Muslimah Perjuangan


" ....KANVAS CINTA INI TERLUKIS WAJAH MUSLIMAH, YANG HIDUPNYA BERHEMAH...YANG KIASAN RINDUNYA TAKKAN LEMAH WALAU DIHUNUS SERIBU MEHNAH, PADA HIJAB RINDU TERSERLAH PADA QALAM, DIALAH MUSLIMAH ACUAN QURAN...BILA OMBAK RINDU MULA MENGEMIS RASA KASIH, HATI TERKAPAI MENCARI MAKNA, GEMERSIK RAYUAN BAGI PENAWAR LARA...LALU SEJALUR NUR MENERANGI MEMIMPIN LALUAN...AKHIRNYA KUTEMUI HAKIKAT CINTA AGUNG...CINTA ILAHI.............."


"...MUSLIMAH ITU ADALAH YANG MENJAGA CINTANYA PADA ALLAH WALAU CINTA DUNIA BERADA DI SEKELILINGNYA...."


".....KUATKAN HATI DAN RAPATKAN SAFF PERJUANGAN UNTUK MUSLIMAH LEBIH MAJU KE HADAPAN MERENTASI DUNIA PENUH PANCAROBA INI...."



~MUSLIMAH...HIDUPMU PENUH INDAH,PENUH WARNA WARNI ISLAMIAH~

TIADA HIDUP TANPAMU YA ALLAH.....

Salam 'alaik semua...sekarang jam 2.03 pagi, dan mata ana pun tak boleh lelap lagi. Ia kerana satu sebab. ALLAHU RABBI. Itulah asbab nya. Tengah hari tadi ana dan sahabat sahabiah berbincang tentang satu ungkapan; ISLAMIK ATAU TAK ISLAMIK? dan ISLAMIK ATAU JANGAN ISLAMIK SANGAT..termenung jauh juga sejak perbincangan tadi. Kesian Islam. Islam tak bersalah, Islam sudah syumul, Islam yang sepatutnya gaya hidup sebenar. Andai Islam tiada maka siapalah kita.. Umar al-khattab pernah berkata " diri nya itu tiada apa2 kalu tanpa Islam". Khalifah Islam kata gitu apatah lagi diri kita yang kerdil ni...

Segala pakai, makanan, rumah dan segalanya diberi oleh Allah. Tak malunya jika kita masih tidak mahu jadi org Islam yang beriman, bersyukur dan menegakkan Islam...ASTAGHFIRULLAH! ADAKAH KITA MALU JADI UMAT ISLAM MALAH JADI UMAT NABI MUHAMMAD??? tanya diri kita...apabila ada sahabat yang ditegur tentang supaya jangan Islamik sangat, ana rasa nak marah sangat. Macam ada yang kurang tentang ISLAM...apa dia?sila buktikan...yang paling dikesali ialah orang itu juga orang Islam...


Ana sangat sedih bila memikirkan tentang nabi saw, pejuang dulu dan sahabat yang bermatian untuk meninggikan syiar Islam. Pasti mereka sedih dan tidak dihargai..insafla semua...Islam itu flexibel, tapi ia tetap berpaksikan dan terarah pada Allah.Janganlah disebabkan mulut, hati kita jdi kotor dan berdosa pada Allah swt.BERTAUBATLAH DAN BERISTIGHFAR..

~TIADA KEHIDUPAN KITA TANPANYA~

INGATLAH PERINGATAN DALAM SURAH ADZ-ZARIYYAT :56

SALAM KEINSAFAN.

~cinta dan rindu ini buatMU~


Syukur Alhamdulillah ku panjatkan untukMu Allahu Rabbi......cintaNya datang lagi menjengah masa sibuk hari-hari kebelakangan ini. Tak dapat disangkal dan dielakkan lagi dek hati bahawa Engkaulah cintaku, yang membuatkan hari-hariku lebih tenang dan ceria.....Sungguh! Hamba lemah ini sentiasa berbuat maksiat dan dosa, membuat Mu murka, membuat syaitan gembira....walau begitu hati ini sentiasa menanti sinar hidayah Mu yang dapat membersihkan hati dari debu dan kekotoran dunia.

Tak menyangka aku di tengah sempit dengan ujian, Allah datangkan kesenangan dan harapan.Oh tuhan! Engkau lah yang Maha Mengasihi, Maha PenyayAng dan Maha Pengampun...terasa insaf dalam relung hati ini atas belas ihsan Rabbi pada ku........mana ada manusia yang boleh memberikan kebaikan yang begitu besar setelah dilakukan kejahatan pada dirinya??kerana manusia itu serba lemah dan tidak sempurna....Ya Allah...permudahkan urusanku di dunia dan akhirat......jadikan aku orang yang tabah dan beriman kepada Mu....



Ya Allah ya tuhanku.....Engkaulah kekasih agungku!

pErJuAnGaN SeMeStER InI



ASU 2272 ENGLISH IV

ASU 2152 ARABIYAH LIL SYARIAH II

ASU 2242 UNDANG-UNDANG KETERANGAN PERBANDINGAN

ASU 2083 PENTADBIRAN HARTA ORANG ISLAM

KIP 2041 USRAH II

ASU 2232 UNDANG-UNDANG SYARIKAT & PERKONGSIAN

ASU 2212 UNDANG-UNDANG PROBET PERWARISAN

ASU 2062 FIQH MUAMALAT



GAMBATTE KUDASAI !!!!!!!!!!!

LILLAHI TA'ALA SEGALANYA..........

ana ke muktamar




Salam perjuangan sahabat semua. .akhirnya selesai sudah muktamar PAS dengan penuh meriah.walaupun telah beberapa hari berlalu tapi ana sengaja mahu cite kan serba sedikit keadaan dia sana .memandangkan ana di kelantan pun hanya sehingga 12 hb Jun sahaja. Keadaan di bandar kota bharu meriah dengan kibaran bendera bulan setibanya ana dan keluarga memasuki daerah itu. Kereta ke PUTIK penuh sesak dan ramai yang sanggup berjalan jauh bagi mendapatkan parking. Sesampainya di sana kelihatan kebanyakan yang hadir memakai kain lilit leher 'al-quds', 'save palestine' dan banyak lagi .wah! Ucapan dasar Tuan Guru Presiden juga penuh dengan isi dan hala tuju parti, tarbiah dan isu2 semasa.( ana tak pandai nak ulas banyak2)Sahabat-sahabat juga ramai yang datang ke muktamar antaranya sahabat GAMIS, sahabat kampus dan anak negeri. Alhamdulillah dapat juga kami mengeratkan ukhwah di sana, bertukar buah fikiran dan berkenalan dengan sahabat yang lain. Sesungguhnya ana rindu dengan keadaan sebegini, iaitu keadaan yang harmoni dan penuh islami......semoga ianya kekal!selamat berjuang dan semoga dalam rahmat Allah perjuangan kita!!!amiin.

GaMbAr wAlImAh PaK sU





































semogA BAhagia sehingga akhir hayat.....=)

Kembali menjadi pelajar

Salam 'alaik semua....pada Jumaat lepas adalah hari terakhir ana menjadi guru sementara jadi agak sedih bila berpisah dengan mereka semua. Terasa rindu pada semua kenakalan mereka, lagi -lagi mereka memang bijak dan comel..=) Banyak perkara yang ana belajar apabila bersama -sama dengan mereka.Sebagai pengubat rindu ana letakkan gmbr mereka buat tatapan semua.....i'm really miss them!

































kini ana kembali menjadi pelajar.....jika ada cuti nanti ana pasti mahu menjadi guru lagi..(^,^)








2 hari lagi ke fasa lain


Salam ukhwah semua......masih berbaki 2 hari lagi sbelum ayah saudara ana yang paling rapat untuk ke gerbang perkahwinan. Esok, rombongan keluarga kami akan ke Kelantan bagi ke rumah pengantin muslimah. Rasa gembira melihat beliau nak walimah, cepat benar masa berlalu. Ayah saudara ana ni agak lambat berkahwin kerana menjaga nenek yang telah tua (sekarang nenek sudah meninggal dunia).

Alhamdulillah berkat doa semua dan kebaikannya menjaga nenek beliau dikurniakan seorang muslimah yang baik. semoga bahagia ke akhir hayat. Doakanlah ya!
Selamat pengantin baru kepada semua yang membina masjid pada cuti ini...ya Allah berikanlah kami zuriat yang menjadi penyejuk mata kami....amiin.

Happy Birthday my cousin


Hari ini ana nak wish SELAMAT HARI LAHIR pada sepupu ana yang akan menginjak usia 22. Nampaknya semakin bertambah usia, diharapkan semakin banyak amalan dan keinsafan dapat dcari.Ana juga nak ucapkan selamat hari lahir pada semua yang lahir pada tarikh 7 JUN ini...moga kalian semua mendapat rahmat Allah dan mencapai apa jua azam yang baik... yang penting sentiasalah kita mengingati bahawa semakin hari semakin kita menghampiri hari akhirat dan mati........

Selamat Pengantin baru ustazah!


Salam semua....ana doakan semuanya dalam keadaan sihat dan dinaungi Allah swt. Sempena cuti sekolah ni banyak pula kenduri kahwin. Semalam ustazah ana telah melangsungkan perkahwinan di kampungnya,Kuala Lipis. Selamat ya ustazh! moga kekal ke akhir hayat. Dikurniakan anak yang soleh dan solehah serta membina baitul muslim yang dirahmati Allah.

Walaupun tidak berkesempatan untuk pergi, ana sempat memberi sms ucap selamat pada ustazah. Pagi-pagi lagi dah bagi. Semoga lepas ni masih jadi penjaga kami lagi ya! Ya Allah, kurniakan kebahagian kepada pendidikku dalam pernikahannya di dunia dan akhirat.......amiin