Jalan Dakwah itu sukar


Salam ukhwah semua. Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam dan setiap masa kita semua dilimpahi rahmatNya. Ada adik-adik muslimat ana bertanyakan soalan tentang dakwah. Kaku juga dibuatnya. DAKWAH. Satu perkataan yang sangat sinonim dengan Islam dan salah satu perkara yang jarang-jarang orang boleh istiqamah dengannya. Jalan dakwah itu sukar, kata ana setelah berfikir sejenak. Setiap kali usrah ana lebih menggalakkan anak-anak usrah banyak berikan pendapat supaya melatih mereka tidak malu bersuara lantang jika mahu menuntut sesuatu keadilan atau menegakkan agama Allah swt kelak. Alhamdulillah, ada yang sudah 'buka mulut' semester ini berbanding semester lepas.


Berbalik pada tajuk utama tentang dakwah, walaupun masih tak layak untuk membicarakan dengan details tentang dakwah (student kos dakwah lebih berhak mengulas). Andai jalan dakwah ini senang dan mudah, maka ramai lah yang ingin melaluinya. Jalan ini dicipta Allah swt penuh dengan onak duri, rintangan, kesdihan, tension, tapi di akhirnya ada sebuah kegembiraan menanti. Disana ibarat terbayar segala derita dan pengorbanan yang dicurahkan. Pada para pendakwah, tabahkan hatimu...bukankah Allah swt telah berfirman dalam surah ali 'imran ayat 139 yang bermaksud:


" dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman."


Selain itu Allah swt berpesan kepada para pendakwah dan pejuang agamaNya dalam surah ali 'imran ayat 142 yang bermaksud :


" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar."


Ayat di atas perlu di jadikan motivasi kita setiap hari bagi menambahkan amalan dan lebih bergiat di jalan dakwah ini. Ingatlah, tugas da'ie (pendakwah) bukan tertumpu kepada umat Islam yang mengambil jurusan agama sahaja tetapi ia tuntutan semua...man qola lailahaillallah wa huwa da'ie....Pada adik-adik yang setia bertanya, jangan ragu-ragu untuk terjun ke bidang ini, Allah swt menjanjikan ganjaran yang banyak di samping diri kita semakin tenang dan mendapat peluang berjumpa Allah swt di akhirat kelak dengan darjat yang tinggi.............amiin...

No comments:

Post a Comment