ILMFEST 2015

Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda serta semua daie yang bertebaran di atas muka bumi ini. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh Allah swt setiap masa.






Hujung minggu baru-baru ini alhamdulillah saya dan 4 sahabat serumah dapat peluang untuk ke ILMFEST, festival ilmu tahun 2015. Program ini diadakan setiap tahun dan alhamdulillah sekali lagi Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah. Program yang menghimpunkan ramai syeikh2 dan agamawan profesional dari luar negara, khususnya di UK, Kanada, USA dan lain-lain.


Tahun ini bertemakan '' Hopeful heart : optimism in the time of tribulation '' menjadikan festival ilmu kali ini sangat menarik. Seperti mana kita ketahui bahawa negara kita menerima ujian Allah swt seperti kehilangan kapal terbang MH370, kapal terbang ditembak, banjir di Kelantan, isu sosial yang meningkat, GST yang membebankan rakyat, dan banyak lagi isu lain (banyak sangat sampai x tertulis).





Talk pembukaan oleh Sheikh Waleed Basyouni bertajuk "Be successful, be blissful" nyata membuatkan saya terkesan. Dan saya tahu saya tak akan tidur dalam setiap talk yang lain kerana ia sangat penting. Talk beliau sekali lagi pula bertajuk "Optimism from the believer's soul" mengakhiri hari terakhir program. Kemudian giliran sheikh Navaid Aziz menghuraikan tentang tajuk '' Positivity: A quality of the people of paradise. Bergenang air mata. kata-kata beliau menampar-nampar gegendang telinga. Begitu juga speakers lain yang mengupas tajuk2 yang diberi. Alhamdulillah, ada ilmu baru, kenalan baru dan kesedaran baru.




Antara speakers lain yang datang dan tajuk2 talk mereka:


Sheikh Abu Eesa Niamatullah (strength in sadness)
Sheikh Abdulbary Yahya (how long can you be patient)
Sheikh Mohammed Faqih (happiness is forever)
Dr. Abdullah H. Quick (not the first believers to be tested, not the last)
Ustadha Yasmin Mogahed (du'a : the miracle in your palms, i want to repent, but...)
Dr. Reda Bedeir (Never say never)
Sheikh Yahya Adel Ibrahim (Too blessed to be stressed, the Messenger of hope)
Sheikh Yasir Qadhi (every rose has thorns, the parable of light)
Sheikh Saad Tasleem (patience befitting a queen of Jannah)
Sheikh Omar Suleiman (knowing Allah is liberation)
Sheikh Ahsan Hanif (from egypt, with optimism)
Sheikh Kamal el Mekki (the blessed Prophet alive in our hearts)

Host by :

Boona Mohammad (tabik untuk beliau sebab buatkan audience segar mata)
Amar Razali

May Allah grant them and us Jannatul Firdaus, in shaa Allah!

..................Hadir......................

Mati.

Jodoh.

Keduanya hadir tanpa kita ketahui bila, di mana, bagaimana, dan siapa. Namun, kita perlu bersedia dengan bekal yang cukup. Umpamanya mahu mengembara dan bermusafir di tempat yang jauh. Ia datang tepat pada waktunya dalam rencana Allah swt. Keduanya indah andai dihalakan terus pada mardhatillah yakni mencapai redha Allah swt.

              Hamba yang bersedia dengan kelengkapan yang cukup bersikap lain dari yang belum bersedia. Dalam hal jodoh misalnya kadangkala kita selalu menyatakan dan bertanya:-


" kenapa aku yang dah belajar hal rumah tangga sampai habis ni tak sampai-sampai jodohnya?"

" Adik junior aku ramai dah kahwin padahal mereka lebih muda dari aku, sepatutnya aku yang kahwin dulu!"

" aku yang dah ada calon ni tak kahwin-kahwin lagi tapi kawan aku yang tak de calon tiba-tiba je kahwin minggu depan,"

            See. Banyak kan kata-kata sebegini yang kita selalu dengar. Ramai yang rasa pandangannya lebih benar daripada ketentuan Allah. Tak semestinya bila dah habis beljar ilmu rumah tangga, kita boleh dinobatkan layak berkahwin, begitu juga melihat dari usia seseorang itu bukan kayu ukur dalam menentukan jodohnya dah sampai ke belum. Sama juga dengan situasi ada calon atau belum. Seseorang yang tiada calon tidak semestinya kahwin lambat manakala yang sudah mempunyai calon akan kahwin lebih awal.


Post ini bukan mahu memarahi, tapi menegur.

Dalam hal tentang mati pula, kita akan biasa dengar :-


"kenapa dia ni meninggal elok je, tapi perangai dia teruk waktu hidup? ish!" (dialog ini tak sepatutnya diucapkan okay.)

" rilekslah kita masih muda lagi, tua nanti taubatlah. mati kan lambat lagi,"

           
 See. Berapa ramai yang selalu cakap macam ni, kan? Pengadilan Allah swt adalah sebaik-baiknya. Tidak semestinya seseorang yang teruk tu, setiap masa dia begitu. Entah2 di belakang mu dia sentiasa memohon taubat dan keampunan dr Allah swt. Begitu juga situasi anak muda (orang tua yang perasan muda pun sama...) sekarang yang beranggapan mati itu hanya pada hari tua mereka sahaja. Sedangkan mati tidak mengenal orang itu tua, muda, bayi, kanak-kanak atau berapa umurnya.


               Biarpun mati itu pasti, Islam tidak pernah mengajar ummatnya untuk berputus asa dalam kehidupan. Ia tetap perlu dijalani dengan sebaik-baiknya untuk menunjukkan rasa syukur kita pada Allah swt yang telah memberi peluang kehidupan di atas bumi ini. Alhamdulillah, smile. ^_^

Berpautlah pada janjiNya dalam hal jodoh : Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.*(1)   Perbaiki diri menjadi yang baik untuk mendapatkan yang baik.

Berpeganglah pada janjiNya dalam hal mati : Sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul Nya, akan ditemptkn bersama orang yang diurniakan nikmat oleh Allah swt. * (2) Kerah lah diri untuk menjadi yang terbaik di pandangan Allah, sucikan hati dan ikhlaslah!


*(1) surah an nur: ayat 26
*(2) surah an nisa' : ayat 69

Wallahu'alam.~

SeLaMaT hArI iBu 2015!

Salam 'alaik semua!

Sebagai mana yang kita ketahui, hari ini merupakan Hari Ibu tahun 2015. ^_^



 Namun, Hari Ibu yang disambut setiap tahun pastinya hambar jika kita hanya memeriahkannya pada hari ini sahaja. Ia tidak lebih sekadar memperingati ibu di kampung yang menunggu kepulangan anaknya (yang tak balik-balik dah bertahun2 dengan alasan busy..!).

Surah Luqman ayat 14 menyatakan :



Maksudnya:- Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Demikianlah kewajipan yang dituntut dalam menghayati erti sebenar Hari Ibu yang kita sambut setiap tahun. Okay, selain kita berbuat baik dan menggembirakan hati ibu setiap hari (bukan hari ibu je..) titipkan doa kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk ibu kita (dan ayah sekali of course!). Doa mempunyai kekuatan dalam mengeratkan lagi hubungan kita dengan ibu bapa dan menyelamatkan kedua ibu bapa kita di alam kubur mereka kelak.

 Hadis Nabi saw juga ada  menyatakan tentang doa seorang anak yang soleh ini:

‏ عن أبي هريره رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ‏:‏ ‏ "‏إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث‏:‏ صدقة جارية ،أو علم ينتفع به، أو ولد صالح يدعو له‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda : Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya. (riwayat Muslim)

It's okay kalau kita tak dapat bagi hadiah besar-besar pada ibu (diorang pun tak nak hadiah2 ni..), tapi kita perlu hadiahkan mereka akhlak yang baik, peluk cium penuh kasih sayang, dan doa yang tidak putus2 (mcm cakap tadi).


Ucaplah alhamdulillah pada Allah, kerana hadiahkan kita seorang ibu!  

:: Umi, Selamat Hari Ibu untuk setiap hari! ::

~Rest n Relax~ (2)



Salam ‘alaik semua! Selawat dan salam buat junjungan kekasih hati Rasulullah saw, keluarga dan para sahabat baginda.

Cuti diteruskan dengan mendaki Bukit Larut di Taiping. Tapi, sampai-sampai je kat kaunter, tiket sold out daa….serius memang ramai sangat orang yang sedang menunggu nak naik atas Bukit Larut. Jadi, kami terpaksa cancel untuk ke sana. In shaa Allah lain kali..





Kebetulan pula ketika itu masih awal pagi, jadi kami buka google untuk tengok tempat rekreasi lain yang berhampiran. Alhamdulillah, ada satu di Matang. Ia sebuah tempat kampung nelayan, hutan paya bakau dan tempat penyelidikan spesies tumbuhan dan haiwan yang jarang ada di tempat lain.








Kami sampai di sana dan terus ke jeti untuk menaiki bot. pergi tempat macam ni memang sesuai untuk rehatkan fikiran dan menambahkan pengetahuan. Kita boleh melihat helang-helang, dolphin (masa air pasang je), hutan simpan yang berusia lebih seratus tahun, dan juga habitat hidupan liar yang lain.










Banyak lagi kawasan yang menarik dalam negeri Perak yang belum dapat diteroka, in shaa Allah lain kali.... Di sini juga ada penempatan nelayan, tempat pemprosesan kerang, aktiviti berbasikal, dan lain-lain. Sambil menenangkan fikiran sambil beljar sesuatu tentang alam, tak gitu?

~ cuti tamat. kembali menjadi sibuk ~ 

~Rest n Relax~ (1)



Salam ‘alaik semua! Selawat dan salam buat junjungan kekasih hati Rasulullah saw, keluarga dan para sahabat baginda.

 Cuti baru-baru ini Alhamdulillah syukur dapat kembali ke kampung halaman di Taiping, Perak. Dah 4 bulan juga tak balik sana. Selain keluarga saya, ada 3 lagi keluarga sebelah ibu yang turut sama pulang ke kampung. So, ramai dan meriah lah sikit! Jumaat pagi saya dan mak su bertolak dari KL dan mengharungi jam yang amat. Biasanya dari KL ke Taiping cuma 5 jam, tapi oleh kerana kesesakan lalu lintas (di highway dan jalan biasa), perjalanan kami sampai 8 jam! Fuh~


 Pagi Sabtu ( 2 Mei 2015 )…
Kami bertolak ke Bukit Merah Lake Town kira-kira pada jam 9.45 pagi. Hujan renyai-renyai ketika itu. Fokus kami adalah untuk melawat Pulau Orang Utan yang berada di situ. Oleh itu, kami perlu menaiki bot besar bersama pelawat-pelawat lain. Lebih kurang dalam 20 minit perjalanan menaiki bot untuk sampai ke pulau tersebut.





Sesampainya di sana, kami disambut oleh petugas yang akan membawa kami berkenalan dengan orang Utan di sana. =D




Orang Utan yang paling senior di sini namanya Babun, berusia 28 tahun.




Ini pula namanya Adam. Okay, dia suka bergayut.^_^




Ni dia beberapa lagi anak-anak orang Utan yang dah besar sikit. Kira boleh berdikari dalam hutan, lah..






Tempat ini juga merupakan tempat jagaan bayi orang Utan, dan juga pusat penyelidikan tentang spesies terancam ini. So, jom support usaha murni mereka ini!





Sekembalinya kami ke jeti tempat bertolak tadi, aktiviti diteruskan dengan mengunjungi Eco Park. Terdapat 2 pilihan untuk masuk; jalan kaki atau Skycycle. Kami memilih untuk berjalan kaki, lebih adventure!





Yang best nya dekat sini, kita berpeluang untuk bagi makan pada haiwan-haiwan di dalam tu. Dan juga boleh pegang dengan haiwan-haiwan yang tak duduk dalam sangkar ni contohnya arnab, burung kakak tua, hamster dan lain-lain….









Jam 12.30 tengah hari ada pula animal show.




Suasana semulajadi yang ada di sini sememangnya dapat release kan tension dan mendekatkan diri kita pada alam ciptaan tuhan yang Maha Agung. Subhanallah!




 Pada sesiapa yang berkeinginan untuk pergi ke Bukit Merah, bolehlah mencuba untuk explore dua tempat ini. Best! Boleh bagi 5 bintang…=)