ALAM CIPTAAN ALLAH



Salam semua.....sengaja lampirkan gambar-gambar ini....untuk renungan kita bersama...=)







































SPECIAL FOR WOMEN..=)


salam kepada semua muslimah di seluruh dunia......


video


hayati video ini wahai kaum hawa, pesan Rasulullah saw buat kita semua....

PALESTIN DALAM INGATANKU SENTIASA


Salam mujahadah semua.. dua tiga hari lepas ana teringat-ingat tentang program Mahabbah Palestin yang berlangsung di kampus ana. Ya Allah, rasa teruja waktu mendengar pengalaman relawan kita dalam kapal Mavi Marmara. Ia sangat memotivasikan ana dan sahabat-sahabat. Dari kecil ana diperdengarkan dengan kezaliman Zionis, perjuangan penduduk Palestin, tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, Hamas dan pejuang Islam. Hingga ana sekolah menengah, ana ditanamkan dengan semangat cintakan mati syahid oleh seorang murabbi yang hebat. Alhamdulillah!


Sesungguhnya negara palestin, penduduknya, al-aqsa dan perjuangannya tidak pernah luput dari ingatan ana dulu, kini dan selamanya.Insya Allah. Kalau ditinjau-tinjau, berita mengenai Palestin tidak henti-henti dilaporkan walaupun sesekali tenggelam oleh berita PRN Sarawak, video Ketua Pembangkang, dan berita Tsunami tempoh hari. Ketika negara Mesir dilanda demonstrasi besar-besaran dan sekarang merebak ke beberapa buah negara lain, terdetik di hati bahawa tidak lama lagi semua umat Islam bakal bebas solat di dalam al-aqsa dan membina kembali negara Palestin semula. Allahuakbar!


Penduduk dunia juga hampir setiap hari mengenang relawan-relawan yang terkorban. Dunia membuka mata atas kekejaman Zionis yang selama ini disorokkan Amerika dan sekutunya. Terima kasih wira-wira Mavi Marmara! Ganjaran Allah swt besar buatmu....


~Ingin aku berdiri di sof-sof perjuangan,

tetapi itu takkan semudah yang dikata,

jiwa dan hati harus disiapkan dahulu,

menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal tiba,

Ya Allah...aku ingin syahid di jalan ini...aku ingin berjuang demi menegakkan kalimahMu...~

walimah anak usrah



Alhamdulillah....ukhti Sarah sudah selamat diijabkabulkan dengan suaminya tanggal 19 Mac 2011..Ana dan sahabat-sahabat ke rumahnya di Kelantan selepas sehari pulang dari program dakwah orang asli. Walaupun keletihan tetapi kami semua semangat untuk meraikan walimah beliau. Perjalanan ke sana menaiki bas kira-kira beberapa jam juga lah, sampai lenguh-lenguh kaki..=)


Ukhtiku,

Semoga dikau menjadi suri yang solehah kepada suamimu,

semoga dikau menjadi penguat semangat suamimu,

semoga dikau dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,

semoga dikau dapat membina keluarga yang sakinah dan mawaddah,

semoga dikau beroleh barakah dalam perkahwinanmu,


dan..................................................


semoga bidadari juga mencemburuimu.......=D


Mabruk ya!

kenangan manis di program dakwah orang asli

salam perjuangan semua...semoga Islam tersebar meluas di setiap ceruk dunia...jam menunjukkan pukul 12.08 malam. Mata ni masih segar untuk mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman sewaktu ke program dakwah orang asli.





Pada 15,16 dan 17 mac 2011 yang lalu, ana dan sahabat-sahabat lain seramai satu bas telah ke menyertai ekspedisi dakwah orang asli. Program ini bukan sahaja mendekati mereka yang belum memeluk Islam tetapi bertujuan untuk mengajarkan mereka tentang perkara asas berkenaan Islam contohnya solat, puasa, dan banyak lagi aspek dalam agama.


Kami tiba agak lewat tetapi sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan panorama yang menghijau. Subhanallah..cantik! Kami ditempatkan di asrama sekolah dan gerak kerja adalah berpusat di surau yang baru dibina ditengah-tengah kampung itu. Keesokan harinya merupakan hari mencabar kerana ana dan sahabat-sahabat lain akan berjalan kaki meredah kampung orang asli untuk menziarahi rumah ke rumah mereka.


Pada mulanya ana hanya bertugas di surau sahaja, tetapi atas beberapa sebab ana termasuk juga antara yang bertugas menziarahi rumah orang asli.Alhamdulillah, memang seronok. Walaupun penat berjalan kaki beberapa kilometer tetapi kepuasan tetap ada. Rasa bersyukur sangat sepanjang perjalanan tiada apa yang buruk berlaku (di sana banyak anjing berkeliaran, ada yang hampir mengejar kami...huh). Apa-apa pun, mereka memang mesra dan peramah.


Petang setelah penat meng'explore' perkampungan mereka, kami mengadakan satu kelas fardhu ain (especially tentang solat) pada mereka. Memandangkan jumlah penduduk Islam agak kurang tetapi yang hadir tetap memberikan kerjasama yang baik. Petang itu juga ana dihujani oleh banyak pertanyaan tentang Islam oleh 2 orang pelajar orang asli ini. Mereka agak malu-malu pada mulanya tapi akhirnya semakin ramah dengan ana. =)


Selepas asar, program diteruskan dengan aktiviti sukan dan perlawanan futsal antara pihak kami dan mereka. Meriah betul! Di situ lah ana kenal dengan seorang adik yang bernama Ahza (penduduk di situ) dan kemudiannya sangat manja dengan ana. Ahza seorang yang pintar dan petah berkata-kata. Ana kagum dengannya yang masih kecil tapi punya hasrat dan cita-cita yang besar. Moga-moga dia berjaya untuk capai cita-citanya...Amiin.


Esoknya kami pulang pada kira-kira jam 12.30 tengahari. Perasaan sedih menyelubungi ana. Tak tahu kenapa..dalam perjalanan pulang banyak persoalan yang timbul, ini disebabkan kata-kata adik Ahza pada ana ketika mahu pulang. Sebelum pulang, ana dan Ahza ada berbual-bual tentang sekolahnya. Ana rasa sebak bila teringat akan nasib Ahza dan kanak-kanak orang asli yang lain yang diketepikan dan adakalanya (kata Ahza) tiada orang yang mahu berkawan dengannya; hanya kerana dia adalah orang asli..HAK MEREKA DINAFIKAN! BERLAKU DISKRIMINASI TERHADAP MEREKA! Oh...tidak adilnya kalian!!!


Ada sesuatu yang Ahza bisikkan pada ana ketika kami mahu berpisah, katanya dia mahu jadi seorang umat Islam yang baik, mahu bersolat dan lakukan apa yang diajarkan oleh Islam..anak sekecil itu punya cita yang suci. Dik, insya Allah kita jumpa di saf perjuangan Islam nanti, ya! Rasanya mahu lagi kita bertemu adik seagama, seakidahku...!


~Ya Allah, lindungi saudara-saudaraku dimana mereka berada....~


p/s: sebenarnya banyak lagi pengalaman ana di sana tetapi tak tertulis....=)

lawatan ke gereja

Salam 'alaik semua... awal semester ini ana ada menyertai satu lawatan ke gereja yang dianjurkan oleh student dakwah bagi program minggu dakwah mereka. Ana dan sahabat-sahabat pergi ke sana dengan menaiki 2 buah bas, ramai juga lah yang menyertai. Sebelum pergi kami diberi taklimat dulu serba sedikit mengenai perkataan-perkataan berkenaan gereja. Di sana kami disambut oleh seorang paderi yang juga merupakan orang yang memberikan taklimat dan pengetahuan sedikit sebanyak mengenai gereja dan sejarahnya especially di Malaysia. Kami juga berpeluang untuk bertanya beberapa soalan dan kemudian kami dibawa melawat ke sekitar gereja.




Ana mencapai satu buah buku dalam gereja dan bertanya " what is that?"


Paderi itu menjawab " it is a song book, can you play piano?"

Ana geleng kepala tanda tak pandai..



Di sini ana lampirkan beberapa gambar sepanjang program...










































lawatan ke gereja ini bertujuan menambah pengetahuan sahaja. Gambar di atas adalah diambil dengan kebenaran....

yang tak sempat dikongsi....


Salam 'alaik buat semua. Agak lama juga tak update, rasa lain pula nak update blog hari ni. Alhamdulillah, semester final ini ana dapat harungi dengan tabahnya..walaupun banyak sangat dugaan dan kepayahan. Doakan ana dan sahabat-sahabat dapat result yang cemerlang dalam final dan seterusnya dapat grad dengan baik.Amiin.


Banyak juga pengalaman dan aktiviti yang nak dikongsi bersama dengan semua pembaca. Insya Allah ana akan post kan dalam blog ini. Antaranya adalah aktiviti lawatan ke gereja, ekspedisi dakwah orang asli, aktiviti final exam (makan steamboat dengan sahabat-sahabat), dinner dengan student syariah & undang-undang tahun ana, walimah sahabat ana (anak usrah...hm,langkah bendul ni?!), dan lain-lain pengalaman dan program...


Insya Allah.....=)