S.Y.U.K.R.A.N

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar~




Tinggal 21 hari lagi aku bakal dianugerahkan ijazah sarjana oleh universiti. Penat lelah selama hampir 3 tahun ini berbaloi, alhamdulillah dengan melihat tesisku berjaya disiapkan. Banyak ilmu dan pengalaman yang dapat ditimba, banyak juga insan yang menjadi kenalan. Dari sejauh benua eropah sehinggalah sahabat-sahabat di Malaysia. Tak sedikit yang mereka hadiahkan; semangat, kekuatan, wang ringgit, bahu (untuk menangis), tenaga dan senyuman. Sekalung apresiasi untuk mereka! (big applause*)



3 bulan ini memang super sibuk. Selepas jilid tesis selesai, terus pecut ke Pahang untuk misi mengajar (sharing, just sharing) di Kuantan. Kemudian, aku perlu membuat persiapan untuk travel ke Kashmir ( aku mendapat reaksi yang agak pelik bila mengatakan nak pergi Kashmir! why?!). 7 hari ke sana perlukan preparation yang banyak. Lagi-lagi cuaca sudah mulai sejuk waktu tu. Sejak ke Istanbul tahun lepas, aku ingatkan tak pergi dah tempat sejuk ni. So, baju yang agak tebal tersimpan rapi dah tak tau ada mana =P . Banyak perkara yang berlaku semasa di sana yang tak sempat aku nukilkan lagi (entah bila nak story?!).




Sekembalinya dari Kashmir, aku menunggu hari untuk berangkat ke Korea. Travel ke Korea ini pun sebenarnya berkait dengan pengajianku tapi last minute cancel. Walaupun begitu, aku tetap pergi ke Korea juga untuk jalan-jalan dan meraikan abang, kakak dan anak saudaraku yang ikut sama. Hopefully, perjalanan ini banyak mengajar aku sesuatu yang menjadi bekal di hari kemudian. In shaa Allah, pulangnya dari Korea nanti aku sibuk menguruskan urusan konvo yang bakal berlangsung hujung bulan ini. Hari jubah kali ini istimewa berbanding ijazah dan diploma kerana ia akan dihadiri oleh umi dan abah, abang, kakak dan anak saudaraku. Senyum mereka yang aku mahu lihat di hari itu nanti~

Habis sahaja konvo, perjuangan di medan belajar menanti aku. Di tempat baru, suasana baru, semangat baru dan kajian yang baru. Bravo, Nur!(*tepuk bahu sendiri)

"When the journey ahead seems bleak, don't forget to look behind to see what you've survived already.."

Nice quote~

No comments:

Post a Comment