puisi buat diri



ya Allah.................

pabila mencintai Mu itu indah,
aku tak ingin berpaling lagi,
tapi dugaan dan ujian tetap bersilih ganti,
menguji keimanan yang diberi,
aku takut tersungkur terus mati,
kelak dihadapanMu apa yang akan ku jawab nanti?
ku bermonolog dalam hati,
tentang diri sendiri,
yang terbaring sepi,
di dunia fana ini,
menunggu jemputanMu ilahi,
untuk menunaikan janji yang terpatri!

ku kini sedang bertarung di medan tempur ini,
darah dan air mata tagihannya kini,
aku tak mahu jadi begini,
jadi ahli perang yang terpasak ego di hati,
terpasak sombong di diri,
biarlah ku bentengi iman dengan rendah hati,
taqwa dan juhud berada di sisi,
semoga Engkau ampuni banyaknya dosa ini,
yang sentiasa menghijab diri,
untuk melihat kebenaran yang hakiki!

~kerana Allah aku bertapak di jalan juang ini.........~

kurnia Allah yang ditunggu-tunggu





Salam sahabat-sahabat semua..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi saw, keluarga dan sahabat baginda..Allahu akbar!

Di Jordan sekarang jam 8 setengah pagi.alhamdulillah, subhanallah, Allahuakbar! Itu saja yang terpacul di mulut tatkala kurnia Allah itu muncul...apakah itu? Alhamdulillah kurnia Allah itu adalah salji...

ketika mana ana berasa sedih yang teramat kerana tidak dapat menyertai family di saat ini untuk menunaikan umrah dan ziarah, Allah beri satu kegembiraan iaitu dengan turunnya salji di depan rumah. Subhanallah!