raya di perantauan

assalamu'alaikum wrt.

Selawat dan salam buat junjungan besar rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda. Buat semua daie-daie dunia yang bertebaran menyebarkan risalah Allah di atas muka bumi ini, buat semua umat Islam di mana mereka berada, dan semua pembaca blog ana ini. Minta maaf kerana terlalu lama membiarkan blog ini kosong tanpa pengisian.

Perjuangan di bumi anbiya' belum selesai, boleh ana katakan ianya baru bermula. Ditambah dengan kesibukan berpersatuan dan perlunya fokus di dalam pelajaran, ana baru mengerti apa makna redha, pengorbanan, sabar dan taqarrub dengan Allah yang sebenar-benarnya.Sungguh! Di sini mengajar 'subjek' itu. Mungkin saja Allah mentakdirkan ana ke sini untuk belajar tentang kehidupan, belajar tentang Islam itu pada kaca mata yang lebih realistik.Allahu rabbi.

Di kesempatan ini, walaupun belum terlewat ana ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, kullu 'am wa antum bi khoir, maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri ini, kepada pembaca blog ini dan keluarga serta sahabat-sahabat seperjuangan. Jadikan aidilfitri ini pengerat kasih sayang kita sesama muslim. Doakan semaksima mungkin buat saudara-saudara kita di Syria, Burma, Palestin dan di mana jua yang tertindas oleh kezaliman. Moga Allah memenangkan orang-orang muslim di sana!

Semester baru bakal bermula insya Allah minggu hadapan. Ini bermakna ana perlu menghadapi 5 subjek yang kiranya tough juga. Doakan ye, sahabat-sahabat semoga semester ini akan lebih baik dari semester lepas! Pencinta ilmu takkan berhenti mencari ilmu walau dalam keadaan apa pun, seperti juga orang yang mencintai perjuangan takkan berhenti berjuang walau dalam apa pun situasi. Moga di kedua-dua jalan ini, kita sentiasa thabat (tetap).insya Allahu aminin.


~Tahun ini berhari raya bersama keluarga besar di kedutaan Malaysia di Jordan. walaupun sedikit tapi tetap ceria dan gembira. Student baru nak datang jadi kamilah pemnyambutnya....~