PRK kampus terakhir......

salam perjuangan semua. Dari pelusuk timur, barat, utara dan selatan dunia..di mana sahaja kalian para daie sekalian, moga sentiasa dalam rahmat Allah selalu! selawat dan salam buat junjungan besar nabi saw, keluarga serta sahabat baginda. Moga kitalah pewaris perjuangan mereka.

Di Jordan, pilihan raya kampus (PRK) tidaklah sehangat dan semeriah di Malaysia. Walaupun begitu, untuk PRK terakhir ini, hajatnya mahu memanaskan keadaan dengan kempen-kempen dan promosi calon-calon yang saya fikir layak untuk diketengahkan. Maaf, bukan hari ini untuk kempen sebab masa kempen akan bermula esok. In shaa Allah saya akan post kan kempen-kempen saya untuk mereka.

Selama 3 tahun mengutip ilmu di Malaysia, dan sekarang 2 tahun setengah berkelana di bumi Jordan, dan mungkin kembali ke tanah air untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi selama 2 tahun , pastinya saat-saat PRK adalah kenangan yang akan tersemat di hati. Di situlah medan bertempur, medan mengasah bakat, kuasa team work dan pelbagai praktikal lagi. Pernah mencalonkan orang, pernah dicalonkan, pernah menang kerusi dan itulah saat-saat indah bergelar mahasiswa. Adik-adik yang baru melangkah ke alam mahasiswa, selamat datang ke dunia indah ini. Kutiplah sebanyak-banyaknya pengalaman yang ada!

Sekarang merupakan waktu penarikan diri, jadi malam ini akan diumumkan calon-calon yang bertanding pada PRK kali ini. Debaran masih ada walaupun tidak sehebat ketika PRK di Malaysia dahulu. Adik-adik yang saya calonkan di kerusi masing dan menjadi saingan mereka tidak kurang hebatnya. Mereka punya kredebiliti masing-masing, punya karisma dan perwatakan yang mampu menarik para pengundi. Saya mengharapkan semua mahasiswa dapat turun untuk mengundi pada 20hb disember ini dan berkempen secara sihat untuk calon masing-masing.

:: selamat bertanding! ::

al-fatihah buat sahabat kita, NUR!

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar..

Minggu lepas bertepatannya hari selasa 3hb disember 2013, kami warga universiti digemparkan dengan berita salah seorang sahabat kami (warga jordan) telah dibunuh dengan tragis dan kejam. Beliau (almarhumah Nur) merupakan pelajar tahun tiga kuliah syariah dan juga pelajar pintar. Sumber mengatakan beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki bas telah dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya diletakkan ke dalam sebuah bas mafraq-zarqa'. Setelah 6 jam siasatan oleh pihak polis, maka seorang konduktor bas berusia 22 tahun ditahan oleh pihak polis kerana disyaki melakukan pembunuhan tersebut.

Pagi tadi, di hadapan kuliah syariah telah berhimpunnya hampir keseluruhan mahasiswa/siswi untuk melakukan solat ghaib untuk almarhumah. Sedikit ucapan telah diberikan oleh rois jamiah, rois kuliah dan wakil pelajar. Kempen-kempen kesedaran juga berlegar di sekitar jamiah.

~ selamat beradu dengan tenang sahabatku Nur! meskipun perkenalan denganmu singkat, namun ilmu yang diberi tidak pernah luput, in shaa Allah! ~

:: rest in peace! ::

== berhatti-hati semua walau di mana sahaja berada ==