ahlan wasahlan ya ramadhan...





salam 'alaik semua ansorullah..buat pencari cinta dan kasih sayang Allah swt, nah! ini adalah bulan paling ideal untuk melafazkan dan mencari cintaNya secara menyeluruh...Islam ada menyediakan qiamulail cinta, bacaan ayat quran, solat sunat berlebihan, dan zikir secara menyeluruh dalam setiap hari....selamat datang buat ramadhan yang dirindui, bersyukur rasanya dapat berjumpa lagi.




Teringat pula pada sahabat ana yang telah pulang ke rahmatullah pada bulan ramadhan..sedih dan gembira, dua perasaan bercampur..sedih kerana dia merupakan seorang yang sangat baik dan taat akan ajaran agama..gembira kerana dia diambil tuhan dalam keadaan yang baik, dalam bulan yang baik, dan ana rasakan dia dalam keadaan bersedia..subhanallah!




apa-apa pun selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh barakah...pertingkat amalan dan jaga kesihatan supaya dapat menjalani ibadah dengan sebaiknya...

CINTA MUSIBAH!!

Salam 'alaik semua..moga-moga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah swt..ana sibuk sangat sejak pulang dari KL hari tu..ada ujian dan aktiviti persatuan, di samping berjuang..beberapa hari lepas ada muzakarah individu yang ana dan sahabat buat sehingga pukul 12 malam juga lah. wah! ana rasa muzakarah yang sangat membina dan dapat disimpulkan bahawa setiap manusia tak lepas dari masalah dan kesalahan..oleh itu teguran dan nasihat haruslah dijadikan makanan harian supaya kesilapan tidak dilakukan..
Sejak akhir2 ini juga ana rasa sedih yang teramat kerana beberapa sahabat ana yang terlalai dek cinta. Ada juga muslimin yang bertanya ana tentang cinta lantas ana menjawab "pentingkan cinta Allah dahulu kerana jika cinta manusia hilang,ia akan ada ganti tapi di saat cinta dan kasih makin hilang tiada tuhan selainNYA..." ingatlah sahabat semua..adakah kita sanggup mengabaikan kasih Allah yang tak bertepi demi meraih cinta manusia yang tak seberapa?? Penting sangatkah menghargai manusia yang mengarahkan diri kita ke arah dosa??
Kerana cinta yang tak terbatas dan melanggar syariat Islam, kita lihat pelbagai masalah yang semakin memburuk contohnya kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi, pengguguran janin, dan penzinaan yang sangat membimbangkan! anak2 yang lahir itu bukan berdosa tapi ibu bapa mereka yang bersalah...astaghfirullah!!! Tolonglah sahabat sekalian, ana berpesan pada diri ana juga..jika tidak dapat menahan cinta itu maka kahwinlah...ada jalan yang halal disarankan agama...
ana tersangat sedih apabila melihat sahabat sendiri hanyut dek penangan cinta yang berlatarkan hanya nama persahabatan pada mulanya..bersahabat tidak salah, menyukai orang juga tidak salah tetapi jika melanggar panduan agama itu sangat salah...takut sangatkah jika orang yang kita suka akan benci pada kita kerana kita memilih untuk meraih cinta Allah swt? usah takut atau sedih...la tahzan! Allah swt akan gantikan yang lebih baik dan Allah swt akan memegang dan memandu kita ke jalan yang baik serta terpelihara...berdoalah kepada Allah swt, seseungguhnya Dia akan kabulkan...
"ya Allah..jika dia itu memang jodohku maka dekatkan lah hatiku dan dia dalam jalan dan redha Mu....tapi jika dia bukan jodohku maka jauhkan dia dariku sejauh mungkin sehingga aku terlepas dari cengkaman kelalaian cinta...jika tiada jodohku di dunia ini, maka berikanlah aku jodoh di akhirat dan peliharakan aku di dunia ini dari segala kejahatan serta kemaksiatan...."

episod ukhwah (gambar)


gambar-gambar ukhwah yang sempat di ambil.....





ukhti2 ku yang comel...=)



rupanya terlalu indah ukhwah itu....

salam 'alaik semua ukhti,akh dmedan perjuangan....indah benar semalam dan kelmarin..tak tersangka Allah swt yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan ana kesempatan untuk berukhwah dan berhalaqah bersama ukhti Muna, ukhti Rafidah, ukhti Syahida,ukhti Aini, ukhti Hayati, ukhti syuhada,ukhti iman dan ramai lagi...... sebenarnya ana terlalu merindui mereka yang sentiasa mengingatkan ana ketika lupa, membuat sedih jadi gembira, dan membuat ana jadi kuat tika lemah...alangkah indahnya ukhwah kerana Allah,tak terungkap oleh kata-kata...menitis jugalah air mata bila nak berpisah dengan mereka, subhanallah!

Semalam ana berkata pada ukhti Muna perlahan, "kak, kalau ana meninggal selepas ini, saya harap akak datang lah iring saya.." Ana rasa macam tak mahu lepaskan hari semalam, bagi ana walau baru beberapa kali jumpa ukhti-ukhti tu tapi bagai ada tali-tali penyatuan hati dan fikiran yang meliliti kami....ana juga tak sanggup untuk berpisah dengan ukhti Rafidah( dan 'Rafi'nya..hehe)..pada ukhti Aini syukran kathir ya (tentang baju yang ada aura kepimpinan tu)! Walau cuma beberapa minit yang dapat diluangkan tapi ana rasa gembira dan terubat rindu..

Ana, ukhti Qasrin, ukhti akmal, uhkti atiqah, ukhti aminah dan ukhti aisyah juga dapat berhalaqah bersama ukhti-ukhti kami yang ana rasa apabila duduk bersama mereka terasa lupa semua perkara melainkan perjuangan..bagaimana pula ya jika berhalaqah bersama Rasulullah saw,pasti lebih indah dan hebat, bukan? Allahuakbar.......tuhan, pertemukan kami lagi..tidak kira dimedan juang atau dimedan apapun...demiMu ya Allah aku mahu berjuang dan berkorban bersama mereka...

~semasa menulis post ini mutiara putih gugur jua...~

kematian yang datang menjemput.....



Salam ukhwah, salam perjuangan...hari ini hujan agak lebat,mungkin hujan rahmat yang Allah swt turunkan untuk menyuburi bumi yang indah ini..Sejak akhir-akhir ini ana perasan yang banyak siri-siri kematian yang mengejut berlaku..kadang2 bila berfikir rasa takut dan kerdil...alhamdulillah, itulah yang sepatutnya..hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa terkejutnya ana dan sahabat2 tadi bila mendengar khabar sedih tentang pemergian ust Asri (rabbani) kerana serangan sakit jantung... al fatihah dan Takziah diucapkan kepada keluarga beliau..ana masih ingat lagi sewaktu kemunculan awal beliau, banyak lagu2 nasyid yang menyentuh hati didendangkan beliau...Ya Allah, takdirkan ana dan sahabat2 mati dalam perjuangan menegakkan agamaMU...kami mahu mati dalam husnul khatimah...

Dahulu ahli kumpulan hijjaz dan raihan yang telah pulang ke rahmatullah..semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang Kau kasihi dan diberi naungan, sesungguhnya mereka telah berdakwah kepada sekian ramai manusia tentang agamaMU...kepada diri ini sentiasalah kita berpesan supaya menambahkan amal, menghindarkan dosa dan sentiasa bermuhasabah diri...sesungguhnya mati itu datang menjemput makhluk tidak mengira tempat, masa dan siapa....kalau mengingatkan hal kematian ini, ana teringat akan Rasulullah saw, almarhum ust Fadzil noor, dan sahabat ana yang telah lama meinggalkan dunia ini..pasti sekarang mereka bersenang-lenang mendapat kurnia dari Allah swt...akan sentiasa mendoakan mereka...........Allahuakbar.....!

subuh yang hening buat sang pejuang....




salam ukhwah, salam 'alaik kepada semua..hm, tapi bukan salam satu malaysia..=)..kampus ana dah dibuka semalam selepas ditutup buat sementara kerana H1N1, tapi kami di sini masih perlu pakai mask untuk langkah berjaga-jaga..alhamdulillah semua sahabat ana di sini sihat kecuali ukhti Aminah, muslimah hebat (wah, sempat lagi ana memuji).. ukhti aminah tak pulang lagi ke kampus,mungkin ada sisa demam lagi kot.



Semalam ana sungguh terharu bila berjumpa sahabat dalam usrah.Rindu benar ana pada mereka,al maklumlah bila sudah lama tak bergerak kerja bersama....ana harap anak-anak usrah ana akan buat yang terbaik,buat gerak kerja dan seterusnya dapat mengikat tali ukhwah lebih erat lagi....anak-anak usrah ana hanya tiga orang; ustazah syakira, ustazah afiqah, dan ustazah nurul ain...insya Allah mereka bakal menjadi da'i yang akan membimbing masyarakat kelak....amiin. =)

Erti subuh yang hening buat sang pejuang adalah menunaikan qiamullail dan menghidupkan dengan zikir, bacaan quran dan lain2 ibadah. Jika tidak sedikit demi sedikit halawatul iman mereka akan terhakis, begitu juga dengan gerak kerja dan tarbiyah..jika diri tidak diisikan dengan perkara tersebut,hati mungkin akan mati.. Di subuh yang hening lah kita berpeluang melepaskan rindu dan cinta kepada kekasih nombor satu kita, Allahu Rabbi..kita dapat merintih memohon ampun, mengadu hati yang semakin kotor kerna debu dunia, dan mencari secebis sakinah di tengah kesibukan kehidupan yang penuh maksiat dan noda. Kata-kata orang sufi merintih pada Allah swt.


"hambaMu ini datang padaMu, tuntunlah kami kemana pergi, aku tersesat di jalan ini, tak tahu lagi arah kembali, sudilah Engkau mahu peduli...."

Betapa meruntun jiwa bila mendengarkan alunan kata2 ini..memang bertepatan dengan diri ini yang semakin menjauh dari Allah swt dan sentiasa disaluti dengan dosa......

Ya Allah, yang Maha Mengetahui hati ini yang tak akan berpaling dariMu...tetapkanlah aku dalam agamaMu...seandainya aku jauh, sedarkanlah aku..............aku tak sanggup berjauhan denganMu.....cinta hatiku, ya Khudaiyya...
p/s:mari kita semua sedekahkan al fatihah buat allahyarham ayah kepada ukhti rafidah jannah salleh GAMIS yang telah kembali ke rahmatullah semalam...semoga rohnya dicucuri rahmat..Jasa beliau yang mendidik srikandi Islam seperti ukhti rafidah takkan dilupakan...

sebulan yang pelbagai...




salam ukhwah pada sekalian sahabat yang dikasihi..........sebulan lamanya ana tak buat new post,asifah jiddan! sebenarnya laptop ana bermasalah sampai tak boleh buka pula..tapi alhamdulillah dah ok sekarang..banyak jugak lah peristiwa yang ana nak rakamkan sebulan ni tapi tak kesampaian.

Di kampus ana dah merebak H1N1 jadi dapatlah ana dan sahabat2 balik sampai ahad ni..sedih betul bila kuliah tertunda. Lepas ni pasti banyak kelas ganti dan program makin menambah..Allahuakbar...agak letih bila fikir..beberapa hari lepas ada demonstrasi mansuhkan ISA dan konsert antara dunia (KAD)...yang sedihnya kedua-dua program yang ana nak s
angat pergi tak dapat ana sertai, rasa terkilan pun ada. Tapi khabarnya dua2 memang hebat...syabas! Mahasiswa penggerak negara,pengubah negara....tahniah buat GAMIS yang bertungkus lumus dalam menjayakan KAD...jika dengar dari sahabat2 yang pergi memang sambutan sangat menggalakkan...

Demonstrasi ISA tu dah biasa sangat dengan pihak2 yang mengganas macam orang tak waras dan tak berperasaan...ana sangat berbangga dengan sesiapa yang pergi ke demo tu..especially mahasiswa. Masa depan negara di tangan mahasiswa, jadi mereka berhak mencorakkan hala tuju negara..wah! sesiapa yang pergi bukan pelampau, bukan teroris, dan bukan pembangkang....tapi mereka penegak keadilan,pejuang kebenaran....... ISA jika tak disalah
guna tak mengapa,tapi sekarang ia dijadikan alat untuk menutup semua al -haq....

Jihad menuju kejayaan......salam perjuangan seharum kasturi....membelai hati sang pencin
ta kebenaran........