BERSIH 3.0

assalamu'alaikum wrt. selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw habibati keluarga dan sahabat baginda.

28-4-2012 merakam 2 sejarah berbeza di Malaysia-Jordan..Di Malaysia, rakyat menuntut keadilan melalui BERSIH 3.0 duduk dan bantah. Pada sesiapa yang datang, ana ucapkan tahniah dan terima kasih berjuta-juta kerana menjayakan salah satu tuntutan kemanusiaan, iaitu keadilan dan kebersihan! Kalian memang hebat. Siapa kata himpunan sebegitu merugikan ekonomi, lihat sahaja betapa ramai yang mengunjungi gerai makan, dan tempat-tempat berjual pada hari semalam. Sesungguhnya pemimpin harus melihat sendiri betapa rakyat sudah muak dan jauh hati untuk melihat kebobrokan yang berlaku di hadapan mata mereka. Buat semua yang cedera, masuk hospital dan ditahan...ana doakan segera sembuh dan semangat tetap membara untuk menyertai BERSIH 4.0 pula (kalau ada).Hidup BERSIH 3.0...


~we never stop fighting for justice!~

Di Jordan, pelajar-pelajar Malaysia telah duduk dan bincang dalam AGM (annual Grand Meeting) untuk membahaskan pelbagai perkara dalam perlembagaan di samping pengumuman keputusan pilihan raya kampus yang baru diadakan. Alhamdulillah, pelbagai kelompangan dapat diatasi dan ditutupi. Atas dasar keadilan juga, kami (urusetia) berjaya menghadirkan 2/3 ahli untuk menggubal perlembagaan yang ada. Ana percaya, mahasiswa yang belajar agama, bukan sekadar akan pandai membaca kitab tapi membaca perlembagaan dan menjadi pemimpin yang disegani, profesional dan realistik.

~kini kita ketandusan anak muda kritis seperti Sultan al fateh dan anak muda yang strategis seperti salahuddin al ayubbi, di mana antum???~