muslimah....




Salam semua muslimah di dunia ini...kelmarin ana telah beli satu buku yang bertajuk '1001 hal wanita dan Islam'. Walaupun belum dibaca tapi ana rasa ia berkaitan tentang permasalahan muslimah dan kebanggaannya dalam Islam. Teringat pada satu sms daripada seorang ukhti tentang muslimah, dalam mesej itu tertulis....kebanggan wanita menurut Islam ialah merahsiakan ibadahnya,memelihara kecantikannya dan auratnya, mentaati ibu bapa dan suaminya, serta memelihara mata dan hatinya.....


Muslimah itu tercipta dari tulang rusuk seorang adam. Wanita solehah itu apabila dia bernikah, pernikahannya itu dijadikan sebagai penghubung dengan Allah swt....

kontroversi pilihan raya kampus



Salam ukhwah semua...petang tadi ana kebetulan berjumpa dengan seorang ukhti (senior ana) yang menuntut di um, apa lagi...terus sahaja ana mengajukan persoalan pilihan raya kampus kepadanya. Pening juga ana mendengarnya, pelbagai konflik berlaku. Sepupu ana juga ada memberi sms tentang ke'celaruan' yang berlaku. Ketika itu dia sedang menyertai demonstrasi di um tentang keputusan pilihanraya kampus baru-baru ini.


Kebangkitan mahasiswa...itu sahaja yang boleh dikatakan tentang demonstrasi itu. Pihak2 tertentu harus mengambil perhatian dan peka dengan tindakan mahasiswa. Jangan hanya menyalahkan mahasiswa sahaja. Walaupun ana tiada di samping sahabat2 yang memperjuangkan keadilan dalam prk, tapi ana tetap support setiap tindakan mereka. Kampus perlukan perubahan!


Berjuanglah sahabat2....
~fair and justice.....=)~

program akan datang


Salam semua sahabat...amanah yang diberikan hujung semester lepas menuntut ana untuk lebih menghabiskan masa di luar. Banyak juga yang ana pelajari dalam menjalankan tanggungjawab ini antaranya ialah golongan remaja pada hari ini mesti lebih prihatin kepada setiap lapisan masyarakat. Baru-baru ini ana dan sahabat2 ada membuat lawatan di rumah kebajikan orang2 tua. Sedih rasanya melihat warga emas yang kurnag perhatian dan pembelaan dari orang ramai.

Pada semua sahabat2 yang dihormati...program ana untuk kampus yang akan datang akan diadakan pada 13 februari 2010...doakan kelancaran program ana... sesungguhnya Allah swt mengira setiap kebaikan walau sekecil zarah kan....

syair Imam Syafie yang hebat



Imam Syafie ialah seorang ilmuwan yang hebat. Beliau bersifat zuhud, tawadhuk dan sangat mencintai ilmu. Tanpa diketahui ramai Imam Syafie juga merupakan seorang penyair yang hebat. Walaupun beliau adalah dari susur galur Rasulullah saw, tetapi beliau adalah seorang yang sangat miskin (fakir). Tetapi oleh kerana beliau sangat baik ingatan dan luar biasa bijaksana, maka gurunya mengambil beliau menjadi pelajar secara percuma. Antara beberapa bait syair beliau ialah:


"aku mengadu kepada guruku (waki') tentang kesusahanku untuk menghafal,

lalu dia (guruku) menunjukkan aku kepada meninggalkan maksiat,
dan mengkhabarkan padaku bahawa ilmu itu cahaya,
dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada orang yang berbuat maksiat..."



Ana terasa terkesan juga bila mempelajari syair Imam Syafie ini. Mana tidaknya sebagai pelajar kita tidak dapat lari dari menghafal setiap pelajaran dan terlupa akannya..ia mungkin disebabkan dosa2 yang kita lakukan, paling tidak ilmu itu terlupa kerana kelalaian untuk mengingatinya...astaghfirullah...


salam 'alaik semua

Salam ukhwah semua..lama sudah blog ana ini 'tak bernafas'. Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan termasuk amanah2 yang sudah menimbun..alhamdulillah baru hari berkesempatan. Banyak sungguh perkara yang ana hendak kongsikan bersama di dalam blog ini. Sebulan yang lepas ini banyak sangat program yang ana ikuti antaranya program bersama muslimah kampus dalam modul bertajuk 'ana pejuang islam'. Program ini walaupun hanya sedikit yang menyertai tapi ana sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Kemudian diikuti pula dengan program karnival sukan, mesyuarat nisa', dan pelbagai lagi..memang sangat terisi masa ana untuk semester ini. Setakat ini ana terasa perjalanan program dan pelajaran masih lagi seimbang...alhamdulillah...


~ana terasa kekok pula untuk mula menulis~ =)

dakwah tahun baru


Salam ukhwah semua.asifah jiddan seminggu tak update blog ni. Ana doakan sahabat2 sekalian sihat dan sentiasa dipayungi maghfirah dan rahmat Allah swt. Selamat tahun baru semua...tahun baru masihi.Semalam ana dan sahabat-sahabat pergi mengedar risalah tahun baru di bandar. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, ana rasa teruja dapat mendekati para remaja yang berhibur untuk tahun baru..semuanya masih muda dan dalam usia lingkungan 13- 17 tahun. Aduh..sayangnya adik2 yang sepatutnya berada di rumah untuk persiapan ke sekolah boleh datang ke situ tanpa penjagaan ibu ayah.
Cintanya ana dan sahabat2 pada jalan dakwah ini. Pabila ana dekati mereka dan bertanya tentang mereka, ada yang kelihatan seperti tertarik pada kami. Ada juga yang mahu mengenali kami yang berada di jalan dakwah ini....tak kurang juga yang menolak untuk menerima risalah itu. Tapi kami semua tak berputus asa.
Kami pulang dari situ kira2 pukul 12 tengah malam. Ana tinggalkan remaja2 itu dengan harapan dan doa agar mereka tidak tersesat jauh. Semoga Allah swt memberikan mereka jalan. Lupa pula ana..semalam ada gerhana bulan.tapi semalam bulan indah benar.Subhanallah..Esok akan ada program lagi...doakan ana dan sahabat2 terus tetap dalam perjuangan ini walau apa pun yang terjadi..amiin....apa-apa pun selamat tahun baru.jangan lakukan perkara yang tak berfaedah ya.....dan umur kita pun bertambah....=)