ku nantikan saat itu


Salam mujahadah buat semua..semoga dilimpahi rahmat yang menggunung oleh Nya.Allahuakbar! setelah sekian lama blog ana ini sepi dan bertambah juga sahabat-sahabat yang menyuruh update jadi hari ini ana akan tunaikan hasrat antum semua. Alhamdulillah, seminggu ini ana cuti mid sem.


Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah,

Seorang sahabat pernah bertanya pada ana tentang bagaimana mahu menjaga Allah swt dalam hati? Terdiam juga buat seminit dua..kemudian perlahan-lahan hati bertanya pada diri sendiri bagaimana mahu menjaga Allah swt dalam hati????? ana tidak menjawab persoalan itu dan hanya diam membatu. Selepas kami berpisah di pertengahan jalan, ana mula memikirkan persoalan itu.Adakah cukup dengan solat dan membaca al-Quran sahaja?

Seminggu dua yang lepas banyak peristiwa yang berlaku dan ia berkaitan dengan hati. Antaranya ialah daie yang tidak menjaga hati, kemaruk cinta manusia, bagaimana menjawab persoalan cinta dalam hati, daie yang melebihkan cinta pada dunia berbanding pada medan dakwah, dan macam macam lagi.......terkedu seketika. Ana mencari jawapan atas semua persoalan itu. Ya Allah...hamba yang lemah ini mohon ampun jika selama hidup ini hati yang Engkau beri padaku tak digunakan dengan baik.....astaghfirullah...

perlahan-lahan hati ini berkata "alangkah indahnya hidup mulia, mati syahid...."

Ya Allah...ku nantikan saat di mana Engkau terima iman ku, terima ibadahku, terima segala pengabdianku............cintaNya datang lagi!

Dah lama rasanya ana tak menghidangkan entri berbentuk video...persembahkan pada kalian..semoga mendapat ilmu darinya..

ADAKAH ANDA BEGINI???

adakah anda menepati waktu solat seperti dalam video di atas? ataupun masih melengahkan 'perjumpaan' dengan Allah swt?

renung sejenak.......