al-quran punca kegembiraan


Salam 'alaik kepada semua pencinta syahid, pencinta al-quran....

Ana sudah lama membiarkan blog ini tanpa post. Asifah jiddan! Sangat sibuk di akhir semester ni. Hati pun semakin tak tenteram. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa takutnya hendak mengahadapi baki akhir semester yang penuh mencabar ini. Hamba tidak sekuat mana ya Allah, lagi-lagi ujian hati yang datang.

Baru-baru ketika sedang dilanda masalah hati yang agak kronik, Allah swt telah memberikan ana dan sahabat-sahabat peluang untuk menghadiri satu seminar penghayatan wahyu yang mengupas keajaiban al-Quran sebagai mukjizat paling agung. 3 ahli panel yang pakar dalam bidang al-Quran dan pakar bidang sains dijemput bagi memberikan ceramah. Kebetulan ana dan sahabat-sahabat dikehendaki membentangkan assignment kami yang ada kaitan dengan al-Quran. Alhamdulillah, ilmu yang didengari dapat dihadam dengan baik.Insya Allah.

Ilmu al-Quran terlalu luas dan sangat menginsafkan. Ia bleh menjadikan hati keras seseorang itu lembut, boleh mendamaikan hati yang gundah gulana, ia bisa menjadikan kita menangis syukur dan gembira kerana kasih sayang Allah yang begitu besar kepada kita. Al-Quran punca kegembiraan bagi hamba yang benar-benar menghayatinya! Ia seolah-olah 'surat cinta' yang dikirimkan kepada kita....Keindahan seni al-Quran juga boleh menjadikan hati terasa tenang dan rindu kepada Pencipta yang Maha Agung.


Apa agaknya perasaan seseorang yang dalam hatinya ada ayat-ayat al-Quran seperti seorang hafiz atau hafizah?Masya Allah ana tak dapat bayangkan.....stress dapat dihilangkan dengan membaca kalam-kalam dalam al-Quran. Al-Quran juga punca kita rindu pada kekasih hati kita iaitu Rasulullah saw. Kerana Rasulullah saw yang mengajarkan pada kita tentang al-Quran..Rugi sangat hidup kita di dunia yang sementara ini jika tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, sebagai kitab utama rujukan dan sebagai peneman kita setiap hari...

Ingatlah sahabat! al-Quran juga boleh menjadi penerang kita ketika dalam kegelapan kubur, penjadi peneman kita ketika keseorangan menjawab soalan malaikat dalam kubur, dan menjadi penyelamat kita ketika azab kubur yang dahsyat itu.....Allahuakbar....

Al Quran, satu naskhah usang yang menjawab semua persoalan di dunia, yang menyempurnakan hidup manusia, yang menyelamatkan manusia dari azabNya.....ya, ia tetap naskhah usang yang terletak di sudut-sudut dan ruang terpinggir dalam bilik, berdebu dan bertahun tidak diusik....dan jika mereka (orang-orang yang tidak mengetahui) mengetahui tentang keajaibannya, manfaatnya, keindahannya....nescaya,tidak akan pernah ia ditinggalkan sebegitu......

pejuang Islam mesti dekat dengan al-Quran!wallahu'alam....