bukit gantang...ana mendoakanmu..


ohhh...bukit gantang yang dirindui,maafkan ana yang tak dapat turun ke sana berkempen! hanya doa yang dapat dikirim sebanyak-banyaknya.....bukit gantang ada sejarahnya dengan ana..tempat ana menuntut ilmu di sekolah rendah...wah!ana doakan yb nizar dapat menawan bukit gantang dengan penuh gemilang...pastikan bukit gantang sentiasa dinaungi rahmat oleh Allah swt....

wahai penduduk langit dan bumi ana menyeru pada sekalian makhluk supaya berdoalah pada tuhan yang Maha Besar dan Maha Kuat, moga2 kemenangan berpihak pada yang benar dan kezaliman dapat ditumbangkan....ya Rabbul 'Izzati...tolonglah hamba-hambamu yang menegakkan kalimahmu di muka bumi ini...kami semua sangat-sangat merindui suasana damai kesan tarbiyyah Islam yang syumul...

akan bergema dan bertakbirlah seluruh alam dengan suara memujiMu apabila kemenangan berpihak kepada kami...ALLAUAKBAR!!!akan kami jadi seperti khalifah Umar al-Khattab dalam menjalankan agamaMu, akan kami setulus Khalifah Abu Bakr dalam melakukan sunnah rasulMu, dan akan kami jadikan tapak kemenangan ini permulaan untuk membuktikan Islam masih lagi utuh!!!!

ud 'uni astajib lakum.........

tak MENGERTI


Ana benar-benar tak mengerti tentang pandangan banyak pihak tentang politik. Mereka mengutarakan sesuatu perkara berdasarkan emosi dan mengkritik membuta tuli. Politik Islam di Malaysia ni dah nak bermula jadi tolonglah kepada siapa-siapa pun jangan menghalang penubuhannya. Kenapa ya kita selalu mengusutkan minda dengan statement yang meragukan orang lain menyokong politik Islam??sudah hilangkah rasa cinta pada perjuangan Islam sehingga kita berani mendedahkan keburukan sendiri?sudah hebatkah kita apabila jadi pimpinan tertinggi sebuah organisasi??

apa salahnya jika kita buka aib sendiri dalam kalngan sendiri sahaja..ana merindui saat-saat pimpinan yang luhur dan berkepimpinan bukan sahaja boleh lantang bersuara tetapi punya akal yang cekap dan kehadapan...kadang-kadang ana rasa bosan membaca aib yang diluahkan oleh pimpinan yang rasanya tidak sayang lagi pada ukhwah,jihad dan perjuangan..maaf!hari ini ana benar-benar kecewa dengan seseorang yang menjadi sanjungan ana selama ini...rasa risau dan cemas apabila dia tidak lagi menghiraukan perasaan orang lain dan memilih membuka pekung di dada...

ana langsung tak mengerti...semoga Allah swt menunjuki jalan balik kepadanya dan mengampuni setiap dosanya...

ASIFAH JIDDAN!


Ana nak mintak maaf sangat2 pada sahabat2....ana dah lama tak tulis blog..asifah especially untuk Hidayah dan rakan seperjuangan ana dalam jemaah... agak sibuk dengan final exam..hmm, macam-macam nak buat!nota banyak lagi tak baca...doakan ana ye sahabat2..sama2 dapat result yang bagus.

Buat ukhti ku aisyah yang sangat ana rindui, teruskan perjuangan dan jangan sedih2..Allah mengujimu!bila kita nak berukhwah lagi ye?rasa sungguh tenang mendengar ilmu dari akak..sahabat kem bina insan yang ana kasihi, tak sabar rasenya nak berprogram dengan adik2 ni...minggu depan serentak dengan final ana berjuang dengan dua perkara penting untuk agama dan perjuangan.

Doakan ana berjaya atas kedua-duanya...ana takkan kecewakan umi, abah, Islam dan pensyarah.....grab two things!!!

ana mahu jadi srikandi umar



Baru-baru ini ana singgah di perpustakaan, sengaja mengosongkan minda untuk menelaah. Ana sangat suka pada khalifah kedua Islam, saidina umar...banyak hadis tentang umar antaranya yang ana suka ialah :

diriwayatkan dr said ibnu al-musayyab
bahwa abu hurairah ra berkata:ketika kami berada di sisi rasulullah,tiba-tiba beliau berkata:

"sewaktu aku tidur aku bermimpi seolah-olah aku berada di syurga, kemudian aku melihat seorang wanita berwudhu' di tepi sebuah istana maka aku bertanya, "milik siapa istana ini". mereka menjawab,"milik umar". maka aku tringatkan kecemburuan umar,segera aku menjauhi istana itu. "

Umar menangis dan berkata ,"demi Allah mana mungkin aku cemburu padamu ya rasulullah"..
Begitulah sikap dan peribadi saidina umar ya
ng ana kagumi. Walaupun sikapnya kasar tetapi pabila berhadapan dengan Allah dan rasulullah teru sahaja lembut hatinya, mudah sahaja air matanya keluar.

Hadis kedua berkaitan dengan beliau ialah
Imam ahmad berkata: waqi' telah menyatakan kepada kami dari sufyan dari khalid al-hadzdza' dr abi qilabah dr anas ia berkata bhawa rasulullah saw bersabda:

"orang yang paling penyayang di antara umatku ialah abu bakar, orang yang paling tegas terhadap agama Allah ialah umar, yang paling pemalu ialah usthman yg paling mengetahui halal dan haram adalah muaz bin jabal,yang paling menghafal tentang al quran ialah Ubay dan yang paling mengetahui tentang ilmu waris adalah zaid bin tsabit. setiap umat mempunyai seorang yang terpercaya dan orang yang terpercaya di kalangan umatku ialah abu ubaidah al jarrah..."

riwayat at-tirmidzi,an nasaie dan ibnu majah.hadis ini hasan sahih...

saidina umar mempunyai pelbagai kolehsi pengalamn dan kisah bersama rakyatnya.beliau sangat dekat dengan hati rakyatnya dan sentiasa mengasihi rakyatnya..tiada yang dibiarkan kelaparan dan kesedihan.tetapi jika dibandingkan sekarang kenapa pemerintah semakin alpa dengn kemewahan dunia dan lupa dengan tanggungjawab mereka.ramai yang kelaparan dan miskin padahal hidup mereka sebagai pemerintah dilimpahi kesenangan. Moga Allah mencela pemimpin yang zalim dan mengabaikan rakyat...renungkanlah....

kem bina insan dan final exam


salam ukhwah dan fisabilillah seperti biasa.....kebelakangan ini sibuk study sebab final exam dah mula nak menjengah tarikhnya.ana rasa sedikit risau lantaran banyak lagi buku tak di telaah..subjek juga agak mencabar dan kefahaman sangat2 perlu dalam semester ini..tapi alhamdulillah ana akan score exam ni betul2!chaiyok!!

walaupun sibuk study gerak kerja tetap tak lupa dan masih berjalan. Alhamdulillah sangat apabila program datang bertalu-talu nanti.tak sabar ana nak habiskan semester ni , cadangnya nak berprogram dengan sahabat rapat ana Ismalina dan ukht qasrin sampai akhir bulan 4 ni...wah, sangat seronok..kem bina insan di sekolah lama ana juga menjemput ana dan sahabat seperjuangan (mastura,masyitah mahfudzah & lain2) untuk jadi fasi..hmm..x sabar ana nak menghirup semula haruman biah solehah yang tercetus di kem itu nanti. Pasti banyak brainstorming yang akan diadakan...wangian ukhwah pun mula bertebaran...

Buat ukhti-ukhti kesayangan ana kak aisyah(gamis), kak muna (gamis), kak rafidah (muslimat power3x), dan kak syahida..ana merindui ukhti semua lantaran ukhwah kerana Allah taala...selamat berjuang ukhtiku! walau kita berada di lapangan berbeza tapi sebenarnya kita sentiasa bersama..

kepada adik2 kem bina insan...tunggu kami untuk menggempur minda antum semua!!! =)

RASULULLAH....




Sedarkah kita semua sudah berapa tahun rasulullah saw telah meninggalkan kita?sudah sangat lama...tetapi roh2 perjuangan Islam bertebaran di seluruh pelusuk dunia sehinggalah dapat kepada kita yang berada di ceruk asia tenggara ni..Ya Rasulullah, umat Islam kini terumbang-ambing dibuai angin ribut modenisasi dan Islam yang berpecah belah...kami merinduimu wahai kekasih Allah!




sudahkah antum semua melihat cerita Muhammad saw utusan terakhir? ana dan sahabat beberapa kali menitik air mata melihat cerita itu..melihat pengorbanan rasulullah yang tidak boleh dihitung;kesakitan,penghinaan,dan segala bentuk ancaman yang diterima baginda..yang paling menyedihkan ana ketika rasulullah berperang di medan uhud..selepas terkena besi tertusuk di pipi, baginda terjatuh di dalam lubang yang diperbuat oleh tentera musyrikin,setelah itu baginda mendengar pula kesyahidan saidina hamzah...




Kewafatan rasulullah saw juga melenyapkan semua kegembiraan umat Islam....tahukah kita yang Rasulullah saw sangat merindui umatnya yang belum pernah baginda ketemu? adakah kita juga begitu? kalau rasulullah saw sanggup berlapar supaya umatnya tidak dihimpit kelaparan, adakah kita boleh berlapar dari memakan makanan yang haram? jika rasulullah saw sanggup bersusah payah menyebarkan Islam,adakah kita juga sanggup?mari kita bertanya pada diri adakah kita telah sempurna mencintai rasulullah saw lebih dari diri kita sendiri ?




adakah kita sudah khatam tentang sejarah hidup rasulullah saw terutamanya kisah-kisah perjuangan mengangkat Islam ke tahap tertinggi..?wahai para pejuang Islam, mari kita selak kembali lembaran sejarah junjungan mulia yang telah lama kita tinggalkan kerana kita lebih interested dengan buku-buku karangan orang-orang barat yang menciplak idea2 suci timur.sangat menyesakkan minda apabila melihat mereka bermegah-megah dengan karya agung Islam,huh!




selamat menyambut maulidur rasul kepada semua....banyakkan berselawat....rindu dan cinta kita kepada rasulullah saw akan membawa kita kepada pertemuan yang sangat indah di akhirat kelak...insya Allah hu aminin......RASULULLAH HABIBI QALBI...

semoga Allah swt mengampuni kita......


Malaysia yang kita duduki sekarang ini merupakan tempat yang boleh kira aman tapi sebenarnya tak aman...sentiasa di bawah kemurkaan Allah swt..nauzubillah..banyak nya dosa-dosa kita yang menjadi punca kemurkaan Allah swt. ampuni dosaku dan seluruh umat manusia di Malaysia ni. Ana pernah bermimpi banyak kecelakaan menimpa negaraku ini,agaknya mungkin disebabkan dari sikap kita yang menjadikan maksiat sebagai pakaian,korupsi dan penyelewengan sebagai satu rutin, pengkhianatan amanah yang diberi berleluasa dan sunnah rasulullah saw sebagai mainan...


marilah kita insafkan diri dan memperbaharui taubat yang semakin tipis bertapak di hati..genggamlah semula segala rasa taqwa di hati, hidupkan lah malam2 dengan zikir cinta dan tahajud kasih kepada Allah swt dan jadikan diri kita hamba yang diredhai dan dinaungi rahmatNya...bersihkan akal sucikan jiwa untuk kita menemui tuhan rabbul izzati nanti.Adakah kita mahu diri kotor penuh dosa ini berhadapan dengan Allah Maha Suci?alangkah hina dan jijiknya kita di pandanganNya.


wahai pemimpin2 kami....janganlah dibiarkan kami ketandusan agama Islam di negara Malaysia ini lagi...hapuskan segala kezaliman, ketidak adilan dan kerakusan mencari harta dunia.kita akan pulang....akan pulang...akan pulang.....ke tempat asal..ingatlah....

SELAMAT HARI LAHIR..ABAH!


Ana bertuah dikurniakan dengan seorang ayah yang sentiasa menyokong perjuangan ana dalam Islam. selamat hari lahir,bah!anak-anakmu sentiasa mendoakanmu...semoga panjang umur, murah rezeki, dirahmati Allah dan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat...


kepada sesiapa yang lahir pada tarikh 7 mac ,ana ucapkan juge selamat hari lahir...semakin bertambah umur moga2 bertambah juga keimanan dan pahala...


syukran kathir abah kerana sentiasa melorongkan anakmu ke jalan perjuangan islam.......


(n_n)

PPSMI DAN KEKECEWAAN


Ana pergi ke ceramah ppsmi dan demo bantah ppsmi..hmm...ana rasa seronok tapi agak kecewa degan sikap tidak perikemanusiaan sesetengah pihak sewaktu demo berlangsung. Nak buat demo tentang pertahankan bahasa pun kena juga pemedih mata...tak relevan langsung! kenapa nak sangat buat tindakan biadap tu??? ana tak faham dengan mereka yang hidup dengan ketidak adilan dan kerakusan...


Tak terfikir ke, PPSMI ni bukan ada kebaikan yang banyak pun. ana geram sangat2 tentang perkara yng menjadi saluran penjajah masuk kembali menguasai Malaysia ni...memang le mule2 nak guna dalam pelajaran ,lepas tu guna dalam percakapan harian, lepas tu apa lagi??cukuplah saluran hiburan yang lagha dan boleh menghitamkan hati umat Islam...bahasa Melayu ni dululah yang menjadi bhasa pengantar di tanah melayu mase Islam tersebar, so apa yang malu sangat nak guna dalam belajar....orang jepun pun pakai bahasa sendiri dalam belajar sains dan matematik tapi diorang lebih maju dari kita...


Hari ni ana sedih dan marah dengan banyak perkara.Pertama, ana sedih sebab tak dapat ikut program yang leturer harap ana dan sahabat2 dan pergi. Terlalu kecewa ana sebab menghampakannya. Kedua, ana tak dapat nak ikut program luar kegemaran ana petang tadi; berhalaqah bersama dengan ukhti2 dan sahabat2 seperjuangan demi membincangkan amanah agama..dalam perjalanan balik rumah tadi menitis juga air mata ana...Ketiga, tentang PPSMI ni la...geram betul...