

Aku menelusuri kisah Bilal. Muazzin Rasulullah saw bagi azan pertama. Saidina Bilal banyak kenangan bersama Rasulullah, jiwanya tak menentu pabila tinggal di Madinah setelah wafatnya Rasulullah saw. Beliau lalu berpindah, beralih ke negeri lain tapi kenangan bersama kekasih itu tak bisa beliau lupakan sama sekali. Sesaat pun tidak! Namun, bila dipanggil pulang ke Madinah beberapa tahun selepas itu, maka sekali lagi air matanya gugur ke bumi Madinah mengingatkan baginda. Beberapa sahabat menyuruhnya melaungkan azan tapi beliau enggan, lantas pabila dipujuk cucunda rasul, tak mampu lagi beliau menolak. Laungan azan sambil air mata yang tertahan tahan akhirnya merembes jua membuatkan penduduk Madinah keluar ke laman rumah bagi memastikan itukah Muazzin Rasulullah saw. Rindunya kami ummatmu padamu wahai penghulu segala Nabi dan Rasul!
Ya Rasulullah..
Setiap hari tidak lain doaku agar aku dipertemukan denganmu. Aku mahu pastikan masa ku manfaatkan di makammu nanti menjadi momen paling indah dalam hidupku. Aku mahu ke sana, mahu bersihkan diri sebelum ke sana. Ya, mungkin sahaja sebelum ini aku kotor penuh debu penuh jijik...tapi aku janji nanti aku pulang padaMu dan RasulMu tanpa kotoran, bersih. Mahu pakai pakaian iman..
Aku buntu memikirkan masalah umat Islam kini yang kian parah. Makin membarah keadaannya.
Aku merinduimu,
rindu walau tak pernah bertemu,
rindu itu seperti salju,
dingin mendamaikan aku,
wahai rasulku, kekasih hatiku,
Kau juga merindui generasiku kini,
walau kami terbeban dosa,
walau kami lupa akan mu,
walau kami tak amalkan sunnahmu...syafaatkan kami..
No comments:
Post a Comment