<<< Indahnya menjadi Khadijah >>>





Indahnya menjadi srikandi cinta,
Bak Khadijah ra wanita termulia,
Yang sentiasa setia dalam derita,
Yang sentiasa sabar ketika rasul dihina,
Yang satu-satunya percaya ketika nabi didusta.

Aku,
Manusia biasa yang amat mengagumi,
Setiap inci jalan hidupmu sebagai isteri,
setiap lembar kisahmu sebagai srikandi,
Yang sentiasa berdiri teguh di sisi suami.

Aku,
Yang lemah dek kuatnya godaan,
Yang pincang langkah dek nipisnya iman,
Yang masih merangkak mencari redha tuhan,
Dan yang belum tentu mencapai tahap ihsan........

Menjengah masa yang berbaki di dalam kehidupan, aku berharap dapat meluruskan kembali setiap yang bengkok dan menjelaskan setiap apa yang samar..............



                                                                                                                         srikandiumar 

                                                                                                                 24 Zulhijjah 1437H/ISNIN



kembali lagi~~








Bismillah walhamdulillah wallahuakbar,

selawat dan salam buat Rasulullah saw, penghulu sekelian Nabi dan rasul, juga buat keluarga dan sahabat baginda semuanya. 

Assalamu'alaikum semua,aku menulis kembali! hampir 2 tahun rasanya tidak ada apa-apa yang mahu dicoretkan. bukan tidak mahu menulis, banyak idea mencurah-curah tetapi masa yang terlalu terhad menghalang diri ini. but now, alhamdulillah.. i have more time to write (hopefully~).

sekarang sudah masuk semester kelima pengajian master ku di Malaysia. alhamdulillah, walaupun tidak secepat orang lain yang pantas sahaja menghabiskan master mereka sekitar 1 tahun ke 2 tahun. i still enjoy it! dan juga alhamdulillah, sekarang juga sudah masuk bulan kedua menjadi pensyarah sambilan di tempat penuh kenangan, penuh nostalgia, di kolej islam diploma ku. kedua-dua hal ini memberi makna yang besar dalam kehidupan ku. Bertemu pensyrah-pensyarahku yang sanagat memotivasikan diri, bertentang mata dengan anak-anak (actually adik-adik) didikku yang ku kira menyedarkan ku tentang realiti ummat zaman sekarang. melihat mereka telah mengingatkanku akan zaman-zaman indah menjadi pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu dan eratnya persahabatan yang terjalin di antara sahabat-sahabat.

aku tahu aku kembali ke sana atas doa dan restu Umi dan abah di sepanjang doa mereka. Abah sentiasa menyuarakan yang dia mahu aku kembali lagi ke sana mendidik dan menabur bakti pada anak-anak muda. Aku dapat merasakan yang Dia telah mengaturkan sesuatu yang penting untukku sepanjang aku di sini. sekarang, dua perkara yang menjadi keinginanku; menghabiskan masterku dengan cemerlang dan menghabiskan pengajaranku di kolej islam kecintaanku ini. 

Moga Dia permudahkan segalanya. 

hawa kebaikannya





Kalian semua pernah membaca buku ‘bagaimana anyss naik ke langit’ karya saudara Faisal Tehrani? Ikhlas ku katakan yang aku pembaca karya faisal tehrani dari sekolah sehinggalah kini. Kisahnya menarik dan sarat dengan mesej kemanusiaan. Tapi bukan itu fokus penulisan ku kali ini. Cuma aku tertarik untuk menulis sesuatu di blog ini kerana ku fikir ia punya kaitan secara tidak langsung dengan seniorku.

Bagiku dia seorang yang sangat bermotivasi, orangnya baik, menjaga penampilan (maksudku kemas walaupun bukan dengan baju branded), pintar dan yang penting adalah tidak penat dalam menjalankan kerja-kerja dakwah. Dalam seriusnya tetap sesiapa saja selesa bekerja di bawahnya. Dalam guraunya pula ada nasihat yang ‘deep’. Ketika mana senior satu batch dengannya semua akan menghabiskan pengajian, aku dan rakan-rakan pula yang menjadi senior. Seperti yang ku duga, mereka berjaya menempatkan diri masing-masing ke universiti untuk meneruskan perjuangan termasuklah seniorku ini.

Namun, beberapa bulan setelah itu aku mendengar khabar kurang baik tentangnya. Dia selalu saja sakit, pengsan dan terpaksa menangguhkan pengajian. Tidak menyangka akan kondisi dirinya sebegitu. Mendengar khabarnya dari senior satu universiti dengannya membuat kami berdoa dan berharap supaya penyakitnya sembuh dan dia dapat meneruskan pengajian dengan baik.

4 tahun berlalu tanpa khabar dari senior-seniorku termasuklah dia. Sejak aku mengambil keputusan ke luar negara untuk menyambung pelajaran dan kembali ke Malaysia, lagilah menghilang segala nombor telefon dan berita daripada mereka. Akhirnya, baru-baru ini sedang aku menonton tv tiba-tiba aku perasan sosok di tv tersebut adalah dia. Dia menjadi peserta program dakwah dan dia kelihatan sihat seperti dulu! dia kembali memberi sesuatu untuk ummat. Namun, hari ini aku mendengar perkhabaran itu.....

Hari ini, bersamaan 27 rejab tarikh peristiwa israk mikraj….dia diambil pulang ke pangkuan Allah swt. Bagaikan Anyss yang naik ke langit, ruhnya juga diangkat bertemu pencipta yang abadi penuh tenang. Damailah wahai hamba Allah, tenanglah sahabat seperjuanganku, semoga semua lelah dan sakitmu terhenti dan dikau mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya….

    “Ya Allah, tempatkan dia di kalangan orang yang Engkau kasihi dan beriman. aku yakin hawa kebaikannya tidak akan hilang dan dikira sebagai amal soleh di pandanganMu...”

~catatan ini ku tulis sejurus selepas mendengar perkhabaran tentang pemergiannya.~

selamat menyambut ramadhan.........walaupun..

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar!




Selamat Menyambut Ramadhan pada semua umat Islam di seluruh dunia. Walaupun sudah tinggal 10 ramadhan terakhir, masih belum terlambat untuk kita mempertingkatkan amal, berdoa sebanyak mungkin, mengumpul pahala menuju negeri akhirat kelak.

Tahun ini antara Ramadhan yang mencabar dan sibuk dalam hidup saya. Ia boleh digambarkan seperti 'ramadhan musafir' kerana banyak hari dalam ramadhan kali ini saya perlu ke sana sini dan berbuka puasa di pertengahan jalan. Tapi ia suatu pengalaman yang menarik!

Ramadhan kali ini benar-benar mengajar saya erti kebergantungan pada Allah swt dan sentiasa berfikiran positif. Mungkin sebelum ini kita belum benar-benar meletakkan diri sebagai hambaNya, dan sentiasa berburuk sangka. Ramadhan merupakan bulan penyucian jiwa, bagi yang menyedarinya ataupun tidak. Ia suatu bulan bagi diri kita sendiri memuhasabah dan menilai diri samada benar-benar kuat dengan taqwa atau sebenarnya kita sentiasa mengikut hawa nafsu.

Dalam bulan ramadhan kali ini juga, banyak perkara yang berlaku. Defend proposal (alhamdulillah lulus), hari lahir saya baru-baru ini, khabar gembira dari penyelia tentang penyelidikan saya, persediaan pembentangan kertas kerja antarabangsa, dan banyak lagi. Tidak dapat saya gambarkan keharuan dan kegembiraan pabila penulisan tesis saya dimulakan dalam bulan mulia ini. Ya Allah, permudahkanlah!

Di kesempatan ruang kecil ini, saya memohon maaf atas segala salah dan silap yang pernah saya lakukan, kepada sesiapapun yang membaca blog saya mahupun yang mengenali diri ini.. (ucapan macam nak raya dah..=D) Ramadhan yang berbaki seminggu ini, mari kita manfaatkannya. Moga kita keluar dari ramdhan ini dengan penuh ketaqwaan, keimanan dan pengampunan dari Allahu Rahman Ar-Rahim. Wallahu'alam. ~



23 ramadhan 1436H.

ILMFEST 2015

Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda serta semua daie yang bertebaran di atas muka bumi ini. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh Allah swt setiap masa.






Hujung minggu baru-baru ini alhamdulillah saya dan 4 sahabat serumah dapat peluang untuk ke ILMFEST, festival ilmu tahun 2015. Program ini diadakan setiap tahun dan alhamdulillah sekali lagi Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah. Program yang menghimpunkan ramai syeikh2 dan agamawan profesional dari luar negara, khususnya di UK, Kanada, USA dan lain-lain.


Tahun ini bertemakan '' Hopeful heart : optimism in the time of tribulation '' menjadikan festival ilmu kali ini sangat menarik. Seperti mana kita ketahui bahawa negara kita menerima ujian Allah swt seperti kehilangan kapal terbang MH370, kapal terbang ditembak, banjir di Kelantan, isu sosial yang meningkat, GST yang membebankan rakyat, dan banyak lagi isu lain (banyak sangat sampai x tertulis).





Talk pembukaan oleh Sheikh Waleed Basyouni bertajuk "Be successful, be blissful" nyata membuatkan saya terkesan. Dan saya tahu saya tak akan tidur dalam setiap talk yang lain kerana ia sangat penting. Talk beliau sekali lagi pula bertajuk "Optimism from the believer's soul" mengakhiri hari terakhir program. Kemudian giliran sheikh Navaid Aziz menghuraikan tentang tajuk '' Positivity: A quality of the people of paradise. Bergenang air mata. kata-kata beliau menampar-nampar gegendang telinga. Begitu juga speakers lain yang mengupas tajuk2 yang diberi. Alhamdulillah, ada ilmu baru, kenalan baru dan kesedaran baru.




Antara speakers lain yang datang dan tajuk2 talk mereka:


Sheikh Abu Eesa Niamatullah (strength in sadness)
Sheikh Abdulbary Yahya (how long can you be patient)
Sheikh Mohammed Faqih (happiness is forever)
Dr. Abdullah H. Quick (not the first believers to be tested, not the last)
Ustadha Yasmin Mogahed (du'a : the miracle in your palms, i want to repent, but...)
Dr. Reda Bedeir (Never say never)
Sheikh Yahya Adel Ibrahim (Too blessed to be stressed, the Messenger of hope)
Sheikh Yasir Qadhi (every rose has thorns, the parable of light)
Sheikh Saad Tasleem (patience befitting a queen of Jannah)
Sheikh Omar Suleiman (knowing Allah is liberation)
Sheikh Ahsan Hanif (from egypt, with optimism)
Sheikh Kamal el Mekki (the blessed Prophet alive in our hearts)

Host by :

Boona Mohammad (tabik untuk beliau sebab buatkan audience segar mata)
Amar Razali

May Allah grant them and us Jannatul Firdaus, in shaa Allah!

..................Hadir......................

Mati.

Jodoh.

Keduanya hadir tanpa kita ketahui bila, di mana, bagaimana, dan siapa. Namun, kita perlu bersedia dengan bekal yang cukup. Umpamanya mahu mengembara dan bermusafir di tempat yang jauh. Ia datang tepat pada waktunya dalam rencana Allah swt. Keduanya indah andai dihalakan terus pada mardhatillah yakni mencapai redha Allah swt.

              Hamba yang bersedia dengan kelengkapan yang cukup bersikap lain dari yang belum bersedia. Dalam hal jodoh misalnya kadangkala kita selalu menyatakan dan bertanya:-


" kenapa aku yang dah belajar hal rumah tangga sampai habis ni tak sampai-sampai jodohnya?"

" Adik junior aku ramai dah kahwin padahal mereka lebih muda dari aku, sepatutnya aku yang kahwin dulu!"

" aku yang dah ada calon ni tak kahwin-kahwin lagi tapi kawan aku yang tak de calon tiba-tiba je kahwin minggu depan,"

            See. Banyak kan kata-kata sebegini yang kita selalu dengar. Ramai yang rasa pandangannya lebih benar daripada ketentuan Allah. Tak semestinya bila dah habis beljar ilmu rumah tangga, kita boleh dinobatkan layak berkahwin, begitu juga melihat dari usia seseorang itu bukan kayu ukur dalam menentukan jodohnya dah sampai ke belum. Sama juga dengan situasi ada calon atau belum. Seseorang yang tiada calon tidak semestinya kahwin lambat manakala yang sudah mempunyai calon akan kahwin lebih awal.


Post ini bukan mahu memarahi, tapi menegur.

Dalam hal tentang mati pula, kita akan biasa dengar :-


"kenapa dia ni meninggal elok je, tapi perangai dia teruk waktu hidup? ish!" (dialog ini tak sepatutnya diucapkan okay.)

" rilekslah kita masih muda lagi, tua nanti taubatlah. mati kan lambat lagi,"

           
 See. Berapa ramai yang selalu cakap macam ni, kan? Pengadilan Allah swt adalah sebaik-baiknya. Tidak semestinya seseorang yang teruk tu, setiap masa dia begitu. Entah2 di belakang mu dia sentiasa memohon taubat dan keampunan dr Allah swt. Begitu juga situasi anak muda (orang tua yang perasan muda pun sama...) sekarang yang beranggapan mati itu hanya pada hari tua mereka sahaja. Sedangkan mati tidak mengenal orang itu tua, muda, bayi, kanak-kanak atau berapa umurnya.


               Biarpun mati itu pasti, Islam tidak pernah mengajar ummatnya untuk berputus asa dalam kehidupan. Ia tetap perlu dijalani dengan sebaik-baiknya untuk menunjukkan rasa syukur kita pada Allah swt yang telah memberi peluang kehidupan di atas bumi ini. Alhamdulillah, smile. ^_^

Berpautlah pada janjiNya dalam hal jodoh : Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.*(1)   Perbaiki diri menjadi yang baik untuk mendapatkan yang baik.

Berpeganglah pada janjiNya dalam hal mati : Sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul Nya, akan ditemptkn bersama orang yang diurniakan nikmat oleh Allah swt. * (2) Kerah lah diri untuk menjadi yang terbaik di pandangan Allah, sucikan hati dan ikhlaslah!


*(1) surah an nur: ayat 26
*(2) surah an nisa' : ayat 69

Wallahu'alam.~

SeLaMaT hArI iBu 2015!

Salam 'alaik semua!

Sebagai mana yang kita ketahui, hari ini merupakan Hari Ibu tahun 2015. ^_^



 Namun, Hari Ibu yang disambut setiap tahun pastinya hambar jika kita hanya memeriahkannya pada hari ini sahaja. Ia tidak lebih sekadar memperingati ibu di kampung yang menunggu kepulangan anaknya (yang tak balik-balik dah bertahun2 dengan alasan busy..!).

Surah Luqman ayat 14 menyatakan :



Maksudnya:- Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Demikianlah kewajipan yang dituntut dalam menghayati erti sebenar Hari Ibu yang kita sambut setiap tahun. Okay, selain kita berbuat baik dan menggembirakan hati ibu setiap hari (bukan hari ibu je..) titipkan doa kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk ibu kita (dan ayah sekali of course!). Doa mempunyai kekuatan dalam mengeratkan lagi hubungan kita dengan ibu bapa dan menyelamatkan kedua ibu bapa kita di alam kubur mereka kelak.

 Hadis Nabi saw juga ada  menyatakan tentang doa seorang anak yang soleh ini:

‏ عن أبي هريره رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ‏:‏ ‏ "‏إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث‏:‏ صدقة جارية ،أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda : Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya. (riwayat Muslim)

It's okay kalau kita tak dapat bagi hadiah besar-besar pada ibu (diorang pun tak nak hadiah2 ni..), tapi kita perlu hadiahkan mereka akhlak yang baik, peluk cium penuh kasih sayang, dan doa yang tidak putus2 (mcm cakap tadi).


Ucaplah alhamdulillah pada Allah, kerana hadiahkan kita seorang ibu!  

:: Umi, Selamat Hari Ibu untuk setiap hari! ::