trailer sang pencerah



Promote Sang Pencerah sekejap....meh tengok sat.......=)

FILEM SANG PENCERAH HIDUPKAN JIWA DAIE

Salam 'alaik.....selawat dan salam buat kekasih hati junjungan besar Rasulullah saw, semua para daie ummat ini yang bertebaran di dunia ini......tanpa kalian hilanglah seri dunia ini....




Post kali ini adalah khas dibuat untuk tatapan semua berkaitan filem sang pencerah. Alhamdulillah selesai sudah ana tonton 2 minggu lepas. Memang mengesankan jiwa! Daie-daie yang memerlukan spirit perjuangan ulama' perlulah menonton filem ini. Insya Allah akan ada banyak ibroh yang kita dapat insafi apabila merasa lemah. Allahuakbar. ..


Seperti juga filem Sang Murobbi, Sang Pencerah merupakan sebuah filem Indonesia yang berkisahkan kehidupan ulama' di sana yang menempuh ujian dan cabaran yang sangat hebat sehinggakan suatu ketika rasa putus asa itu datang. Berbekalkan kesabaran dan didampingi seorang isteri yang tabah dan sentiasa mendukung perjuangan suaminya, Haji Ahmad Dahlan akhirnya mengharungi jalan dakwah ini untuk menjadi mujadid Islam di daerahnya. Beliau juga mempunyai pengikut dan anak murid yang sangat setia. Kisah ini adalah kisah benar berkaitan dengan pendiri sebuah pertubuhan Islam bernama Muhammadiyah.Berlatar belakangkan Jogjakarta tahun 1867-1912.

Menyoroti kisah hidupnya, beliau merupakan anak seorang ulama' sekaligus khatib di daerahnya. Sejak kecil lagi beliau melihat kehidupan masyarakat yang terpesong dari cara hidup Islam sebenar seperti upacara khurafat dan adat yang keterlaluan. Beliau adalah pendamping orang-orang miskin dan faqir. setiap hari di kelas pengajiannya, beliau akan menyuruh murid-muridnya membaca surah al-ma'un.Kerana setiap hari hanya dibaca surah al ma'un,ada seorang muridnya meminta untuk dibacakan surah lain pula, namun jawapan yang beliau berikan sangat mudah:


"sudah berapa banyak anak yatim dan orang miskin yang kamu santuni?" Setelah itu muridnya itu memahami dan terus kembali membaca surah al-ma'un.




Kisah tentang pertama kali beliau mengajar pendidikan Islam di sekolah belanda juga sangat menarik. Ketika itu beliau hanya diberi peluang sekali sahaja untuk menunjukkan bahawa mata pelajaran pendidikan Islam ini boleh diterima para pelajar di situ. Di dalam filem ini para daie perlu melihat bahawa skop Islam dan dakwah bukanlah sempit dan gelap serta pelampau. Dakwah ini merupakan sesuatu yang menarik dan bagaimana ia menjadi menarik? Itulah tugas daie yang berusaha mencorakkannya..=)

Daripada masalah khurafat masyarakat, arah kiblat yang tidak benar sehinggalah timbul beberapa konflik apabila beliau menukar jubahnya kepada pakaian biasa. Beliau juga dianggap kafir dan madrasahnya dirobohkan.....semuanya serba menarik dalam filem ini.! insya Allah jika kita mengambil iktibar dan semangat..Takbir!


Agak-agaknya bila lah Malaysia nak buat filem tentang ulama' pula ye?? Asyik-asyik kisah cinta yang membuai perasaan manusia supaya jauh dengan agama sahaja yang dipertontonkan.......



p/s: maaf, tak ada link nak download filem ni. Ana ambil pada sahabat-sahabat. =)

Jangan bersedih sahabat! Gagahkan diri!



Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda....para pejuang Islam di seluruh dunia dan adik-beradik seakidah sefikrah. Assalamu'alaikum wrt.....




Menangis, sedih, gembira, marah, kecewa merupakan rutin dalam hidup kita. Tekanan hidup, keperluan yang mendesak dan kesibukan yang terlampau kadangkala menyebabkan kita lupa pada Allah. Lupa untuk mengadu kesedihan, kemarahan, ke 'stress'an, dan apa sahaja pada Rabb kita. Sedangkan segala sesuatu yang berlaku adalah datang dariNya. Astaghfirullah....




Sahabat-sahabatku yang dikasihi Nabi saw, dengan kita mengadu dan merintih serta bersujud pada Nya, tahukah kita bahawa ia dapat mengurangkan segala resah gelisah yang menyelubungi hati. Ujian diberikan untuk jadikan kita kuat demi yang Maha Kuat! Pada ketika itu menangis lah semahunya, Allah Maha Mendengar rintihanmu, kalian! Setiap masalah dan badai ujian walau sedahsyat mana pun ia, berbaliklah kepada Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.




Gagahkan diri menjadi yang terbaik di pandangan Allah..Seperti kata-kata dalam filem 'sang pencerah' yang baru ana tonton:




"seorang pemimpin yang baik di pandangan Allah tidak akan pernah meninggalkan keluarganya apatah lagi ummatnya..."




Ayuh, tegarkan diri menjadi insan yang terbaik dari segala aspek, ukhrawi dan duniawi...kesatlah airmata semalam yang jatuh. Bina kembali semangat dan jati diri. Iman yang kelmarinnya pudar, gilapkan semula. Padamkan garisan duka di wajah dan ukirkan senyuman. Agar dirimu menjadi kebanggaan agama dan supaya tidak sia-sia pengorbanan Rasulullah saw...




siiru 'ala barakatillah.

Akademi Khaulah al-Azwar........

Pada semua ahli-ahli akademi khaulah al-azwar.....nantikannya! Kami akan menggempur pemikiran anda semua......





~tabah sepertinya, hebat sepertinya, mari ikut jejak langkahnya.......~

JOM PUASA!



Assalamu'alaikum wrt....






sahabat-sahabat dimana sahaja kalian berada.Di utara, timur, barat dan selatan....didoakan moga kalian sentiasa dalam naungan Allah..






MAY YOUR ATTENTION PLEASE! =)






esok (9 muharram dan 10 muharram) jom pakat ramai-ramai kita berpuasa. Jom sahabat-sahabat...! boleh iftor sama-sama untuk mengeratkan lagi ukhwah di antara sesama muslim....

Mencari Iman 1433 H



Assalamu'alaikum wrt...selawat dan salam buat kekasih hati, rasulullah saw dan keluarga serta sahabat baginda. Untuk semua ummat Islam yang bersaudara dengan ana sefikrah seakidah. Kira-kira 2 hari lagi akan masuk ke tahun hijrah yang baru. Cepat sungguh masa berlalu. Baru-baru ini ada tazkirah yang disampaikan oleh seorang ukhti, katanya masa ini seperti cepat benar kerana manusia kini sibuk dan lalai dengan peralatan dunia (dengan mewah dunia, dengan hal-hal dunia). Jadi masa dirasakan terlalu pantas.


Dalam surah az dzariyat ayat 56 yang bermaksud:


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."


Allah swt memerintahkan kita hambaNya untuk berbuat ibadah (yang bermacam-macam cara) sepanjang kita hidup. Salah satunya adalah dengan me 'refresh' iman kita. Iman adalah satu perkara yang tidak dapat dilihat tetapi seseorang yang ada iman di hatinya dapat merasai hadirnya ia. Tika seseorang mempunyai iman di hatinya, dia tidak akan melakukan kemaksiatan. Pelbagai perbuatan yang berlaku dewasa kini menunjukkan bahawa ummat Islma kahir zaman sangat-sangat ketandusan iman. Hati kering kontang dari siraman iman. Hal ini disebabkan oleh perbuatan yang mengundang murka Allah sedang berleluasa. Allahuakbar.......amat menyedihkan.


Kembara mencari iman adalah bukan suatu hal yang mudah. Ia memerlukan mujahadah diri dan nafsu yang sangat kuat. Adakala kita juga hampir tersungkur dan mengaku kalah tapi wahai sahabat-sahabat seperjuanganku yang sedang mencari iman, berdoalah pada Allah....kita punya Allah yang sentiasa ada untuk melindungi, memahami, mendengar kita.............


Sempena tahun baru Islam yang bakal menjelang ini, ku hadiahkan doa buat sahabat-sahabat pengembara iman, pencari iman supaya kalian tak putus asa, tak mudah mengalah, tak cepat melatah dan kalian semua akhirnya dipilih menjadi insan yang terpilih oleh Allah swt menghuni syurga firdausi....amiin ya rabb.....


~MARI MENCARI IMAN, MENGGILAP IMAN YANG KIAN PUDAR DI TENGAH KESIBUKAN DUNIA DAN GELOMBANG DOSA YANG MELANDA!~


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH, AWAL MUHARRAM 1433 H

19 november dalam sejarah

Salam 'alaik kepada semua...selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat baginda. Buat para pejuang penyeri dunia yang sementara ini, semoga kalian terus berjuang dan berjuang. Hari ini bertarikh 19 november 2011. Ana melirik jam yang bertarikh tadi dan berfikir sejenak. Ada apa dengan 19 november? Sekian masa berlalu beberapa jam, baru ana teringat akan peristiwa yang berlaku pada hari ini. Ianya telah berlaku kira-kira 26 tahun yang lalu dan ana pun tak lahir lagi ketika itu. Walaupun ana tidak sempat melalui peristiwa itu tapi ia sangat mengesankan!





Mungkin kalian semua ada yang tertanya-tanya apakah peristiwa yang ana perkatakan. Tak kurang juga ada yang sudah dapat meneka apakah ia. Jadi, abaikan dahulu namanya........






Yang penting dari peristiwa ini adalah ibroh yang perlu kita ambil sebagai seorang yang bergelar muslim dan pejuang Islam.



Ibroh yang pertama :



sebagai seorang pejuang Islam, tidak seharusnya kita mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah dari musuh-musuh Islam. Berdasarkan dalil ancaman dari Rasululluh saw dalam sabdanya yang bermaksud, "fitnah itu tidur, Allah melaknat siapa yang menggerakkannya/menegejutkannya".






Ibroh kedua :



pejuang Islam perlu menyerahkan sepenuh penggantungan kepada Allah swt dan sentiasa bermohon agar diberi kemenangan dan mati sebagai syuhada'. Sesungguhnya Allah itu Maha Memberi lagi Maha Mengasihani. Allah swt juga sangat hampir dengan kita lebih dari urat leher kita sendiri. Firman Allah swt dalam surah al baqarah ayat 186 yang bermaksud: " Apabila hambaKu bertanya tentang aku, katakan (wahai Muahammad) bahawa Aku dekat dan Aku menyamaikan doa orang yang meminta kepadaKu".



Ibroh ketiga :



berhati-hati dengan strategi musuh-musuh Islam dan orang-orang munafiq serta fasik. Memetik kata-kata Saidina Ali kwj iaitu "kebenaran yang tidak berstrategi akan dikalahkan oleh kebatilan yang berstrategi."





Ibroh keempat :



bersedia dari segi mental, fizikal, kewangan dan masa untuk meninggikan kalimah Allah. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Jadi setiap daie perlulah menghadapi setiap mehnah dengan penuh kesabaran dan keutuhan jiwa yang tinggi. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.






Para sahabat yang dimuliakan,



peristiwa yang ana maksudkan beserta ibroh yang dibawakan adalah berkenaan peristiwa memali 19 november 1985. Peristiwa yang akan terpahat dalam ingatan ini buat selamanya,insya Allah. Peristiwa yang merakamkan syahidnya seorang ulama', pejuang Islam dan daie di bumi Malaysia yang tercinta. Alfatihah buat manusia-manusia pilihan Allah yang telah gugur syahid ini. Walaupun diri ini jauh di bumi anbiya' tetapi itu bukan alasannya untuk tidak mengenang peristiwa luka umat Islam ini.



wallahu'alam. semoga Allah mengampuni setiap dari kita.

Ya Allah, menangkanlah kami!







Salam 'alaik kepada semua para pejuang agama Allah swt yang bertebaran di atas muka bumi ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda. Moga Allah swt menaungi rahmatNya pada kita semua.



Wahai para pemuda pemudi Islam,


Kemenangan umat Islam atau lebih tepat lagi pejuang Islam bukanlah kerana bilangannya yang ramai, kerana bilangan yang ramai tidak menjamin kekuatan. Kemenangan ini bukanlah kerana peralatan yang canggih dan hebat, kerana itu semua tidak menjamin kegagahan.


TAPI........................


KEKALAHAN PEJUANG ISLAM ADALAH KERANA KEMAKSIATAN YANG DILAKUKAN OLEH KITA SENDIRI. KEKALAHAN INI DISEBABKAN OLEH PERLAKUAN KITA YANG MENEMPAH MURKA ALLAH SWT. ALLAHUAKBAR!



Hanya iman dan taqwa yang dapat mengalahkan kebatilan dan memerangi musuh-musuh Allah..Lihatlah sejarah bangkitnya Islam yang tercatat megah, walaupun musuh-musuh Allah cuba untuk memadamnya, ia seakan mustahil. Memang sangat menakutkan apabila pemuda pemudi Islam yang tajam hujahnya, kuat badannya, dan hebat tahajudnya menyertai saf-saf perjuangan sama ada di medan perang atau di medan hujah. Subhanallah!


Para pejuang Islam sentiasa meminta supaya dimenangkan dalam perjuangan tapi sentiasa bermalas-malasan untuk bergerak kerja..para pejuang Islam sentiasa meminta supaya dipermudahkan segala urusan sedangkan dalam masa yang sama melakukan kemaksiatan yang mengundang murka Allah..para pejuang Islam sentiasa meminta supaya dimudahkan urusan sedangkan sentiasa berlengah-lengah untuk taqarrub ke Allah...Astaghfirullah!


Ya Allah menangkanlah kami dengan iman dan taqwa supaya kami tak leka dengan kemenangan. Ya Rahman, Menangkanlah kami dengan nikmat-nikmat yang Engkau berkati agar kami sentiasa menjadi orang yang bersyukur. Ya Qowiyy, Menangkanlah kami dengan hati-hati kami sentiasa terikat dalam ukhwah IslamiyyahMu agar kami tidak pernah bermusuhan......menangkanlah kami!!.amiin ya rabb....



siiru 'ala barakatillah..


~Salam perjuangan dari bumi anbiya'~

16 november 2011

perumpaan orang yang berjuang ~ orang yang berdakwah



Kaki yang biasa melangkah, akan lenguh jika berhenti.....

Kaki yang biasa melangkah, akan haus jika berhenti.....


Tangan yang biasa memberi, akan kaku bila tersimpan,

Tangan yang biasa menulis, akan lumpuh bila coretan bernoktah,

Akal yang biasa berfikir, akan cetek bila disekat,

Akal yang biasa mengingat, akan lupa bila tiada pertambahan ilmu,


Hati yang biasa berzikir, akan hitam bila lagha diisi,

Hati yang biasa merindui yang Maha Esa, akan terhakis rindu jika tiada tahajjud.



Ya Allah...sesungguhnya hamba-hamba ini sungguh rindu untuk masuk dalam saf-saf perjuangan menegakkan kalimah Mu.....ud 'uni astajib lakum....


Kaki, tangan, akal dan hati ini kami serahkan untuk dikorbankan di jalan dakwah ini..ya Allah, terimalah walaupun kami tahu di antara anggota kami ini masih diselaputi debu dosa dunia...



Ya Allah, aku tak mahu gelak tawa kelalaian yang aku persembahkan padaMu di padang masyhar nanti sedangkan lidah ini sentiasa mengakui diri pejuang Islam....tak sanggup rasanya membiarkan waktu berlalu tanpa dakwah..


sudah tiba masanya untuk menyediakan diri untuk diinfaqkan pada jalan juang ini....

sudah tiba masanya untuk menangis bersama masyarakat.......

sudah tiba masanya untuk mengisi kebosanan rakyat dengan Islam....




~ku ingin penuhi tuntutan syahadah itu seperti mana sayyid qutb.........~

PALESTINE, WE COMING....

Salam 'alaik semua.....diharapkan semuanya sihat..tika ini di Jordan, jam menunjukkan jam 3.42 petang. Semalam dah tukar jam, dilambatkan 1 jam dari masa sebenar. Kiranya masa yang berbeza dengan Malaysia adalah 6 jam.





Alhamdulillah beberapa hari lepas, ana berkunjung ke pameran beberapa negara di universiti. Yang menyertai antaranya Malaysia, Indonesia, Thailand, Syria, Palestin dan lain-lain. Banyak barangan yang dipamerkan termasuklah makanan dari negara masing-masing.



Ana paling teruja dan berlama-lamaan di tapak pameran Palestin. Di sana ana dan sahabat-sahabat diberi sedikit penerangan tentang konflik yang berlaku disana, sejarah dan perkembangan di Ghazzah. Keinginan ke sana terasa bila berbual dengan sahabat dari Palestin. Insya Allah, ana akan kongsikan sedikit gambar-gambar kunjungan ke sana...





























































































DAIE, BERSABARLAH......




"...BIARPUN KITA BUKAN PEMULA RANTAIAN PERJUANGAN DAKWAH ISLAM, TAPI JANGAN KITA MENJADI PEMUTUS DAN PENGAKHIR RANTAIAN PERJUANGAN DAKWAH ISLAM....PASTIKAN DIRI KITA BERADA DI POSISI PENYAMBUNG MATA RANTAIAN ITU........"



Salam 'alaik.....semua sahabat-sahabiah yang berada di mana jua di dunia ini.Timur, barat, utara dan selatan....moga-moga dengan kehadiran insan seperti kalian dapat menyerikan lagi jalan-jalan dakwah yang berliku ini. Insya Allah.






Wahai para daie sekalian..



Mari kita renung kembali setiap detik dan perjalanan waktu kita menjadi seorang daie. Adakah sudah cukup langkah kita untuk mencapai redha Allah di akhirat kelak.? Bahagianya seorang daie yang cinta pada jalan dakwah. Dia sanggup bersusah payah untuk jalan yang dihindari ramai orang tapi dicintai Allah...sentiasa mengukir senyum walaupun penat dan lelah masih bersisa....alangkah bahagianya hidup seperti dia!






wahai para daie yang dicintai Allah,



Jangan putus asa mengikut langkah Rasulullah..Jangan pernah mengeluh di jalan ini kerna setiap gerakanmu di beri ganjaran oleh Rabbul 'izzati. Jika seorang mahu rebah, seribu yang akan memikul gagah! Hebatnya ukhwah kamu wahai para daie!jiwa kamu kuat kerna Allah.....jiwa kamu kuat kerana Rasulullah ......jiwa kamu kuat kerana Islam....





wahai para daie yang dirindui rasulullah,




Ayuh, bersiapkan diri kalian untuk meredah segala jalan-jalan yang ada di dunia ini bagi menyebarkan agama Allah....kalian sememangnya hebat!







~semoga kalian thabit di jalan perjuangan ini~

salam dari bumi jordan




































SALAM 'ALAIK SEMUA............

alhamdulillah....alhamdulillah..alhamdulillah..dah sampai ke bumi jordan ini kira-kira 23 hari tapi baru sekarang dapat update blog..asifah jiddan! syukran jazilan kepada semua pihak yang membantu sehingga sampai ke sini.Menuntut ilmu di sini memang mencabar tetapi insya Allah berguna di masa akan datang..alhamdulillah banyak sahabat2 arab di sini yang membantu ketika dalam kuliah. Doakan ana ye supaya dpat ilmu yang bermanfaat di sini. amiin ya rabb!

SALAM LEBARAN



Salam semua sahabat-sahabat....hari ini 1 syawal telah menjelma..Alhamdulillah,dapat juga kita menyambutnya.. walau ramadhan kita tangisi pemergiannya tetapi syawal yang menanti kita tetap sambut dengan hati yang gembira..


Raya tahun ni persiapan biasa-biasa je..dilarang membazir dan makan melampau-lampau.Teruskan amalan bertadarus danbersolat sunat seperti dalam bulan ramadhan..semoga kita tetap di jalanNya selalu!



Kepada yang pulang berhari raya di kampung, pastikan memandu dengan cermat...ingatlah keluarga di kampung..akhir kata..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN...






menghitung hari



Salam 'alaik....semua sahabat-sahabat.semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan di bawah naungan Allah! Alhamdulillah, surat tawaran dah sampai minggu lepas. Kini, ana menghitung hari untuk jadi anak perantauan pula. Inilah jalan yang ana pilih demi menuntut ilmu dan menggilap mutiara iman yang semakin pudar. Ramai yang bertanya kenapa ana pilih ke luar negara? di malaysia ini tidak boleh mencari imu kah? ana sekadar tersenyum untuk menjawab persoalan mereka.

Mungkin ini jalannya Allah beri untuk ana mengenal Dia dan menginsafi diri sambil menuntut ilmu. Kita merancang, Allah merancang, tapi sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Allah..ana menerima dengan hati yang lapang, semoga ada hikmahnya. Yang paling mencabar hati dan perasaan adalah flight bertolak 7hb sept (time raya lagi), kemudian 9 hb sept kakak sepupu ana walimah, 16hb sept (hari lahir abang ana pula) 20hb sept pula konvo ana (sedihnya)..dan ana akan keseorangan waktu ke sana nanti...!memanglah ana akan menumpang rombongan student lain tapi ana sahaja yang akan ke universiti itu. Semua student rombongan lain akan ke universiti yang lain..


Mohon doa dari sahabat-sahabat ye...semoga perjalanan ana selamat dan dapat menuntut ilmu Allah dengan baik...

ramadhan kian berakhir,semoga kita mendapat keampunan



salam 'alaik semua..setelah sekian lama tak mencoretkan sesuatu di blog,hari ini ada sedikit kelapangan..maaf ya sahabat-sahabat..ana berharap semuanya dalam keadaan sihat dan bertenaga menjalani ibadah ramadhan..walaupun dah lambat untuk mengucapkannya tapi ana mahu juga ucap.."selamat menyambut ramadhan.."

Dua fasa ramadhan kita semua tempuh, semoga setiap fasa kita raikan dan hargainya. Harap-harap juga ramadhan tidak membataskan kita untuk melakukan aktiviti seprti biasa. Yang paling penting dalam ramadhan ini adalah ia dijadikan pesta ibadah bukanlah pesta juadah...kini fasa ketiga ramadhan sudah sampai di pertengahan (hari ini 26 ramadhan). Rasa sedih untuk meninggalkan ramadhan tahun ini. Ya, mungkin juga ini ramadhan yang terakhir. Semoga kita akan berjumpa lagi dengannya pada tahun depan. Jadi ramadhan yang berbaki beberapa hari lagi ni eloklah jika kita manfaatkan sebaik mungkin..lagi-lagi 10 malam terakhir ni yang tersimpannya lailatulqadar yang penuh barakah..moga-moga kita mendapatnya.amiin.
Pada sahabat -sahabat yang ingin mulakan penghijrahan diri dari buruk ke baik, mulakan dalam bulan ramadhan dan pohonlah pada Allah supaya ia kekal sampai bila-bila..insya Allah doa kita akan dimakbulkan, lebih-lebih lagi doa orang yang berpuasa. Tiada yang lebih membahagiakan diri ini seandainya mendapat rahmat dan redhaMu,ya Allah rabbul 'alamin. Berdoalah di setiap ketika kepada Allah dalam bulan ramadhan ini.


Ya Allah...semoga pengakhiran ramadhan ini kami mendapat rahmatMu, redhaMu, keampunanMu, dijauhkan dari fitnah dunia, dijauhkan dari azab kubur dan seksa api neraka...sesungguhnya Engkaulah tuhan yang layak disembah dan diagungkan. Semoga hati kami sentiasa rindu dan cinta kepada Mu dan rasulMu serta perjuangan Islam yang ditinggalkan orang yang terdahulu...


sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah......Ramadhan yang kian berakhir ini, semoga kita beroleh keampunan!

DOA DHUHA



Alhamdulillah...tiap-tiap hari dengar dah boleh hafal dah..senang jer...untuk halwa telinga sahabat-sahabat...insya Allah ada manfaatnya..=)

CATATAN PILU SEORANG PENDOSA



Hari ini diriku dihujani dosa lagi..ya Allah! aku lemah, aku tak mampu menepis segala godaan syaitan dan nafsu yang bertakhta di hati ini..ya Allah yang Maha Perkasa, berikan aku secebis kekuatan dalam melawan semua itu..




Hati ini diselaputi dengan noda hitam yang semakin tidak terkawal merebak pada semua bahagian. Orang yang banyak dosanya takut untuk mati, kerana mereka takut menerima balasan buruk. Orang yang beriman tidak pernah takut mati kerana mereka mengenangkan pertemuan indah dengan Allah swt. Orang yang berjuang dengan kebenaran dan Islam (mati syahid) juga tidak takut mati bahkan merekalah golongan yang jika sudah mati mahu kembali ke dunia untuk mati semula kerana mereka mengetahui kemulian mati syahid. Oh, palsunya dunia ini! Buruk sungguh dunia ini jika kita tidak memanfaatkan untuk akhirat!



Tiada yang lebih indah daripada mengingatiMu, ya benar sahabat-sahabatku! Jika kalian semua resah, jiwa bertambah berat menanggung segunung masalah, hati sedih kerana berjuta dugaan, atau berdepan dengan kegagalan yang membuatmu lemah, maka kepada Allah swt kita mengadu sambil menyebut asma' Nya. Dia satu-satunya yang tidak menolak pengaduan kita, Dia satu-satunya yang Maha Mendengar kita, Dia satu-satunya yang Maha Sabar dengan segala yang kita lakukan, dan Dia satu-satunya yang Maha Menerima Taubat atas segala kesalahan dan kesilapan yang kita perbuat.




Aku merintih sayu di sejadah tatkala cinta Nya itu pergi..sudah beribu kali ku ulangi taubat itu tapi kenapa masih ku lakukan segala yang menjadi murka Dia padaku? Ya Allah...aku kesesatan dalam kegelapan hatiku sendiri. Ampunilah aku! Astaghfirullah.......jadikan aku hambaMu yang taat kepada segala perintah dan suruhanMu..ya Allah, sesungguhnya aku mahu husnul khatimah..aku mahu pertemuan indah dengan Mu di akhirat kelak..aku tidak mahu dibebani dosa ini selamanya, ya Allah perkenankanlah!

KEMBARAKU...

Salam 'alaik semua...selepas ana final exam bulan 4 yang lepas..banyak juga ana spent masa untuk mengembara..tapi bukanlah ke luar negara. Just round-round Malaysia je untuk menimba ilmu dan merenung kekuasaan Allah swt. Alhamdulillah, family ana juga memang semuanya suka untuk travel. Di sepanjang tempat yang ana kunjungi pasti kamera di sisi bagi merakamkan setiap kenangan.




Ana ke Kedah Darul Aman....alhamdulillah! sempat juga melawat insaniah untuk menghantar sepupu ke sana. Sementara menunggu proses pendaftaran dan bermacam-macam proses sebelum kemasukannya sebagai pelajar baru, ana lantas mengajak family untuk berziarah ke pusara almarhum Ust Fadhil Noor, mantan Presiden PAS. Sebak rasanya perasaan bila berdiri di tepi pusaranya. Sedih kerana semasa beliau hidup ana tidak pernah bertemunya, hanya abah sahaja yang sering menceritakan betapa almarhum merupakan seorang yang berjiwa rakyat dan baik hati. Abah pernah bertemu dengan almarhum dan kata abah ketika kematian almarhumlah abah menitiskan air mata. Mengalir air mata ketika menyedekahkan al-fatihah pada beliau pada hari itu. Sewaktu singgah solat zohor di sebuah masjid, ana bertegur sapa dengan seorang mak cik yang kebetulan ada di masjid itu kerana ada majlis akad nikah. Ana bertanya tentang almarhum Ust Fadhil Noor kepada beliau. Perbualan singkat itu seakan memberi gambaran bahawa almarhum adalah seorang yang disayangi rakyat..beliau disegani kawan dan lawan..






















Setelah itu ana ke Kerdau untuk menghadiri ceramah berkaitan peneroka yang dianjurkan pakatan rakyat. Alhamdulillah tiada gangguan polis cuma ada road-block kecil beberapa kilometer sebelum sampai ke tapak ceramah. Ramai sangat orang yang hadir malam itu sebab penceramah yang akan menyampaikan ceramah memang hebat-hebat! Mereka terdiri daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Sabu ( tahniah kerana diamanahkan menjadi salah seorang peneraju PAS), Wakil srikandi Keadilan, Tuan Ibrahim Tuan Man...teruskan perjuangan berpaksikan kebenaran kalian! Medan ceramah adalah pentas untuk mereka untuk membetulkan apa jua berita yang tidak benar yang disiarkan tidak mengira apa jua saluran..alhamdulillah,teruskan. Banyak isu yang diperjelaskan antaranya kes DSAI, dan isu peneroka. Ana tak nak ulas lebih-lebih hal ini kerana satu hari nanti kebenaran akan menang dan kebatilan akan kalah. hm...tak habis-habis ana lihat satu demi satu hukum Islam dipermainkan..semoga Allah melaknat sesiapa yang mempermainkannya.



Seterusnya ana ke Kuala Lumpur dan putrajaya. Ada urusan di sana sambil tengok-tengok KL. Yang best nya kali ni ana sekeluarga pergi ke tempat-tempat yang kami tak biasa pergi..saja ambil gambar KLCC ni walaupun dah dua tiga kali ambil sebelum ni...=)






















Tempat lain yang ana kembara ialah ke Kelantan. 2 hari 1 malam jugalah di sana. Kami berhenti rehat di pantai untuk setengah. Tujuan ke Kelantan adalah untuk melawat saudara mara di sana..Adik-adik saudara ana yang ikut serta ke kelantan turut memanfaatkan masa mereka di pantai untuk menangkap anak-anak ketam...=) tapi bila nak balik kami lepaskan ketam-ketam tu..























Tempat pertama ana pergi adalah ke Kuantan. Bukan tengok maharaja lawak ye..tapi tengok pertandingan hafazan al quran peringkat kebangsaan...alhamdulillah seronok tengok daripada golongan warga tua hinggalah kanak-kanak dibawa ke majlis sebegitu...adik-adik yang bertanding juga hebat-hebat belaka..tahniah!




















Sebenarnya urutan kembara ana ini adalah dari atas sampai bawah...silap adjust...maaf semua...

adik saudara baru...=)

Salam semua....alhamdulillah...Allahuakbar....akhirnya jari ini menulis jua..ana minta maaf sudah dua bulan tiada apa-apa pengisian di blog..asifah jiddan! Ana mengharapkan semua sahabat-sahabat dalam keadaan sihat dan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya...



Baru-baru (bulan lepas) ana baru sahaja mendapat adik saudara baru...atau lebih tepat sepupu baru..alhamdulillah..namanya Nur Ain Syuhada. Alfun Mabruk ana ucapakan kepada ayah saudara ana atas anugerah ini...semoga menjadi anak yang solehah....ana sertakan gambar-gambar comel Ain di sini....=)






ala...senget pula gambar....=)





























ALAM CIPTAAN ALLAH



Salam semua.....sengaja lampirkan gambar-gambar ini....untuk renungan kita bersama...=)







































SPECIAL FOR WOMEN..=)


salam kepada semua muslimah di seluruh dunia......



hayati video ini wahai kaum hawa, pesan Rasulullah saw buat kita semua....

PALESTIN DALAM INGATANKU SENTIASA


Salam mujahadah semua.. dua tiga hari lepas ana teringat-ingat tentang program Mahabbah Palestin yang berlangsung di kampus ana. Ya Allah, rasa teruja waktu mendengar pengalaman relawan kita dalam kapal Mavi Marmara. Ia sangat memotivasikan ana dan sahabat-sahabat. Dari kecil ana diperdengarkan dengan kezaliman Zionis, perjuangan penduduk Palestin, tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, Hamas dan pejuang Islam. Hingga ana sekolah menengah, ana ditanamkan dengan semangat cintakan mati syahid oleh seorang murabbi yang hebat. Alhamdulillah!


Sesungguhnya negara palestin, penduduknya, al-aqsa dan perjuangannya tidak pernah luput dari ingatan ana dulu, kini dan selamanya.Insya Allah. Kalau ditinjau-tinjau, berita mengenai Palestin tidak henti-henti dilaporkan walaupun sesekali tenggelam oleh berita PRN Sarawak, video Ketua Pembangkang, dan berita Tsunami tempoh hari. Ketika negara Mesir dilanda demonstrasi besar-besaran dan sekarang merebak ke beberapa buah negara lain, terdetik di hati bahawa tidak lama lagi semua umat Islam bakal bebas solat di dalam al-aqsa dan membina kembali negara Palestin semula. Allahuakbar!


Penduduk dunia juga hampir setiap hari mengenang relawan-relawan yang terkorban. Dunia membuka mata atas kekejaman Zionis yang selama ini disorokkan Amerika dan sekutunya. Terima kasih wira-wira Mavi Marmara! Ganjaran Allah swt besar buatmu....


~Ingin aku berdiri di sof-sof perjuangan,

tetapi itu takkan semudah yang dikata,

jiwa dan hati harus disiapkan dahulu,

menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tiba,

Ya Allah...aku ingin syahid di jalan ini...aku ingin berjuang demi menegakkan kalimahMu...~

walimah anak usrah



Alhamdulillah....ukhti Sarah sudah selamat diijabkabulkan dengan suaminya tanggal 19 Mac 2011..Ana dan sahabat-sahabat ke rumahnya di Kelantan selepas sehari pulang dari program dakwah orang asli. Walaupun keletihan tetapi kami semua semangat untuk meraikan walimah beliau. Perjalanan ke sana menaiki bas kira-kira beberapa jam juga lah, sampai lenguh-lenguh kaki..=)


Ukhtiku,

Semoga dikau menjadi suri yang solehah kepada suamimu,

semoga dikau menjadi penguat semangat suamimu,

semoga dikau dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,

semoga dikau dapat membina keluarga yang sakinah dan mawaddah,

semoga dikau beroleh barakah dalam perkahwinanmu,


dan..................................................


semoga bidadari juga mencemburuimu.......=D


Mabruk ya!