saLAM iMtiHAn...

salam 'alaik......semoga imtihan kali ini kita berjaya sama2 ye.......diharapkan sahabat2 ku di kampus dan sahabat ku yang berada di mesir, jordan dan morroco doakan kami ye! jangan lupa untuk pohon restu umi, abah untuk imtihan ini...pohon kemaafan pada semua manusia ni...=) minta restu guru2 supaya tenang di hari periksa dan dihalalkan ilmu yang diberikan....

Jangan gelabah kalau lupa dalam dewan periksa tapi banyakkan zikir dan selawat...jangan lupa sujud syukur di setiap kali selepas jawab periksa...ia akan menyebabkan hati kita redha dengan kputusannya.....then, untuk kuatkan semangat dan fizikal jangan lupa untuk tahajjud dan solat taubat, takut2 Allah balas perbuatan kita di hari imtihan....entah2 sakit ke atau mengalami 'blur'....

lagi satu jangan dilupakan untukkkkkkk.....baca buku tu sampai khatam semua tajuk..=) seperti syair imam syafie, untuk kuat ingatan jangan kita buat maksiat....semalam ana dan sahabat ada membicarakan tentang orang yang buat maksiat tapi tetap kuat ingatannya, apa yang terfikir di benak kita??? apa yang ana boleh katakan ialah itu hanya isti
draj ( kenikmatan atau kurniaanNya yang diberi untuk melalaikan hambanNya)... so, cepat2 bertaubat.....

oklah....salam imtihan...ana doakan semua sahabat ana dapat keputusan gilang gemilang.....yang boleh b
uat ibu bapa kita senyum lebar....ilmu itu pula kita dapat banggakan Islam!! ALLAHUAKBAR!!!!!!

ingin mati di mekah atau madinah



Salam jihad... Tadi, seusai habis ke library ana dan seorang sahabat karib duduk di halaman hostel. Perbualan kami berkisar tentang pengisian cuti yang tak lama lagi. Ana insya Allah akan jadi tenaga pengajar sementara di PASTI. Cuti ni juga pak cik ana akan walimah dan juga ada program keluarga. Agak penuh jadual cuti 3 bulan ini. Hak selepas perceraian orang bukan Islam, itu tajuk kajian ana. Mendengarkan beberapa sahabat yang hendak menunaikan umah cuti ini, sayu ana. Semester lepas terlalu banyak halangan... Harap-harapnya cuti ini ana dijemput Allah untuk ke rumahNya..harap-harap juga pengakhiran hidup ini di sana...=)

Setiap pejuang mengingini untuk pengakhiran yang gemilang dan baik..bertemu Rabb dalam keadaan suci. Ya ALLAH hambaMu ini sudah rindu untuk kesana..kabulkanlah...

sahabat...kuatkan langkahmu di jalanNya


Salam 'alaik semua pencinta agama Allah...tiada yang lebih menenangkan jiwa melainkan dengan mengingati diriMu ya Rabbul Izzati. Sahabat ku yang menjadi tukang seru, berjalanlah di atas muka bumi ini tanpa rasa takut... ingatlah! kalian dilindungi Allah swt dan tiada kuasa yang dapat memudharatkan kalian kecuali dengan izinNya. Sebarkanlah nasihat dan peringatan pada manusia walau dirimu diinjak-injak dan dibenci..itu lumrah seorang daie. Islam itukan sinonim dengan nasihat!

Kekadang jiwa ini terasa letih dan putus asa, tapi ia semangat semula kerana tahu kemenangan Islam pasti akan tiba jua.Allahuakbar! Andai dirimu sahabat diduga hebat oleh dunia, sedap kan hatimu dengan ingat pada penderitaan Rasulullah saw. Sahabat-sahabat yang dikasihi, pabila tiba hari itu, tiada yang berkata-kata kecuali amal sendiri. siapkan diri secukupnya! Astaghfirullah....itu ucapan yang wajib kita ungkapkan setiap hari.

Mujahadahkan diri dari nafsu. Azamkan dalam diri untuk membuang sedikit demi sedikit dosa dan maksiat yang sentiasa di lakukan. Peringatan buat pejuang yang terasa untuk bercinta, fikirkan semula keputusan kita. Mad'u dan umat lebih penting dalam keadaan ini. Andai bersabar akan ada jodoh yang terbaik untukmu. Kuatkan hati, tabahkan jiwa dari segala mehnah.

Andai ada sesiapa yang membencimu kerana engkau menegakkan kalimah Allah, biarkan dan doakannya. Sabarmu ada disedia ganjaran. Biar jalan jihad ini yang mengakhiri hidupmu. Wahai jundullah, pegangilah lilin agama agar ia menerangi manusia lain. Jangan rebah!

Ya Allah, gadis/pemuda ini telah memilih untuk mengutamakanMu dari kedua ibubapa yang dicintainya.....
gadis/pemuda ini telah memilih Rasulullah sebagai idola berbanding artis pujaannya dahulu........
gadis/pemuda ini telah memilih menabur cinta pada mad'unya berbanding lelaki/wanita yang disukainya......
gadis/pemuda ini telah memilihIslam sebagai cara hidupnya.....
gadis/pemuda ini memilih untukmenegakkan Islam berbanding hobinya yang lalu........
gadis/pemuda ini memilih untuk berdakwah di kala susah dan senang.....
gadis/pemuda ini memilih ke syurga dan amat takut kemurkaanMu...
maka pilihlah ia untuk menghuni mahligai di syurgaMu...
redhai dan cintai dirinya kernaku tahu cintanya gadis/pemuda ini padaMu ya Allah.......

Amiin.....=)

kiamat semakin akrab



Salam peringatan buat semua manusia....wahai manusia, dunia semakin tua dan mencecah ke penghujungnya. Sedarlah wahai manusia..takut-takut terlambat untuk menyembah Allah meminta taubat nasuha..semakin hari ada sahaja tanda-tanda kiamat yang muncul di depan mata. Adakah kita begitu angkuh untuk sujud pinta ampun?? wahai manusia yang alpa, bangunlah dari lena kelalaian ini! sesungguhnya muka bumi ini akan hancur tidak lama lagi!

Allah swt Maha Menerima Taubat wahai semua...adakah kita sanggup menjadi bahan bakar api neraka? teguh sangatkah tubuh kita ini? Di dunia tempat kita menanam tanaman amal dan hasilnya kita dapat diakhirat.. jika baik amalnya, kita bakal memasuki syurga Allah dengan rahmatNya..andai tidak dunia gelap itu (neraka jahannam) menjadi tempat kita..Bisakah kita putar kembali masa yang terbuang? tentu sekali tidak......

Bermacam-macam bencana dunia terjadi. Ribut, Banjir, gempa bumi, tsunami dan yang paling ngeri apabila melihat gejala sosial semakin membarah ditambah dengan kerakusan manusia berbunuh-bunuhan... wahai manusia, di mana keprihatinanmu? di mana letaknya insaf yang sepatutnya semakin menyesak di dada kini?
Bencana datang kerana kemurkaan Allah dan ujian dari Nya kerana melihatkan kelupaan yang berterusan dari kita! Bukankah dahulu tanah pernah bersuara pada Allah ingin menggulung manusia di atasnya dan langit ingin sahaja runtuh lantaran menjadi penyaksi keadaan manusia yang tidak pernah leka membuat Allah murka? Tapi.... Allah swt malah tidak mebenarkannya.....Allah Maha Penyayang!

Mari kita insaf, kerdilkan diri ini dihadapanNya......andai kita bertaubat, tidak sia-sia taubat itu...Malah Allah paling mengsihi orang yang bertaubat...selangkah kita mengarah kepadaNya, seribu langkah Dia hampir pada kita.....c
intailah Allah melebihi segalanya....


Happy birthday abah...


Kepada abah yang telah berkorban dan menjaga anakanda sehingga menjadi manusia yang berguna, Insya Allah....

anakanda doakan agar abah di murahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dan menjadi daie yang hebat.....

abah dah ajarkan anakanda ini dengan ilmu dunia dan akhirat..terima kasih..

abah dah korbankan masa untuk melihat anakanda sihat dan berjaya...terima kasih...

abah sentiasa ingatkan anakanda tentang akhirat, Allah swt, Islam, perjuangan, sunnah rasulullah...terima kasih...

abah, you're the best thing that Allah gives to me...abah, you're great!

rehlah 2010 yang ceria


Salam semua sahabat yang dikasihi Allah swt..moga dalam lindunganNya selalu. Semalam (7 mac ) ana dan sahabat HELWI kampus mengadakan rehlah di pantai. Alhamdulillah bersyukur sangat sebab segalanya berjalan lancar. Semua kami ceria berukhwah di sana. Ana sebagai pengarah program terasa ukhwah kami makin erat. Maaf sangat ye, agak lama tak menjengah ke blog ni buat post. Kami kesana dengan beberapa tujuan iaitu:

1- mengeratkan ukhwah satu sama lain.
2-menghay
ati keindahan alam ciptaan Allah swt.
3-release tension sempena nak final exam hujung bulan ni.=)

dan tidak ketinggalan untuk kami mengedarkan risalah berbentuk nasihat kepada orang ramai..di samping melatih adik2 ajk Helwi untuk berdepan dengan masyarakat dan berdakwah...adik2 ku!! cayok2!! gagahkan langkahmu untuk Islam....

Tidak disangka-sangka kehadiran kami juga dipuji beberapa pihak di sana. Alhamdulillah....