Keredhaan......kerinduan...keremajaan....


Keredhaan Allah yang ana damba..Sejak akhir-akhir ini ana selalu sangat teringat dengan kekasih junjungan besar, Rasulullah..tak tahu kenapa?sejak akhir ini juga ana selalu ke perpustakaan dan mencari sumber rujukan tentang sejarah Islam. Habis semua ensiklopedia dan bacaan berat yang tidak pernah disentuh jari ini ana belek. Setiap hari ada saja sirah nabawiyyah atau kisah khulafa ar rasyidin atau sejarah Islam yang ana halusi dan terokai dengan serius.


Ana sekarang tengah mencari kebenaran kisah Perang Siffin, Perang Salib dan peribadi khulafa' ar rasyidin. Sangat sedih dan rugi bila memikirkan jika ana tidak mendalami sedalam mungkin apa itu Islam dan peristiwa serta tamadunnya. Kadang kala menitis juga air mata dari mata yang penuh dosa ini mengenangkan payah dan jerih rasulullah saw dan sahabat menyebarkan dakwah tetapi umat Islam sekarang dengan mudahnya mencemarkan Islam dengan bermacam-macam masalah.



Remaja hari terlalu leka dan terlena dek kerana dibuai kesenangan yang mereka rasa tiada penghujungnya. Dengan budaya couple, berkasihan antara bukan muhrim dan budaya2 kuning yang akhirnya boleh menjerut mereka ke kancah kemaksiatan. Pelik sangat kalau seorang itu tidak pernah bercouple atau berpacaran..mereka lebih senang bergayut di telefon berjam-jam dengan kekasih daripada bersolat menemui kekasih tertinggi dan membaca al-quran. Adakah mereka mahu Allah turunkan bala dan bersifat murka pada umat nabi Muhammad saw? Nauzubillah...


Marilah kita berubah tidak kiralah pada remaja ke, kanak-kanak ke, ataupun orang yang dah dewasa...marilah mengubah dunia ke arah kesempurnaan iman seperti zaman kegemilangan Islam dahulu..Ohhh..sangat2 ana rindu zaman itu sehingga ana termimpi-mimpi...Rasulullah, datanglah dalam mimpi ana...Ya Allah tuhan empunya dunia,redhailah ana..Wahai sahabat, marilah kita kembali pada fitrah sebagai hamba.....


Maaf sangat...banyak kerja yang perlu di selesaikan..ana dah lama tak menulis..

BATRISYAH BERSEDIH 3




Aku dan Batrisyah baru pulang dari kuliah an-nisa' di masjid berdekatan kampus kami. Ceramah yang di sampaikan oleh Ustazah Ummu Aiman tadi menusuk segenap kalbu sesiapa yang hadir. Mana taknya ia berkaita dengan hari kiamat dan peristiwa hari akhirat yang pasti berlaku. Batrisyah di sebelah aku mendengar dengan penuh kusyu' sehingga dia mengalirkan air mata. Aku juga menangis tapi secara sembunyi-sembunyi, risau senduku menggangu para pendengar. Tuba-tiba Batrisyah bersuara kepadaku ketika kami sampai di cafe. Aku tak menyedari perjalanan kami .




"Nur, ana risau sekiranya kita berhadapan dengan kiamat esok.." kata Batrisyah.




"erggh....anti janganlah cakap macam tu..ana dah rasa seram sejuk ni..ana dah lah


kurang amalan...nak bertemu dengan Allah dengan dosa ni??" aku tersentak.




"anti rasa yang mana baik?mati sekarang atau masa kiamat?" tanya sahabatku yang seorang ini.




"err...ana rasa lebih baik mati ssekarang sebab kiamat itu sangat dahsyat dan lebih


menyakitkan kalau mati masa tu.." aku memberi pendapat.




"Ya Allah...berikanlah aku terhindar dari segala kesusahan semasa kiamat.." spontan Batrisyah berdoa. Aku terpegun melihatnya yang bersungguh bertawakal.




Kami duduk di cafe sambil memesan makanan. Aku risau buat seketika kerana belum


tadarus al-quran lagi untuk petang ini. Batrisyah bersuara kepadaku..




"Nur..bulan lepas anti pergi menunaikan umrah kan?mesti seronokkan?"




"satu pengalaman yang sangat manis dan penuh hikmah!" aku menjawab ringkas.




"cuti kita start minggu deepan kan?ana.....dan family dah bercadang untuk buat umrah


time kita cuti tu..." kata Batrisyah perlahan, mungkin tidak mahu orang mendengarnya.




"alhamdulillah...syukur!ana seronok dengar anti akan sampai ke sana. Nanti boleh kita kongsi pengalaman dalam usrah.." aku bertahmid dengan rasa gembira.




"tapi ana akan merindui anti,sahabat2 dan usrah kita..."wajahnya terpamer sugul.




"jangan bimbang...bila anti di sana tiada yang lebih merindukan anti melainkan Allah, Rasulullah saw dan beribadat...anti boleh lupa pada segala-galanya..." aku memberi semangat.




Aku teringat pujukan kak Maisarah iaitu kakak saudara ku yang sekarang menyambung pelajaran di Universiti Bait Lahm, Jordan ketika aku mahu berangkat ke tanah suci. Katanya..




"Sematkan jiwamu dengan nama Allah yang Maha mengetahui perjalananmu, Letakkan hatimu di sisi kalimah Muhammad Rasulullah iaitu kekasihmu, Hadirkan kekuatanmu yang diberi Maha Kuasa untuk beribadat beserta kekerdilan untuk sujud kepadaNya...."




Hatiku bergetar tatkala membaca warkahnya. Mencipta kesempurnaan pengibadatan perlukan kesabaran.....aku berharap Batrisyah melelahkan dirinya beribadat di sana kerana mungkin tiada kunjungan kedua selepas yang pertama.....




BERSAMBUNG....


BATRISYAH BERSEDIH 2


Aku duduk santai di bawah pokok dekat dengan masjid.Batrisyah belum menyudahkan solat sunatnya lagi.Pasti dia rindu pada kekasih hatinya Rasulullah saw.aku pula tiba-tiba rindu pada Madinah dan Masjidil Haram. Ah....aku mengelamun sendirian tentang kembara umrahku bersama keluarga bulan lepas. Segar lagi di benakku akan peristiwa aneh di Masjid Quba' yang aku lawati. Hari itu aku sedar betapa kerdilnya diri ini dan betapa berdosanya aku...astaghfirullah...Tak mengapa kan kalau aku cerita kan kisah ini sementara menunggu Batrisyah??


Hari itu masjid Quba' seperti biasa, ramai yang berziarah dan menikmati keasyikan beribadah di masjid pertama dalam Islam. Aku juga tidak ketinggalan. Aku sampai di sana sebelum masuk waktu zohor dan bercadang untuk solat zohor berjemaah di sana. Tatkala aku bergegas ke tempat wudhu' aku terlihat kalimah ALLAH di langit betul-betul tepat di atas kepala ku.Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...jiwaku tak henti-henti berzikir dan bertahmid...Aku terus mengambil wudhu'..Bismillah...baru sahaja membasuh muka, tiba-tiba aku terbau sesuatu yang terbakar, aku mencari-cari dari mana datangnya bau tersebut. Kemudian ku teruskan mengambil wudhu' tapi masih lagi bau itu ada,sehinggalah aku habis bewudhu'. Aku terus bersolat zohor tanpa berfikir panjang.


Azan asar berkumandang. Aku pun sekali lagi mengambil wudhu' walaupun masih ada wudhu'. Sekali lagi bau tersebut datang menusuk ke hidungku. Aku membiarkannya dan mula berwudhu'. Aku bergegas masuk dan memulakan solat berjemaah asar.Di akhir rakaat aku terdengar satu bisikan aneh di telingaku. Bisikan itu mengatakan tentang kaitan bau terbakar itu denganku. Ya Allah....jiwaku bergetar, solatku mulai tak khusyu',air mata mengalir sederas-derasnya,jariku menggigil....


Habis sahaja aku solat, terus aku pitam....Pasti semua tertanya apa yang telah ku perbuat...adakah pernah antum semua mendengar tentang kisah sahabat rasulullah yamg boleh melihat titisan wudhu' sebagai api neraka? aku tidak dapat melihat tapi aku dapat menghidu bau api itu...dosa-dosaku yang ku lakukan dapat Allah swt tontonkan walau hanya sekadar bau...setelah aku sedar dari pitam cepat-cepat aku memohon taubat dan keampunan dari Allah swt....jahilnya aku,hinanya aku,gelapnya jiwaku.......


Tanpa ku sedari Batrisyah sudah lama duduk di sebelahku. Aku menyeka air mata yang jatuh entah kali ke berapa sejak peristiwa itu...

"nur...anti kenapa?" Batrisyah bertanya.

"tak de apa-apa..eh, usrah dengan kak Ruqaiyah pukul berapa?" sengaja aku mengalih topik.

"pukul 3 petang rasanya.." jawab batrisyah.

"jom lah kita pergi dahulu, nak jalan dah 10 minit.."aku mengajak.

"nur...anti muslimah mulia.." Batrisyah bersuara tiba-tiba.

"Allah lah yang Maha Mulia, Batrisyah. Perkataan mulia itu pun tak sanggup ana tanggung.ana banyak dosa.."aku menjawab.

"Insya Allah kita berusaha ke arah itu."


Aku memuji Allah dalam hati sambil memohon ampun supaya tiada sifat riyak dan 'ujub..


Bersambung......

BATRISYAH BERSEDIH 1


Lama diri muslimah berdarah kacukan cina-arab ini sugul. Aku yang duduk di sebelahnya turut berdiam. Kelas sirah nabawiyyah telah lama berakhir tetapi aku pasti jiwanya masih terlekat di situ. Ingin sahaja aku bertanya kenapa tapi hatiku menyekat keinginan itu. Aduhh..kalau macam ni hari-hari boleh bisu aku !
"batrisyah...tolonglah cakap.." bisik aku dalam hati.

Seminit kemudian sahabatku itu bersuara,
"nur...ana ingin bertemu rasulullah....ana nak berhalaqah bersama baginda,para sahabat dan pejuang Islam..." Tiba-tiba sahaja air matanya mangalir. Aku jadi terkedu.

"batrisyah..kita semua rindukan baginda dan ana sentiasa menginginkan rasulullah bertandang dalam mimpi ana. Tapi ana rasa tidak layak memiliki keistimewaan sebegitu. Ana di selaputi dosa..solat pun tak khusyu', puasa pula hanya menahan lapar dan dahaga sahaja sedangkan yang lain berterabur.." aku mententeramkan perasaaan sahabtku ini.

"ana tahu nur...tapi setiap hari ana bermimpikan makam rasulullah. Ana rasa sebak, rasulullah tinggalkan kita dengan kesempurnaan Islam tapi apa yang berlaku hari ni ramai orang yang mahu mencacatkan Islam tapi umat Islam tak dapat berbuat apa-apa." batrisyah melebarkan bicaranya.

Perbualan kami terhenti tatkala ustazah Maryam masuk ke dewan kuliah. Semasa belajar tanpa ku sedari fikiran aku menerewang kepada peristiwa 6 tahun lalu. Setelah aku bersolat subuh hari itu, aku terasa mengantuk yang teramat sangat. Lalu, aku dengan mata yang berat merebahkan diri bersama telekung di atas katil. Walaupun tidak terbiasa untuk tidur selepas subuh tetapi hari itu aku tak dapat mengelaknya. Dalam tidurku, aku bermimpi terlihat ada seseorang sedang nazak dan dipangku seorang wanita. Aku cuba melihat lebih jelas siapa mereka itu tetapi gagal. Tapi air mata ku tak henti-henti mengalir kerana melihat manusia itu. Kemudian aku terjaga dari tidur dan mendapati telekungku habis basah dengan air mata, mataku bengkak..aku terpinga di pagi yang hening...

"nur...sila jawab soalan nombor 25.." aku tersentak tatkala mendengar arahan ustazah Maryam yang mengejut.
"aduhh..mesti ustazah perasan aku mengelamun. Lupa pula aku ustazah ni ada ilmu nak baca fikiran orang..." aku mengomel sendirian.

BERSAMBUNG........

P/S: GAMBAR KUCING 2 TAK DE KNA MGENA..ANA SUKA KUCING..=)

PEJUANG AD DIN~BUAT SAHABATKU

ana sibuk dengan kerja dan assignment yang melambak. Jiwa juga jadi serabut dan tak tenteram. ana tahu sebabnya! tahajud meniti malam dah lama ana tak buat...sahabat ana juga lihat diri ana serabut. agak penat bila kuliah penuh dan ujian kemajuan mencurah-curah.tepu otak rasanya....huh, ana rindu untuk berprogram! sejak program hujung bulan 1 hari tu, tak tahu la kenapa dah tak dibuat program lagi...ana rindu nak bertemu sahabat sefikrah, sefahaman, dan sealiran..


Alhamdulillah....sejak semalam rohani ini dah mula surut gusarnya...Allah itu maha penyayang...sesiapa yang menjadi perindu syahid dan perindu munajat malam pasti akan ketemu penawar jiwa yang mujarab...bila nak berprogram???ana nak sibukkan diri dengan gerak kerja Islam ni! nasib baik esok ana jadi fasilitator pelajar darjah 6....tak sabar nak jumpa adik2 yang merindui program agama....
*rindunyerrrr pada sedara2 ku yang comey2 niii......

buat sahabat ana muslimat dan muslimin, ana harap kita dapat membina kegemilangan kita sendiri dan ana harap tak lama lagi kita akan berprogram...ana rasa antum semua pun dah rindu sangat nak berkumpul dan berbincang tentang program yang nak dibuat..lama sungguh kita ketandusan aktiviti..


ana akan menjadi pejuang ad din dan ana harap sahabat ana pun akan jadi pejuang juga....


p/s:kepada sepupu yang ana kasihi..fahmi dan abang long ana..luqman..meh kite bjuang sama...

perak negeri ku....(n_n)

Ana sedih bila teringat akan nasib pemimpin Islam yang ditindas kezaliman dan hidup sebagai seorang penderhaka. Bagi ana Menteri Besar Perak, Ir Nizar (ana masih mengaggap beliau mb kerana beliau mmg layak) tidak menderhaka kepada sultan perak tapi beliau hanya menuntut hak seperti yang sepatutnya. Dengan masalah sosial yang makin teruk dalam negtara kita ini, janganlah lagi pemimpin2 menunjukkan teladan yang tidak baik seperti rasuah dan saling tindas-menindas.

Kenapa ya para pemimpin berbalah sedangkan musuh di sekitar kita hanya tunggu masa menyerang dan menjajah kita secara zahir seperti palestin?Malaysia bakal jadi macam palestin kalau kita tak sedar dari sekarang! situasi kita sekarang sangat sama dengan palestin dahulu...kalau negara kita diserang musuh adakah saf tentera kita bersedia dan dapat bertahan???

Sangat tidak relevan apabila ingin menahan saudara Ir Nizar di bawah ISA. Akta yang sebegitu sangat zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Mereka tidak pernah dibicarakan apabila ditahan, mereka juga susah berjumpa dengan keluarga dan mereka bukan disoal siasat tapi disoal 'siat-siat'. mungkin sangat kasar bahasa ana tapi itulah hakikat yang terpaksa di perkatakan. Hukum Islam yang berasal dari Allah dipermain tapi kedaulatan raja ditinggikan. tak salah untuk mendaulatkan raja tapi perlu mendaulatkan Allah dahulu. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang ana kasihi..ana ingin kita semula kembali ke medan perjuangan mendaulatkan Islam di bumi Allah swt ini.

Sungguh senang hati ana bila melihat dan mendengar sahabat-sahabat yang turun ke negeri Perak bagi menyatakan sokongan kepada saudara Ir Nizar. Ana tak sabar nak turun juga dan bersama sahabat2 bersusah senang mengerah tenaga untuk kembali menaikkan Islam di Perak. Rakyat sudah menunjukkan isyarat kepada semua bahawa mereka memang memerlukan saudara Ir Nizar sebagai pemimpin, jadi buat apa kita mengecewakan rakyat yang memilihnya. Cuba mereka bayang kan kerajaan pembangkang yang buat macam tu?mau memberontak mereka! Pasal saudara Anwar Ibrahim umum tarikh 16 Sept tu pun, mereka dah cuak..inikan pula PR dapat jadi kerajaan...tak tahulah macam mana reaksi mereka.

Marilah sama-sama pendokong perjuangan Islam serta rakyat yang cinta akan keamanan dan keadilan,kita doakan agar saudara Ir Nizar dan kerajaan PR di Perak akan bertahan dan terselamat dari fitnah dan kezaliman pihak-pihak yang sentiasa dengki dan meminggirkan Islam.

Wallahu'alam...

*ingin sekali aku hidup dalam buangan kerana Islam kerana aku yakin cinta Allah akan
bersamaku....kerana aku yakin syahid tertinggi menantiku....

kemewahan dunia dan adik-adik

Semalam ana ke sebuah tempat mewah,eksklusif. Hati duniawi ana tertarik dengan kemewahan yang ada di sana. Bila teringat akan adat orang berjuang Islam iaitu tidak boleh mengulit diri dengan harta dunia, ana tersedar akan hakikat itu. Ya Allah...janganlah biarkan ana hidup dalam kecenderungan kepada harta dunia, tapi biarkan ana hidup dalam kezuhudan.

Semalam ana juga pergi ke suatu tempat untuk berprogram bersama adik-adik sekolah rendah dan menengah. Walau ana menjadi fasilitator tapi sedikit sebanyak ana juga dapat pengalaman yang sangat berharga dan ilmu yang insya Allah bermanfaat. Ana rasa sedih dan kasihan melihat adik-adik yang sedang diracuni gejala hedonisme yang ada kalanya terlampau. Ana cuma bertanyakan beberapa soalan mudah kepada mereka tentg Islam, tapi jawapan yang diberikan sangat mengecewakan.

kasihan mereka yang dilahirkan tatkala gejala hedonisme ini membangun...kasihan mereka yang lahir ketika budaya meminggirkan islam tumbuh...ana juga kasihan dengan diri ana yang serba kekurangan dalam membentuk diri dan adik-adik....ya Allah...lemah nya hambaMu ini....



boleh menaikkan semangat jihad untuk pemuda pemudi harapan agama.....takbir!!

wanita pencinta syurga ~untuk sahhabat~

wanita ibarat bunga,cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.

wanita adalah makhluk Allah swt yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak pada tangan wanita. kerana itulah sebagai anak,dia perlu menjadi anak yang solehah.
sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang bersedia berjuang demi Islam. Sebagai isteri dia perlu menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu dia bisa menjadi ummi yang terbaik untuk anak-anaknya. Mendidik anak yang dilahirkannya menjadi pejuang Islam. Firman Allah swt dalm surah an nisa' ayat 24 bermaksud:

"barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedangkan ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan tidak dianiaya walau sedikit pun..."

seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 70 orang soleh.
seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

berikan sepenuh kasih sayang kepada kedua orang tuamu kerana mereka adalah tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa.

umi, abah ampunkanlah segala kesalahan putrimu ini dalam setiap langkah, tutur kata dan segalanya. KHAS BUAT UMI, ABAH, ABANG, MASTURA, MAHFUDZAH, MASYITA,AFIQAH...sahabat pejuangan Islam ana.