hijrahkan dirimu

Salam ukhwah semua. Sibuk betul setiap hari-hari ana. Kalau tak ke kuliah, mungkin menjengah library atau berprogram. Masya Allah, indah sungguh hidup ni...selamat menyambut awal muharram semua, semoga tahun baru ini dapat kita jalani dengan semangat islam yang penuh di dada. Marilah kita hayati kisah penghijrahan nabi Muhammad saw dalam menyelamatkan aqidah umat islam dan menyelamatkan agama islam itu sendiri.
Hijrahkanlah dirimu kepada kebaikan, nescaya kita akan lebih dekat dengan Allah swt. Bahkan semakin hari kita akan lebih bertenaga menghirup udara keimanan yang bertambah segar.
Tahniah ana ucapkan kepada sahabat2 ana yang telah mampu menghijrahkan diri mereka dan mujahidah terhadap semua musuh-musuh kita. Ingatlah sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt sekalian.........


tika wajah penat memikirkan dunia ..maka berwudhuklah..
tika tangan letih menggapai cita-cita...maka serulah Allahuakbar...
tika bahu tiada kuasa memikul amanah ..maka bersujudlah...

ikhlaskan semuanya dan dekati Allah swt..
agar tun
duk disaat yang lain angkuh..
agar teguh disaat yang lain runtuh..
agar tegar di saat yang lain masih terhampar..



muslimat power

Hujan. Itulah yang menjadi sebab program ana dan sahabat-sahabat terbatal pada hari ini. Boleh dikatakan rancangan kami berubah 360 darjah. Tapi...kami tetap menjalankan 'plan B' di tempat yang tdak dirancang...hujan yang lebat dan kadang-kadang renyai tadi menjadikan program kami lebih menarik. Muslimat power 3x!!!
Seronok betul bila berprogram dengan sahabat2. Esok ana akan berprogram bersama-sama adik2 pula. Alhamdulillah pembukaan semester ni penuh dengan program bermanfaat. Asifah tak dapat nukilkan apa2 sebab ana hanya ada sedikit je hari ini...asifah 3x!

teruskan perjuangan

Salam ukhwah membina mahabbah....hari ini setelah melalui cuti yang pendek beserta pengalaman yang agak pahit,ana pulang jua ke kampus bagi meneruskan perjuangan...semoga semester ini memberikan banyak ilmu dan keinsafan pada ana dan sahabat-sahabat...Allahuakbar!

musafir cinta


Setelah sekian lama melelahkan diri di jalan ini, aku tak mendapat apa-apa. Yang pastinya aku langsung tak tahu kenapa aku di atas jalan ini. Atas alasan apa aku di sini. Lantas aku beralih jalan, entah masuk ke simpang mana tapi yang ku tahu ada cahaya di hadapan. Dengan seikhlas hati dan penuh keinsafan di hati aku menempuh jalan itu. Di sana aku lihat ada yang menghulurkan tangan bersih mereka supaya tangan kotorku ini menggapai. Aku serba salah dibuatnya kerana tidak mahu kekotoranku terpalit pada mereka. Seperti tahu apa yang ada dalam hatiku mereka lantas memegang tanganku tanpa rasa jijik.


Bermulalah kembara musafirku ini menuju cinta yang abadi. CINTA ALLAH. Hati ini yang sekian lama menjadi hamba dunia bertukar menjadi kosong. Lantas diisi dengan kalam-kalam cinta ketuhanan, zikir-zikir mengagungkanMu.Selama ini aku sudah jenuh sakit, selalu nazak, sentiasa lemah dan lemas .Biarkanlah kali ini aku bebas menghirup udara kebebasan untuk memikirkan kekasih hatiku, Allahhu rabbi. Biarkan aku merindu habibi qalbiku Rasulullah saw. Biarkan,biarkan.

Aku terasa damai yang hakiki menjengah lubuk hati yang kian penuh dengan warna-warna solehah. Aku ingin mencari diri sendiri, mencari masa yang telah disia-siakan, mencari baki hidupku untuk diisi dengan mentaatiMu. Rasa bagai baru semalam hati ini berdosa padaMu. Oh!ampuni aku yang lemah ini.! Di bumi Mekah dan Madinah ini aku menyembahkan diri, merasakan diri ini kerdil tanpa diriMu menuntunku, dan menghidupkan cintaMu dan semangat mati syahid yang sudah lama aku tinggalkan..

Aku pencinta syahid dahulu.Sangat cinta sehingga aku terasa setiap saat aku amat dekat dengan kematian. Tiada yang ku rindui melainkan pertemuan dengan Rabbul 'Izzati. Aku juga rindukan kunjungan Rasulullah saw dalam mimpiku.Bila kita akan bertemu ya habiballah? Mereka yang memegang tanganku dulu di jalan ini sekarang ada di sisiku. Berkongsi cerita indah dalam Iman dan Islam.Sama-sama menitiskan air mata dan bersederhana dalam kehidupan. Aku mahu bermusafir lagi bagi mencariMu dan mungkin dalam permusafiran ini ku akan pulang ke ribaanNya. Aku berharap jasadku akan bersemadi di tanah suci Mekah atau Madinah dan itulah wasiat terakhirku...............amiin..

my God, ALLAH is all sufficient for me




There is no will and no strength unless with help from Allah.


There is no will and no strength unless with help from Allah.


There is no will and no strength unless with help from Allah.


There is no will and no strength unless with help from Allah.




"I give my heart, my soul to Allah and I believe my journey...."

aku bertaubat padaMu...(2)


Aku bertaubat padaMu ya Allah..atas kelemahanku dalam setiap langkahku, ibadatku, dan setiap gerak hatiku..aku merayu padaMu ya Rabbi maafkanlah aku, tiada yang lebih mengharukan ku melainkan mendapat maghfirahMu yang luas...aku berjanji tidak akan meninggalkan perjuangan ini, tidak akan menghentikan langkah ini di atas jalan Allah...

Sayu sahaja hati ini bila terlihat Mekah dan Madinah..teringat perjuangan Rasulullah dan para umat Islam untuk menyebarkan agama Allah. Ya Allah,ampuni aku yang lemah dalam perjuangan ini,yang selalu keciciran ini, yang sentiasa berbuat silap..aku terasa serba tak kena bila tak mengikuti sahabat-sahabat untuk menghadiri program.oh! maafkan ana..sedikit kesulitan,sebenarnya banyak...tak mampu rasanya nak menghadiri program, rasa kesal sungguh...

Apabila direnung-renung kembali, ana rasa sedih dan berasa kecewa.....maafkan ana!maafkan ana!

aku bertaubat padaMu...(1)


Kulihat wajah kusam penuh debu dosa dunia menyelaputi diri ini. Aku bertaubat padaMu ya Allah dengan segala dosa yang telah ku lakukan...ya Rabbi pisahkanlah aku dengan dunia, merangkak di atas muka bumi ini cukup melelahkan aku...aku dibayangi dosa semalam,kelmarin, dan entah bila lagi...

Aku sujud kekerdilan padaMu..tiada hari seindah dan secerah hari yang mana Allah menerima taubatku. Ya Allah aku tak daya melawan arus dunia yang begitu mencabar...aku rindu pada kata2 keampunan dan kalam-kalamMu yang sudah lama ditinggalkan aku..aku bertaubat padaMu...aku bertaubat padaMu......aku bertaubat padaMu ya Rabbi....

sELamaT hArI RaYa

selamat hari raya
selamat hari raya selamat hari raya
selamat hari raya

qurban, aidiladha, haji dan jangan main mercun ye...

wanita ISLAM adalah jundullah!


Semalam ketika waktu selepas maghrib seusai ana solat, ana membuka lembaran buku yang mana ana ambil dari rumah usang peninggalan almarhum tok wan. Tajuknya ialah 100 tokoh wanita terbilang. Walaupun ana suka membaca buku tentang Islam, tetapi banyak juga buku-buku lain di rumah ni contohnya buku2 Harry Potter, Komik dan Jurnal serta ensiklopedia. Buku yang ana baca semalam (tentang wanita terbilang) itu tertulis banyak nama2 tokoh yang ana sendiri tidak pernah mengetahuinya. Yang jelas mereka ini adalah pejuang Islam yang hebat. Tokoh srikandi yang cekap mengenalikan sejata dan bertarung.
Antara nama-nama yang tercatat ialah Zanubiya (ratu tadmur), Raail( dikenali zulaikha),al-Basus dan ramai lagi nama2 gah yang ada. Ana hanya sempat membaca kira2 tak sampai separuh pun buku itu kerana kedapatan hal yang mustahak perlu diselesaikan. Di sini, peranan wanita dalam memartabatkan Islam juga penting. lihatlah betapa sebuah negara itu baik kerana wanitanya baik,dan jika negara itu tidak baik adalah kerana wanitanya tidak baik..

setuju ke?? tepuk dada tanya iman...

ana sayang pada sahabat2!


Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar. Salam perjuangan dan ukhwah. Pabila perbincangan dibuka antara kami dalam mesyuarat, ana serta merta rasa sebak mengenangkan banyak masalah yang timbul dalam kampus. Rasa mahu menangis juga pabila mendengarkan kesulitan sahabat2. Rupanya banyak remaja bermasalah disebabkan kerana pecahnya institusi kekeluargaan dan pengaruh rakan sebaya. Malang bagi seorang daie yang hanya mampu mendengar tanpa berbuat apa-apa, bisik ana dalam hati tatkala mesyuarat selesai..


Ana sentiasa menabur doa kepada saudara2 di palestin,ambon, afghanistan, iraq dan thailand. Tetapi kadang2 ana lupa pada saudara2 yang ada di Malaysia yang lebih menderita oleh kerana peluru-peluru hedonisme, bom-bom budaya songsang, dan racun2 maksiat yang dilempar terus pada saudara2 ana di Malaysia. Sedangkan mereka lebih dekat dengan ana. Ya Allah, ampuni hambaMu yang lalai dan lemah ini.! Berapa ramai yang telah berzina dan memilih gaya hidup gay dan lesbian atau pengkid? semuanya tunas2 Islam yang menjadi penggerak Islam masa hadapan, bagaimana ini terjadi?


Ana sayangkan sahabat2 ana di Malaysia sbagaimana ana sayangkan sahabat2 di palestin..ohh,maafkan ana sahabat2! tak dapat bersama kalian tika kalian mahu jatuh ke lembah kemaksiatan, tidak dapat menarik tangan kalian untuk mendekatiNya, tak dapat menasihati kalian tika kalian lemah dan putus asa dengan pencipta...tetapi kalian jangan khuatir, takkan selamanya kalian akan duduk di lembah itu...ana akan merebut kalian daripada musuh kita, syaitan nir rajim....


Marilah para daie, kuatkan langkahmu supaya bisa mengharung jalan dakwah yang sukar. Usah biar dirimu terbeban oleh dunia dan seisinya. Marilah kita sama-sama merindui syurga Allah swt yang tercipta untuk kita dan para mad'u...alangkah baiknya kita dapat beriringan menuju ke sana...Ikatkan tali ukhwah untuk membina mahabbah supaya Islam berkembang menuju gemilang!!takbir!!

rindunya pada yang dah pergi...


Salam ukhwah sekencang dakwah! hari ini hari ketiga ana berada di rumah. Ana berazam nak gunakan waktu cuti ni dengan baik, sebab lagi 2 minggu dah nak balik ke kampus. Oleh sebab sahabat2 memerlukan ana untuk minggu aluan siswa. Alhamdulillah selepas mengharungi semester lepas dengan penuh mencabar, ana dapat juga menghabiskannya. Rasa perit pun ada, gembira pun ada.

Sedihnya bila teringat semester depan yang lebih mencabar dengan subek yang agak memeningkan, ditambah tugasan sampingan, berjuang kerana Islam dan banyak lagi. Sedih uga bila mengenangkan senior2 yang dah keluar. Apa khabar ukhti2 ku tersayang sekarang??masih ingat lagikah pada adikmu ini??

Salam rindu ini ana ucapkan khas buat ukhti2 yang berada di Malaysia, kak tiqah, kak aisyah haji osman, kak baitil aminah, kak zaida, kak waheeda (^_^), kak sahila, kak fisha, kak syuhada....emm,ramai lagilah...then, ukhti2 ku di singapore, kak mustafiyah ('',), nadiya, hakeemah, kak naqiya n others.....ana rindu ukhti2 smua!!

Harap kita dapat jumpa lagi.....

"WO AI NI ALLAH.."



Aku cinta Allah. Senang benar kata2 itu meluncur dari lidah kita,kan? Tapi perit sekali untuk memperjuangkan cinta ini bagai mengharung lautan api dan berdepan onak duri. Bagi diriku yang serba hina ini, mujahadah melawan nafsu dan syaitan yang berlegar-legar di setiap lohong hati ini memang payah. Aduh! kadang2 jatuh tersungkur lalu untuk bangun sangat sakit. Bak terjatuh dalam lumpur yang berlumut....




Tiap hari aku berusaha mempertahankan cinta itu tapi ada sahaja dugaan dunia yang datang..ya Allah pisahkanlah hambaMu ini dengan dunia dan seisinya.Tak sanggup rasanya hidup berjauhan dengan agamaMu..kadang-kadang tengah merintih atau menangis, ada sahaja kegembiraan dunia datang. Kegembiraan yang melalaikan..Rasa mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah, ahli sufi hebat.




Bila ada cinta manusia datang, cepat2 diri ini menepis seraya berkata "cinta Allah tak mampu ku gapai inikan pula mahu isikan hati ini dengan cinta lain." ya Rabbi, selagi mana cintaMu tak dapat ku genggami, selagi itu cinta manusia akan aku tepis...bolehkah begitu? kahwin itu sunnah rasulullah saw kekasihku...selagi Allah swt tak tunjukkan siapa, aku takkan pandai2 memilih dan selagi itu akan ku gagahi untuk mencari cintaMu...




Aku cinta pada Allah, tenangnya saat bersamaMu, segala resah hilang sekelip mata, jiwa rasa terbang melayang-layang gembira tatkala bersunyi-sunyian denganMu..indahnya cinta kepadaMu ya Allah...ya Allah, aku bersyukur Engkau pagari diriku dengan 'kawat berduri' tanda sebagai benteng diri dari sebarang cinta yang melalaikan..akan ku jaga 'kawat berduri' itu dan mengukuhkannya, agar satu hari nanti aku dapat mengecapi cintaku kepadaMu yang hakiki......




~aku mujahidah.setiap hari meminta belas ihsan Allah,supaya menjadikan aku zuhud. kerana kutahu rahsia iman itu zuhud......~


kupersembahkan kepada kalian.....hijab my choice.


~I LOVE MY MUSLIMAH IDENTITY~



cuti semester bermula!


Salam ukhwah semua....hari ini adalah hari terakhir sahabat-sahabat ana berjuang di dewan peperiksaan. Selamat berjaya sahabat-sahabat! exam ana dah tamat hari rabu kelmarin. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan sekarang hanya tawakal tu 'ala Allah...walaupun begitu ana dan beberapa sahabat tidak dapat pulang ke kampung hari ni memandangkan kami ada program kursus kepimpinan dan forum bicara intelek. Hmm...

Cuti semester ni sangat pendek, kira-kira 2 minggu saja, kerana ana dan sahabat2 akan pulang ke kampus bagi mengendalikan kemasukan pelajar intake yang akan datang. Agak penat tapi menyeronokkan..kembali ke rumah, pasti umi dan abah sudah punya perancangan untuk kami sekeluarga berehlah. Ana harap cuti ni dapat menjenguk makcik yang berada di Perak. Juga rindu pada adik sepupu ana, Hakim yang nakal! Cuti ni juga ana berhasrat untuk 'survey' beberapa buah rumah kebajikan untuk dilawati kelak.

Kepada sahabat2 yang bercuti, isi cuti ini dengan perkara yang berfaedah. Jumpa lagi semester depan! Insya Allah.....

undang-undang Islam

salam perjuangan sahabat-sahabat..minggu ini telah ana berhempas pulas,pening kepala, memamah ilmu di buku dihadam dalam ingatan moga2 ilmu itu selamanya kekal..petang tadi satu lagi perjuangan exam ana hadapi..Pabila menjawab subjek undang-undang Islam tadi, ana dapat merasakan bahawa undang-undang Islam di Malaysia sangat cetek, tertindas, dan lama kelamaan akan lenyap ditelan umat akhir zaman yang makin lalai. Bila terkenangkan begitu cepat-cepat diri ini menyematkan azam untuk menjadi seorang peguam yang kembali mengangkat martabat institusi mahkamah syariah dan undang-undang Islam. Selain menjadi seorang daie yang baik, sabar dan sentiasa dekat dengan Allah swt dan Rasulullah saw.

Seorang sahabat ana sering menasihati ana tentang sabar dalam apa jua keadaan, alhamdulillah makin banyak nasihat dan teguran sahabat insya Allah akan bertambah sabar ini. Hmm..berbalik pada undang-undang Islam tadi, ana melihat perancangan orang kafir dalam merencanakan tumbangnya Islam di tanah melayu memang teliti. Mereka strategis! Tapi umat Islam lebih strategis, dan ana yakin satu hari nanti mereka leka dengan hebatnya mereka dan ketika itu umat Islam (kami pejuang2 Islam ) akan menggempur mereka. Menggempur dengan ilmu dan kekuatan maksimum seperti kembalinya 'Khalid al Walid', 'sultan Salahudin ayubi', 'Sultan al fateh' serta sahabat2.. Saat itu pasti mereka terpinga-pinga lantas terkaget-kaget! (impian yang pasti jadi kenyataan,insya Allah!)


Mereka masuk ke tanah melayu dahulu dan menyempitkan kuasa mahkamah syariah, sesuka hati mencampuri urusan agama dan adat, dan memasukkan undang2 Inggeris dalam undang 2 syariah. Terasa kesal dan sedih melihat negeri2 di tanah melayu yang dahulunya gah melaksanakan hukum Allah tapi sekarang hukum Allah dihina-hinakan...bagaimana?? Pengaruh orang kafir lebih kuat malah menjadikan segala urusan kehidupan kita tidak lari dari unsur2 lagha.

Ayuh! para daie dan pimpinan masa hadapan..mulakan langkah, kuatkan azam menegakkan kembali hukum terhebat dunia: hukum Allah!!!Bila lagi kita mahu menjadi penggerak? jangan terus menjadi pemerhati......

demam exam

Salam ukhwah fillah...hm,bermula hari semalam ana dan sahabat-sahabat sudah mula berjuang di pentas peperiksaan. Rasanya berat jugalah otak ni, tapi apakan daya....sebelum exam bermula ana dan sahabat ada membincangkan tentang beberapa keburukan exam ke atas ilmu yang dipelajari...

1-para pelajar akan membaca hanya apabila menjelang exam
2-ilmu akan hilang selepas keluar dewan exam
3-ilmu itu hanya dihafal bukan difahami dan dihayati
4-bertentangan dengan amalan menuntut ilmu para cendekiawan Islam dahulu

Kerana itu orang yang berilmu di zaman sekarang kurang mengamalkan apa yang dipelajari. Seperti kata pepatah arab "ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.." Orang yang bekerja kelak setelah mendapat segulung ijazah pula membuat perkara yang menyalahi etika seperti rasuah, penipuan dan lain-lain. Hal ini kerana ilmu yang tidak berkat dan manfaat.

Demam peperiksaan yang melanda kampus memperlihatkan ana dan sahabat-sahabat
berhempas pulas menyiapkan diri menghadapi exam. Doakan lah kami......=)

three musketeers....


Mungkin antum semua pernah terbaca tentang kisah three musketeers ni dimana-mana sama ada di perpustakaan ataupun memiliki koleksi english books sendiri, kan? ataupun tak pernah lagi mendengar tentangnya?

Ana tak tahu sama ada ini watak lagenda atau ianya cerita benar tapi buku ni sangat menarik minat ana sewaktu mula-mula memilikinya. Ana jarang memiliki buku-buku inggeris klasik begini sebenarnya....watak dalam buku ada tiga pahlawan atau panglima iaitu arthos, porthos dan aramis. mereka berjuang dan memperoleh kemenangan.. hebat! tapi hebat lagi panglima dan tentera Islam yang berbekalkan semangat, iman dan tawakal yang tinggi walaupun bersenjatakan alatan yang tidak canggih..

Sengaja mahu berkongsi serba sedikit cerita tentang buku itu, kalau sesiapa yang tak pernah baca cubelah jadikan ianya bacaan ringan sekadar menambahkan pengetahuan tentang English......buku itu dah lama dibeli ketika ana tingkatan 3 tapi sejak akhir2 ni teringat pula..mgkin ada sedikit kaitannya dengan ana dan sahabat2 di sini.....

jangan marah!


marah akan menyebabkan kita:-
~stres
~rasa tak tenang
~sakit jantung
~tekanan darah tinggi
~berdendam
~didekati syaitan...

cara menghindari marah:-
~berwudhu'
~berzikir
~sabar..(yg paling pntg)
~pergi ke majlis ilmu
~membaca al quran
~qiamulail

Marah adalah perkara biasa, tapi mengawal marah adalah perkara luar biasa yang sangat dituntut dalam agama...hmmm....

(sebenarnya beberapa hari lepas ana terlepas marah pada sahabat2, jadi rasa bersalah pula....minta maaf ye...)

p/s:melepaskan marah bukanlah satu jalan terbaik malah boleh parah jiwa sebenarnya...

congrate abang! dah konvo semalam...


salam ukhwah semua...asifah, baru update blog! banyak kerja menimbun...lepas tu ana hadir abang sulung ana konvokesyen di UiTM Shah Alam semalam.agak kepenatan tapi jelas terpancar rasa gembira di wajah keluarga ana. Congrate abang! lepas ni sambung belajar lagi tau!Semalam memang letih..adat istiadat konvo di UiTM ni agak seronok juga tapi sangat sesak oleh kerana terlalu ramai orang yang datang pada sesi pagi. Tapi alhamdulillah kami dapat mengharungi lautan manusia di sana...
Umi dan abah serta adik akan sentiasa mendoakan kejayaanmu dunia dan akhirat. Minta maaf ye salah silap selama menjadi adik beradik..hehe..banyak betul ana bergaduh dengan abang ana ni kecik2 sampai besar..=) almaklumlah hanya 2 orang adik beradik je, nanti abang dah kahwin tak dapat lagi nak bergaduh macam dulu...
Hari ni ana akan balik ke kampus dan meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Memandangkan minggu depan akan bermulanya satu peperiksaan jadi terpaksalah ana bertungkus lumus untuk mendapatkan result yang baik (bukan result je tapi keredhaan Allah dalam mnuntut ilmu pun).hm...baiklah,Ana nak siapkan banyak nota dan enakmen jenayah dan mal untuk dihantar esok..wassalam.......

p/s: ahlan wasahlan kepada 2 followers yg singgah di blog ana yang serba dhaif ini.....=)

sahabat, ana bangga denganmu!



Seorang sahabat ana di kampus ni (nama dirahsiakan ) sangat baik. Bagi ana dia seorang yang agak nakal tapi sebenarnya hebat. Dia sanggup 'mencari penyakit' dan juga mencemarkan dirinya untuk dikutuk rakan2 dan pensyarah agar dapat lihat Islam naik di kampus kami. Ana respect sahabat yang seorang ini. Orang akan lihat dia seorang yang biasa tapi dia telah melakukan perkara yang luar biasa yakni membenarkan dirinya jadi bahan kutukan semata untuk Islam. Walaupun ia kedengaran seperti biasa tapi hal sahabat ana ini lain sedikit.

Pada mulanya ana tak menyangka 'idea gila' ini sememangnya dari sahabat ni sehinggakan ana sendiri salah sangka dengan apa yang telah dia perbuat. Rakan2 yang lain banyak yang mengecam dan mengatakan dia nak meraih populariti di kalangan kami. Ana juga rasa pelik tapi selepas kejadian itu sahabat ana memberitahu tentang agenda di sebalik perbuatannya itu. Ana rasa sebak jugalah...sahabat ana buat sesuatu yang nampak seperti sangat tidak relevan tentang Islam tetapi maksud yang tersirat sebenarnya adalah agenda memenangkan Islam di kampus kami.

Ana cepat-cepat mohon maaf padanya...rasa bersalah yang teramat. Dalam hati ana terdetik, " betapa lemahnya ana tak dapat mentafsir makna perlakuan dia, serta lemahnya ana kerana boleh memenangkan Islam hanya melalui kesenangan tapi sahabat ana ini sanggup melalui kesusahan semata melihat Islam naik sedangkan dia boleh lakukan dengan cara lain.."

Ya Allah...ampuni dosa hambaMu dan berikan lah kesejahteraan kepada sahabat2 ku di dunia dan akhirat....

Ana bangga denganmu,sahabat!

syura itu syurga

salam fisabilillah semua....kepada para pejuang islam yang bertebaran di dunia ini,kepada pemimpin pilihan Allah, kepada khalifah kepada rasulullah. Hari ini terasa segar dengan udara pagi yang nyaman dan cahaya matahari kuning keemasan memancar. ana ingatkan nak jogging tapi terlupa ada dua assignment lagi yang perlu disiapkan dan ada banyak lagi ilmu yang belum difahami..

Syura itu sunnah rasulullah saw. Para sahabat dan ulama' juga telah menyambung sunnah itu. Dalam kuliah ana beberapa hari lepas, kami ada buat perbincangan tentang konsep demokrasi dan lawannya adalah konsep syura. Islam itu syumul dan sempurna tidak mengira pada siapa, bila dan dimana. Jika kita melakukan syura dalam membuat sesuatu keputusan itu lebih diberkati dan mengikut sunnah. Bukankah kita mengaku cintakan rasulullah saw tetapi kenapa kita malas untuk menyempurnakan sunnah itu?? keputusan syura jika tersilap ia ahli-ahli syura itu tidak salah. Syura ini haruslah disertai dengan solat sunat contohnya solat sunat taubat, solat sunat istikharah dan solat sunat hajat bagi kita diberi petunjuk dalam membuat sesuatu keputusan.


Allah yang maha mengetahui apa yang akan berlaku di hadapan maka kita sebagai hamba perlu meminta kepadaNya ilham dan hidayah agar segala keputusan itu dalam pemeliharaanNya. Sebelum peperangan khandak juga rasulullah telah membuat syura bagi penyelesaian masalah mereka ketika lalu bangkit Salman Al Farisi menyatakan satu idea yang dikenang-kenang dalam sejarah Islam...hebat sungguh pemuda Islam ketika itu!Inilah yang dapat dihasilkan dalam satu majlis syura ..



Malaysia juga harus buat begitu...ini saranan ana, pelaksanaan hukum Islam dan sunnah rasulullah saw perlu dijalankan jika mahu lihat umat Islam negara ini kuat dari pelbagai segi dan kita semua dapat bersenang-senang di negeri akhirat. Perlembagaan persekutuan yang telah sedia ada ana rasa baik untuk semua tapi ada beberapa perkara yang menunjukkan Islam telah di anak tirikan di negara ini. Bukankah dahulu tanah melayu atau lebih khusus Melaka dan beberapa buah negeri adalah pusat penyebaran Islam paling gemilang di asia tenggara? Mereka juga mengamalkan syura dalam membuat keputusan. Ana paling suka pada pemerintahan Sultan Alaudin Riayat shah yang seperti saidina Umar al faruq yang memerhati kehidupan rakyat di waktu malam.. kerana itu jika dilihat, semangat orang Islam dahulu lebih tinggi berbanding sekarang walaupun mereka serba kekurangan..moga roh2 mereka dicucuri rahmat..


Em...panjang betul ulasan ana hari ini..=) tapi kesimpulanya sangat pendek iaitu.....



"SYURA ITU SYURGA"


kerana apa?....antum fikirkan....

baru sekejap tadi...


Baru sekejap tadi ana dan beberapa sahabat berusrah secara tidak langsung..asalnya kami mahu buat 'halaqah makan' tapi tak sangka jadi 'halaqah makan + ilmu' tapi ana sangat teruja berkongsi ilmu tentang pejuang Islam...hanya Allah swt yang tahu betapa excited nye ana bila semua sahabat ana yang baru kenal memang minat dengan sirah! tiba-tiba ana memulakan halaqah kami dengan cerita sultan al fateh, kemudian bertukar cerita umar abd aziz dan terselit cerita rasulullah dan isteri baginda.


bersemangat betul kami berkongsi cerita dan mengutip kisah tauladan...macam-macam tajuk buku keluar sehinggalah seseorang datang dan mengganggu perbualan kami...rasa macam terputus urat...mood berkongsi ilmu terus hilang....hm,sedih...

wahai sang daie...

apa sudah jadi pada hatimu yang sudah jadi sekeras batu....?
apa sudah jadi pada kedudukan Allah dalam hatimu...?
apa sudah jadi pada iman yang bertapak kukuh dalam jiwamu dulu....?

Di mana mad'u mu pergi?ke jalan maksiat atau kebenaran?
jika kau tidak sibukkan hatimu dengan kerja islam, hati itu akan dipenuhi dengan syubhah dan kemaksiatan.......

Ya Allah..hinanya para daie jika mereka tidak memelihara hati dan kedudukan Allah swt dalam diri mereka...astaghfirullah, ampunilah dosa para daie dalam menjalankan amanah agamaMu..ya Rabbi janganlah Engkau sesat dan lekakan para daie yang berjuang dalam menegakkan Islam...supaya subur biah solehah, supaya setiap hati disinari cahaya iman, supaya semua kami dapat berkumpul dengan Rasul junjungan dalam syurga idaman..amiin....

AYUH DAIE! MAD'U MENUNGGUMU........

walimah ukhti inzah


hari ini 3 oktober 2009, ana nak mengucapkan selamat pengantin baru kepada ukhti tersayang. Tahniah kak! dah sampai seru...jadilah isteri solehah selepas akak berjaya jadi gadis solehah kelmarin..ana dan sahabat2 sentiasa mendoakan ikatan ini berkekalan sehingga ke syurga.amiin...syukran atas jemputan! ukhti asanah pula pasti sedang bergembira menanti anak yang bakal lahir tu,anak-anak pejuang Islam yang lahir dalam baitul muslim lah katakan..baru tadi ana menghadiri majlis walimah tu,walaupun sederhana tapi meriah dengan adab islam yang penuh..katanya bulan sebelas ni kenduri untuk pihak lelaki..


pesanan akhir ana, jangan lupa infakkan anak nanti ke jalan perjuangan...takbir!!

gambar kenangan


perkampungan orang siam di kelantan..ana sempat ambil gambar ni..hebat betul pemerintahan tok guru..berbilang bangsa dan kaum boleh duduk dibawah kerajaannya..

ibu saudara ana (kembar mak ana )dan adik sepupu sedang makan kueh raya...hehe..rindu pada mereka.


sewaktu melawat rumah tok teh di taiping.dua2 ni ibu saudara ana belah mak..



kami pergi ke pantai petang bila sampai di kelantan,masa tu matahari terbenam..subhanallah,cantik!lepas tu hujan renyai2...




adik saudara ana main2 dengan anak kambing masa kami pergi ke kelantan..=)










p/s:macam2 pengalaman dapat bila jalan jauh ni..jauh perjalanan luas pemandangan..

program...

salam semua....akhirnya baru ada masa yang sangat sedikit ini untuk tulis tentang program yang ana lalui.Actually ada usrah dan kerja2 yag belum selesai lagi tapi tak pe lah,nak rehat kejap dari kesibukan yang panjang ni.. Alhamdulillah masa raya hari tu banyak pengalaman yang ana dapat dari aktiviti keluarga contohnya keluarga sebelah ayah ana pergi merisik bakal ibu saudara yang duduk di kelantan. First time ana tengok situasi sebegitu..keluarga mereka menyambut baik kedatangan kami dan memberikan layanan yang baik..beruntung ayah saudara ana,alhamdulillah!
aktiviti pada satu syawal macam biasalah,menziarahi saudara mara dan kubur2 nenek dan datuk yang telah pulang ke rahmatullah..hari raya kedua pula ana sekeluarga bertolak pulang ke kampung..cukup seronok bila 'kenduri barbecue' dan mengadakan tahlil..sepupu2 ana yang nakal2 ni main mercun dan bunga api di luar rumah kemudian berlawan dengan jiran sebelah. alangkah meriah syawal tahun ini apabila silaturrahim antara keluarga dapat dieratkan..
maaflah ana cerita pasal pengalaman raya ana di sini..=) Yang paling seronoknya adalah program semalam iaitu forum tentang mahasiswa.wah!panel2nya memnag hebat dan lantang bersuara..segala ilmu yang dicurahkan pada forum itu memang menerujakan ana dan sahabat2..mana tidaknya walaupun forum itu tamat agak lewat malam tapi kami tidak langsung mengantuk.info-info segar dan isu2 yang dibangkitkan sangat memberikan impak dan melupakan ana tentang hari keesokannya.(esoknya ana ada temuduga penting). Persoalan dan respon dari mahsiswa yang mendengar forum juga sangat memberangsangkan. Pada ana forum semalam adalh sangat sukses!tahniah kepada pada penganjur!!

sibuk sangatttttt......


Salam ukhwah semua....masa yang sedikit dan sekejap ni ana dapat tulis gak dalam blog ni...hm, best tak menyambut syawal ni?alhamdulillah...kalau diisi dengan perkara berfaedah...terlalu sibuk sangat bila balik kampus...asifah jiddan!! insya Allah ana akan tulis pengalaman raya yang menyeronokkan kalau ada masa...lepas ni banyak sangat assignment yang memerlukan ana dan sahabat pergi ke mahkamah syariah dan berjumpa dengan orang di luar kampus...huh, letihnyerrr.......


Final exam dah nak dekat ni...banyak tak study lagi,harap2 sempat lah siapkan semuanya sebelum minggu depan...hujung minggu ni sahabat ana ajak beraya kat rumah pensyarah pula..emm,berkemungkinan lepas ni ada kem kepimpinan!wah seronoknya.....

selamat menyambut aidilfitri


selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam yang berada di malaysia dan seluruh dunia..kepada sanak saudara yang kini berada di melaka,perak,pahang,kuala lumpur,kelantan,jordan dan mesir..semoga hari raya ini dapat mengeratkan lagi persaudaraan kita. Syawal yang datang ini moga-moga dihiasi dengan kegembiraan di sebalik kesyukuran yang tak terhingga kepada yang Maha Pencipta...Allahuakbar!

selamat hari raya,maaf zahir dan batin...jangan makan banyak2,nanti jatuh sakit pula....=)

menjelang hari kemenangan



walaupun bahang hari raya sudah dirasai di tempat ana dan tempat2 lain tapi kehangatan ramadhan sangat terasa..ana sedih sangat ramadhan kali ini, mana tak nya apabila mengenangkan ujian yang datang bertamu tanpa henti tapi ada antara ujian itu tak dapat ana lolosi...ya Allah, betapa lemah nya hambaMu ini...

ramai sudah buat bersiapan termasuk sahabat2 ana.tadi seronok sungguh ber sms dengan mereka. Ada
yang kemas rumah, cuci rumah, buat kuih, membeli belah dan macam2, biasalah orang perempuan...semalam berbuka dengan family belah ayah ana meriah sangat!syukur alhamdulilah...hari raya harus disambut dengan penuh kegembiraan dalam keinsafan....

~hmm..raya raya jugak tapi ujian lepas raya ingat jugak ye...~hehe..=)

p/s:suka baca perutusan raya dari tuan guru Nik aziz nik mat, MB kelantan.

bacalah surah an-nass dalam hatimu...


Bacalah surah an-nass dalam hatimu mahupun di atas lidahmu supaya kau terjauh dari syak wasangka dan ragu yang dibuat syaitan dan iblis. Hatimu itu mudah benar dirobek perasaan yang tidak sepatutnya ada dalam hati seorang hamba, selalu sahaja ibadahmu terganggu dan aqidahmu runtuh tatkala bisikan-bisikan itu datang. Sesungguhnya ujian hati itu lebih besar mujahadahnya dan lebih besar parahnya..jika berjaya maka kau akan jadi lebih kuat manakala jika tewas kelak kau akan tersungkur dan susah bangkit kembali...surah yang khusus bagi melawan bisikan itu..


"ingatlah Allah dalam hatimu, nescaya tiada duka buatmu..."


Surah an nass bermaksud manusia, diturunkan di mekah dan mengandungi 6 ayat. Terjemahannya ialah:


1~katakanlah (wahai Muhammad): aku berlindung kepada ttuhan yang mendidik manusia.

2~raja manusia

3~tuhan manusia

4~daripada kejahatan bisikan syaitan biasa bersembunyi

5~yang membisikkan dalam hati manusia

6~iaitu bangsa jin dan manusia


Semoga di bulan ramadhan yang mulia ini kita bukan sahaja bertadarus al quran tetapi memahami al quran yang mulia diturunkan kepada umat manusia....wallahu'alam.

sahabat! tabahkan hatimu dengan dunia..

"KITA POHON KEKUATAN, ALLAH BERIKAAN KESULITAN UNTUK MENJADIKAN KITA KUAT. KITA POHON KETEGUHAN HATI, ALLAH BERI MASALAH UNTUK DIATASI. KITA POHON KEYAKINAN, ALLAH BERI UJIAN. MENINGGALKAN LUKA DAN DUKA YANGTIADA UBATNYA! SAHABAT, INSAN MULIA ANUGERAH TUHAN. DIA PEMBAKAR SEMANGAT,PENYOKONG KUAT SAAT DIRI REBAH TERSUNGKUR DAN MENYERAH..."

"MUJAHIDAH SEJATI TIDAK TAKUT MATI,ALLAH SENTIASA DIHATI,SYAHID ADALAH DESTINASI,PELIHARALAHDIRIMU DUHAI SRIKANDI DAN PEMUDA ISLAM..KETAHUILAH DIRIMU AMAT TERISTIMEWA..HIASILAH DIRIMU DENGAN AKHLAK YANG INDAH..SERTA PAKAIKAN DIRIMU DENGAN PAKAIAN TAQWA..KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA....."

"BIAR NAFSU SUNYI TANPA GODAAN...BIAR KAKI SUNYI TANPA BERJALAN, TAPI JANGAN BIAR DIRI SUNYI TANPA ILMU DAN JANGAN BIAR HATI SUNYI TANPA CINTA KEPADA ILAHI..."

"BENIHKAN CINTAMU PADA ALLAH..KERANA DI SITU AKAN LAHIR CINTA MANUSIA YANG KITA DAMBAKAN...CINTA MANUSIA TAK SEMESTINYA BERAKHIR DENGAN PERKAHWINAN TETAPI BERAKHIR DENGAN TUMPAHNYA KASIH SAYANG ALLAH KEPADA HAMBA-HAMBANYA...."

"JIKA KAU TERTARIK PADA SESEORANG,INGATLAH PADA KEJELEKANNYA. PUTUSKAN RANTAI-RANTAI TAZYIN DARI SYAITAN, UNTUK PENJAGAAN HATI AGAR YANG MAHA SEMPURNA TETAP UTAMA DARINYA. MUNGKIN PERLU KAU JAGA RAHSIA SIAPA NAMA ORANG YANG ENGKAU TERTARIK KEPADANYA, MENJAGA DALAM KEIKHLASAN HATI, MENJAGA DALAM KESUCIAN KHAYALAN, MENJAGA DALAM UNGKAPAN LISAN DAN MENJAGA DALAM EKSPRESI DIRI..SEPERTI FATIMAH DAN ALI RA, SALING MENCINTAI DALAM KERAHSIAAN YANG PALING RAPAT, KEPASRAHAN YANG PALING KUAT DAN IKHTIAR SUCI YANG MENEMUKAN JALANNYA DENGAN KURNIAAN ALLAH SWT YANG MAHA SUCI....."

"KU HARAP ALLAH MEMEGANGMU ERAT, MALAIKAT2 AKANMENJAGAMU KETAT, TIDAK HANYA MEMBUATMU BAIK, TAPI SUPAYA KAU DAPAT YANG TERBAIK DALAM HIDUP...."

SELAMAT BERJUANG SAHABAT WALAU DI MANA KALIAN BERADA...AKU TIDAK DAPAT MENGGENGAM PASTI YANG AKU BISA BERJUANG BERSAMA KALIAN LAGI SELEPAS INI...JIKA TUHAN MENJEMPUTKU KE KAMAR BARZAKH, MAKA TELAH KU SISIPKAN ROH PERJUANGANKU YANG MELIPUTI JASAD INI BERSAMAMU....INGATLAH,WALAU AKU SUDAH TIADA LAGI ISLAM JANGAN BIAR TERSUNGKUR DAN REBAH.......

~SALAM UKHWAH BERSULAM MAGHFIRAH~

mencari lailatul qadr.....



salam ramadhan semua.....ramadhan kareem,Allahu akram..rasa rindu sangat pada laman blog ana yang dah hampir sebulan tak ada new post..asifah jiddan! banyak sangat program dan ujian dalam sebulan ramadhan ini..letih tak terkata!


Peluang mencari lailatul qadr di akhir2 ramadhan ini buat ana rasa ketakutan kerana kesibukan memanjang dan kekusutan masalah yang berlaku...risau apabila malam-malam berharga ini ana akan terleka dan lalai dalam mencari pahala..bertuah sungguh apabila bertemu denganmu ya lailatul qadr (bukan orang nama laila..=) )Pelbagai peristiwa hebat yang berlaku malam itu antaranya para malaikat akan turun ke bumi dan banyak juga peristiwa pelik terjadi yang hanya dapat disaksikan oleh insan2 pilihan Allah swt...ketenangan malam itu tersangatlah lain dan sesiapa yang beribadah ketika itu mendapat ganjaran yang banyak...Allahuakbar!

Ayuh,para pejuang agama Allah! mari bersama mencari malam yang dinanti...kenikmatan beribadat dan kelazatan mengalunkan zikir dan al quran ada di waktu itu..janji Allah swt itu pasti!!