Pemimpin Islam

Hadis Ibnu Umar r.a, baginda saw telah bersabda yang bermaksud:

"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah! kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

(sahih muslim no 3408)

Salam ukhwah. Hadis ini ditulis untuk memberi peringatan kepada semua pemimpin di dunia ini. Memandangkan semalam muktamar sanawi (mesyuarat agung) kami, dan ana serta sahabat sudah menjadi mantan. Ana sangat berharap agar adik2 yang memegang tampuk pimpinan akan datang ini lebih berkomited dari kami. Selepas muktamar semalam, ana berbual dengan pimpinan yang telah dilantik. Banyak yang kami debatkan, nasihatkan. Tadi ada seorang dari pimpinan baru memberitahu ana tentang namanya tidak disebut waktu muktamar. Ana cakap satu ayat pada adik itu. " Dik, pemimpin itu perlu dikenal dari hasil kerja dan usaha gigihnya, tapi tak kisah kalau namanya tidak dikenali.."

Ana tahu ada yang tidak sependapat begitu. Ada yang berpendapat jika tak kenal nama macam mana nak bekerja dengan pemimpin itu. Ana berandaian bahawa jika pemimpin itu terbukti hasil kerjanya, secara tidak langsung orang akan mengenalinya. Bukankah sangat tidak bagus jika nama pemimpin itu gah tapi hasil kerjanya tidak seberapa...ia malah dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt di akhirat kelak. Pemimpin bukan sahaja harus bijak, dan bergaya tapi perlu mampu sama-sama susah dengan 'rakyatnya'.wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment