perjuangan akhir di tapak ijazah

bismillah walhamdulillah wallahuakbar. selawat dan salam buat rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda.

Alhamdulillah, beberapa bulan yang lepas ana dan beberapa sahabat lain sudah pun bergelar mahasiswa tahun akhir malah lebih tepat lagi mahasiswa semester akhir di universiti.

menjadi sebahagian keluarga dalam tahun akhir sesebuah universiti luar negara apatah lagi mengambil jurusan agama bukanlah suatu hal yang mudah. banyak yang perlu dijalani    dengan sebaik mungkin. subjek semester ini berbaki 3 iaitu bahasa sepanyol, usl fiqh 3 an takhrij hadis wa ilmu rijal. ketiga-tiga subjek ini bukanlah mudah dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda untuk pecutan terakhir menaikkan pointer ke tahap yang dikehendaki setelah pointer jatuh merudum.

lebih menggusarkan lagi apabila memikirkan persoalan yang bakal ditanya oleh masyarakat kepada pelajar lepasan ijazah agama. al maklumlah sekarang di malaysia banyak juga soal agama yang kurang jelas.

yang pasti, perjuangan menuntut ilmu ana tidak akan berhenti hanya di ijazah. ingin mengorak langkah lebih jauh dan menuntut ilmu lebih mendalam ketika mengambil master pula. Goal sudah jelas, harap-harap bola yang ditendang akan masuk ke dalam gawang. amiin!

doakan ana dan sahabat-sahabat menjadi graduan pada bulan januari tahun hadapan ye. doakan kami dimudahkan urusan dan diberikan kefahaman dan kefaqihan dalam ilmu yang dipelajari.

:: robbi yassir wa la tu'assir ::

29 okt 2013. jordan. 7:27 malam.

right time, right place

asas yang tidak kukuh, bila disirami dengan ilmu bertimpa-timpa pastinya akan teguh jua. ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah, manakala amal tanpa ilmu itu lebih memburukkan keadaan manusia.

tidak semua manusia itu memperoleh kejayaan dalam hidupnya serentak dengan orang lain.kerana rezeki masing-masing berbeza. oleh itu, jangan mengetawakan orang lain ketika mereka jatuh pada waktu anda bangun kerana boleh jadi sebentar lagi anda akan jatuh ketika dia sudah bangun.

marahlah di tempat yang benar dan lebih menggalakkan memaafkan orang yang bersalah dengan kita. bukankah Allah swt sudah banyak memberikan kamu kemaafan dan jiwa yang tenang serta kegembiraan.


sirah nabi saw , jiwai dan hayati!

selawat dan salam buat rasulullah saw kekasih hati, buat keluarga dan sahabat baginda. para pejuang agama Allah yang jiwanya kuat dan kental dengan mehnah dunia. selamat sejahtera ke atas kalian!

kadang kala dalam menuntut ilmu sambil menyeru orang lain untuk mengislah diri, banyak di kalangan pendakwah kurang mengambil berat tentang sirah nabawiyah yang mereka bawakan kepada para mad'u. Belailah mad'u dan pendengar kata-kata kita dengan sirah yang benar serta naikkan semangat mereka dalam manisnya beribadah dan bertaubat kerana Allah.

usahlah menyebarkan perkara-perkara yang tidak jelas dan tidak benar kepada sesiapa pum. para ilmuan, agamawan dan para mufti sewajibnya mengeluarkan hukum islam, ijtihad dan perkara yang haq kepada segenap lapisan masyarakat; samada orang awam dan pemerintah. JAdilah ulama' akhirat, bukan ulama' dunia, wahai sahabat-sahabat sekalian.

kembali kepada soal sirah tadi, apabila sirah nabi kita gali..ana pasti, pelbagai masalah daie dapat diselesaikan jika mengikut contoh dan tauladan yang diberikan oleh nabi saw dan para sahabat. masya Allah! urusan ukhwah, urusan pentadbiran, urusan ibadah dan urusan berkaitan uslub dakwah.ambillah pengajaran, ibroh dan contoh dari kekasih kita nabi saw, bukankah di akhirat nanti kita bercita-cita untuk berkumpul bersama baginda.

:: gali sirah nabi, insafi diri, moga Allah beri kita hidayahNya selalu ::

wallahu'alam.

jordan.7.06 minit malam,29 okt 2013.