doa untukmu para sukarela!

Ya Allah yang maha melindungi hamba2 Mu..lindungilah para sukarela yang ingin sampai ke Gaza. Jangan Kau biarkan zionis laknatullah mengancam dan mencederakan mereka.. Ya Allah dengan kekuatan Mu maka hancurkanlah musuh2 Mu yakni zionis. Hantarkanlah bala tentera Mu ke atas mereka bagi memecah belahkan mereka!

Ya Allah yang maha Perkasa...berikanlah musuh-musuhMu pengajaran yang akan mereka ingati sehingga ke akhir hayat mereka kerana telah menentangMu dan menghalang perjalanan konvoi membantu rakyat palestin. Mereka telah mempertaruhkan nyawa saat ini untuk kehidupan rakyat di Gaza.


Ya Allah...sekiranya mereka yang berjuang untuk agamaMU telah mati, maka berilah mereka tempat di syurgaMu...jika mereka cedera dan menderita keran zionis maka berilah sesaat kesakitan mereka itu sebagai penghapus dosa...ya Allah, ya Rahman, ya Rahim......kabulkan lah doa semua umat Islam yang mahukan mereka selamat dan dilindungi di bawah pengawasanMu.....


YA ALLAH....QUNUT NAZILAH KAMI HANTARKAN UNTUK PEJUANG-PEJUANG AGAMAMU DAN PARA ANSARULLAH!!!!!!!!!




umar abdul aziz


Salam 'alaik semua....ana baru sahaja menghabiskan 'homework' pertama iaitu menelaah buku khalifah umar abdul aziz. Alhamdulillah, habis jua akhirnya. Walaupun sedikit lambat dan merangkak-rangkak tapi itula style pembacaan ana. Bagi ana setiap yang dibaca haruslah dihayati, difikirkan dan ditenung. Sikap ana ini kadang2 membuatkan abang ana merungut juga kerana turn membaca buku adalah selepas ana. =)

UMAR ABDUL AZIZ. itulah satu nama yang sinonim dengan keadilan, keberanian dan sifat sebenar pemimpin. Beliau dihormati kawan dan lawan lantaran sangat menitik beratkan kebajikan rakyat. Mahu sahaja ana hidup di zaman pemerintahannya. Menikmati kehidupan sebenar di bawah sebuah kuasa yang adil dan saksama. Banyak nilai murni yang terdapat pada dirinya sehinggakan ada yang bukan Islam memuji-muji beliau.

Bekiau juga dianggap seperti khalifah ar rasyidin yang kelima. Jika dilihat daripada susur galur keturunanya, beliau merupakan cicit saidina umar al-khattab, khalifah ar rasyidin yang kedua. Saidina Umar al khattab pernah berdoa kepada Allah swt supaya mengurniakan dari keturunannya seorang yang dapat membela agama dan menguatkan Islam. Maka ia terkabul ketika lahirnya putera abdul aziz bin marwan. Beliau merupakan salah satu contoh tauladan yang boleh dijadikan contoh oleh semua umat Islam.

anak murid yang kawaii...! o(n_n)o
























ana Bergelar mu'alimmah! o(n_n)o

Salam semua.....semoga kalian semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt. Nampaknya cuti kali ini amat berlainan daripada yang lepas sebaba sudah 2 minggu ana bergelar cikgu @ teacher @ sensei @ mu'alimmah! walaupun guru sementara cuti masih berbaki kira2 2 bulan ini tapi ana rasa sangat gembira. mana tidaknya, setiap kali masuk ke kelas, terasa semangat dan mereka juga sangat rajin. Ada yang nakal tapi tetap mereka ni comel2 semua...ana ajar pelajar cilik 6 tahun...=)

Ana minta mengajar di situ sekadar mengisi masa lapang dan mencari pengalaman bagaimana nak jadi seorang pendidik..kerana salah satu cita-cita ana nak jadi pendidik tak kira cikgu atau pensyarah. Mereka semuanya dalam persediaan nak masuk tahun depan, jadi semua mata pelajaran mesti ada basic dan yang paling penting mesti tahu tentang pendidikan Islam. Ana bersama mereka dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pg saja . Esok pula akan diadakan pertandingan bola sepak dan bola jaring antara daerah, jadi ana akan turun bersama guru yang lain untuk menonton perlawanan mereka..gambatte!!!!!!!




something to you


o(n_n)o winning horse doesn't know that it runs in race. it runs because of beats and pains.

remember! the larger you get pains, the stronger you become. Life is a race and God

is your rider, the harder He beats you, the stronger He makes you to win..LIFE IS

DIFFICULT BUT POSSIBLE!


o(n_n)o you are RUHUL JADID that moves in the nerves of the people...you are the new light

that will destroy the darkness of materialism...you are the voice that echo the

message of prophet MUHAMMAD -asy syahid hassan al banna