Mari belajar...

MAY I HAVE YOUR ATTENTION PLEASE!~


As salaamu 'alaykum

I recently stumbled across Huda Academy, which is a project of Huda TV.  Ma sha Allah, courses are given by highly qualified Islamic teachers and all lessons are professionally recorded in a television studio! You should really check this out.

Here is the link for Islamic Courses offered at Huda Academy...

Thank you for your cooperation and your kindness...~

Jom ramai-ramai belajar!

Ku disisimu, saudaraku!

Bismillah walhamdulillah Allahuakbar!

Salam keamanan, salam keadilan buat semua....

Cuaca di Jordan 2 hari ini kelihatan redup-redup, menyegarkan kami di sini. Sebelum ini panas matahari menyengat sehinggakan tiada mood untuk keluar asrama walaupun sekadar jalan-jalan petang. Kelihatannya alam juga menyambut kedatangan hari bermakna buat penduduk Palestin, saudaraku..saudara kita semua!

Mungkin di Jordan yang bersempadan dengan Palestin dan duduk dalam biah orang arab menjadikan ana dan sahabat-sahabat terasa akan kedatangan hari-hari bersejarah buat penduduk Palestin. HARI NAKBA. ya, itulah harinya..pada 15 mei setiap tahun, saudara kita di Palestin menyambut dengan penuh pengharapan bahawa tanah tumpah darah mereka akan dapat dikembalikan.

Kebetulan tadi sebelum ke kelas mengaji al quran, sempat lagi belek beberapa video yang berkaitan Palestin dan sejarah kejatuhan khilafah. Perancangan mereka yang berstrategi dapat mengalahkan umat Islam yang dihinggapi penyakit al wahnu. Insya Allah, Islam akan bangkit dan kitalah yang akan memenuhi sof-sof perjuangan menentang musuh-musuh Allah ini.

Di saat Malaysia bergegar dengan Bersih 3.0 untuk mendapat keadilan baru-baru ini, di waktu Syria kota ilmu dibedil setiap hari oleh tentera basyar assad, ketika pergaduhan kabilah di universiti Jordan untuk mendapat tempat dalam majlis perwakilan pelajar........ketahuilah...semangat saudara mara kita di Palestin tidak pernah luntur untuk mempertahankan Masjidil Aqsa dan bumi palestin yang diberkati saban tahun, saban dekad.....


"WE WILL NOT GO DOWN IN GAZA TONIGHT"