my king sultan muhammad al fateh and brave man khalid al walid


moga kita tergolong bersama orang2 yang beriman....

ujian Allah pada ana...


Salam rindu buat semua....salam ukhwah pencinta perjuangan...sekarang ana berada di pusat perubatan sebab abah ana kena tahan dekat sini..hmm, ujian Allah ini ana tadah serelanya sambil berdoa moga abah ana sembuh sepenuhnya. Tiada apa yang berharga dalam dunia ini melainkan anugerah ibu bapa yang baik dan beriman. harap semua sahabat2 dapat mendoakan kesembuhan abah ana, ya!


~sebaik-baik penawar ialah al quran~

kerajaan perpaduan



Salam ukhwah, perpaduan... hmmm...isu tengah hangat berkenaan kerajaan perpaduan nih..ana pun tak tahu nak ulas lebih-lebih lagipun ilmu tak seberapa, nanti dikata tak tahu hujung pangkal pula...tapi apa-apa hal pun parti pas mestilah berbalik kepada al-quran dan sunnah rasulullah saw apabila berhadapan dengan ujian,dugaan ini...tetapkan iman dan kepada penyokong teruskan buat solat hajat dan doa supaya tiada krisis yang berlaku dalam parti Islam kita...




Lihatlah kembali sejarah parti pas dahulu, aturkan strategi dan sentiasa berwaspada dengan fitnah serta adu domba dari pihak lawan..para penyokong jangan cepat melatah dan termakan dengan hasutan pihak lawan yang mahu menghancurkan kita..ambilllah beberapa peristiwa berkaitan Rasulullah saw menyelesaikan kerjasama dengan pihak lawan dan yang penting perlu mengadakan mesyuarat...Insya Allah pasti Allah swt membantu kita untuk keluar daripada apa-apa kemelut sekalipun...




Ana terfikir sesuatu semasa membaca akhbar tadi...jika Rasulullah saw masih ada, apakah keputusan yang baginda akan ambil? ya Rasulullah....bantulah kami, umat akhir zaman ini......


alfatihah buat pejuang Islam, fathi yakan...semoga Allah menempatkannya di sisi orang beriman..

buku temanku..


Memang benar kata pepatah "tak kenal maka tak cinta ".hmm...ana bukan dilamun cinta yang lagha tapi ana 'dilamun cinta' dengan buku-buku sejarah Tamadun Islam dahulu kala...hebat! Itu yang terucap bila menghabiskan buku berkaitan penakluk kota konstantinopel, sultan Muhammad al-fateh. Kenapa ana anggap begitu? sangat menakjubkan cerita itu sehingga membuatkan ana tidak sabar menghabiskannya...pada dasarnya ana sudah tahu cerita penaklukan kota bersejarah itu tapi di dalam buku ini juga terdapat beberapa perkara yang ana tidak tahu....pasti penulisnya mengkaji cerita ini dengan sangat teliti..syabas!


Sebelum ini ana selalu mendengar nama sultan Muhammad al fateh meniti di bibir-bibir sahabat dan ustaz ustazah ana. Kehebatannya memang luar biasa; dari segi pergantungan dengan Allah swt dan penguasaan segala ilmu.ALLAHUAKBAR...ada lagikah manusia begitu di zaman ini?? jika ada beruntunglah umat ini...beliau pemerintah yang baik,punyai tentera yang baik, dan rakyat yang juga baik, kerana itu beliau dapat menawankota terbaik rom,konstantinopel......sehinggakan sahabat nabi Muhammad saw yang dapat hidup di zaman muawiyah iaitu Abu Ayub Al Ansari mahu jenazahnya yang syahid dikebumikan di bawah tembok konstantinopel kerana beliau mahu mendengar derapan tapak kaki kuda pemerintah yang berjaya menakluk kota itu..


Cuti semester ini akan lebih bermakna jika dapat baca buku seberapa banyak yang boleh.seronoknya! esok ana insya Allah ana mahu beli buku sejarah perwira palestin, Salahuddin al-ayubi...rasa tidak sabar untuk mencungkil masa lalu yang sangat berharga apabila Islam di puncak kegemilangannya...pasti damai rasa hati ini jika dapat hidup di zaman kegemilangan Islam, setiap dari apa yang dilakukan berpandukan al-quran dan as-sunnah....andai masa dapat diputar kembali, zaman manakah yang antum semua hidup??? semestinya zaman Rasulullah saw memerintah kan? duduk di bawah pohon tamar dan mendengar khutbah nabi yang menguatkan keimanan,melihat senyuman nabi yang mendamaikan kalbu,berjemaah solat 5 waktu bersama baginda dan menatap wajah mulia nabi saw yang sabar menjawab segala pertanyaan sahabat yang tidak mengetahui.......alangkah manisnya di waktu itu...pasti sedih jiwa pabila melihat baginda dijemput ilahi selepas menyebut 'umatti,umatti,umatti'...suasana suram di seluruh dunia....maafkan kami para umatmu wahai Rasulullah saw yang di cintai dan dirindui...adakala kami melupakan penat lelahmu menyebarkan agama suci ini, kadangkala kami seakan membuang sejarah yang kau lakar dan seringkali juga kami tidak mengisi hidup dengan sunnahmu....wahai kekasih yang dicintai Maha Pengasih...maafkan kami...insan berjiwa alpa....


"........................subuh yang hening itu aku menangisi sebuah pertemuan yang rupanya sebuah perpisahan ,kau pergi tatkala aku ditakdirkan menjengukmu,ya Rasulullah...mahu aku isikan pertemuan di waktu itu dengan pertanyaan dan menatap wajahmu yang bersih lagi sempurna...tuhan yang Maha Berkuasa, Allahu Rabbi...tolong pertemukan aku dengan kekasihku, Rasulullah saw sekali lagi....sungguh indah cinta itu mengalir dalam urat nadiku ini....sungguh! aku rela cinta ini meresap dalam jasad dan rohku..............................."


~aku yang mencari redha ilahi~