yang akan masuk dalam darah daging manusia yang lainnya untuk sebarkan penawar pada setiap virus dunia....

"sahabatku yang sabar ....seperti saidina uthman dan ali karamallahhu wajhah....

umat ini sentiasa memerlukanmu, memanggilmu walau dalam zahir mereka membencimu....jangan biarkan dirimu hanyut, berpeganglah dengan tali Allah dan 2 peninggalan rasulullah...ku doakan kita sama2 akan menjadi pejuang Islam yang tinggi akhlaknya, sentiasa berdamping dengan al-quran dan hadis rasul........