Ke Korea kita (1)

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar......


14 Okt 2017 jam 5.00 pagi
KLIA 2 - Incheon Airport

Rancangan ke Korea (Seoul dan Nami Island) bersama abang, kakak ipar dan anak saudaraku akhirnya tiba juga. Alhamdulillah hari pertama semuanya berjalan lancar kecuali flight delay setengah jam. Kami dimaklumkan trip ini berjumlah 40 orang (seriously, bagi aku ramai!). Waktu aku ke Kashmir bulan lepas pun 26 orang je aku dah rasa pening sebab banyak kerenah tour guide nak jaga kan, so aku fikir apatah lagi nak jaga 40 orang...fuh! Tapi.....tapi....jangan buat kesimpulan awal ye....nanti aku cerita bila dah sampai part nye....

Ok, aku dan family bertolak ke KLIA 2 naik grab dari Kota Damansara jam 3.30 pagi (memang mengantuk!) dan sampai di sana dalam jam 4.30 pagi. So, sempat aku makan sikit sebelum dengar briefing daripada ejen pelancongan kami ARBA TRAVEL (highly recommended ok..promosi sikit..hehe) tentang perjalanan sesampainya di Incheon airport. Kemudian, yang paling best ada penerangan untuk bersolat dan cara tayamum dalam flight kerana kami perlu bersolat zohor dan asar (jamak qasar) atas flight nanti. 

Selepas itu, masing-masing check-in sendiri dengan family dan terus menuju ke gate yang ditetapkan. Ok, sebelum itu solat subuh jangan dilupakan (nama pun muslim traveller kan ;) ). Lepas solat, aku perasan ada rasa pedih-pedih di muka waktu berwudhu' tapi still buat tak tahu je. Bila tengok kat cermin, memang terkejut la tengok muka sendiri dah bertukar kemerah-merahan. Aku tak pasti sebab apa tapi boleh teka ini adalah sebab alergik yang sedang menyerang. Nak cari farmasi, kami dah masuk dalam....dan ia makin teruk..aku jadi tak selesa langsung, hilang mood terus nak berjalan-jalan. Aku rasa ni mesti samada sebab char kuew tiaw atau kacang yang aku makan semalam. Sebelum ni makan sikit takpe je, tapi hari ini memang betul-betul ujian ( menangis ku di situ...(!___!)) 





Tapi, nak buat macam mana...perjalanan harus diteruskan! Semangat! So, dalam flight aku duduk sebelah seorang peserta trip ni, Shikin dengan mak nya. Sejam lebih kitorang atas awan, dia mula muntah. Kesian aku tengok, dan aku mula menginsafi diri yang baru diuji dengan muka yang alergik....Dalam perjalanan (dan kebiasaanya) aku jarang tidur sebab kadang tu takut sangat turbulence, so membuka buku lah aku dan menulis diari. Aku tengok anak saudaraku, Safiya mula meragam. Dia rimas pakai tali pinggang keselamatan tu. Budak kecik tu 2 tahun 2 bulan tapi cakap macam orang dewasa, aunty2 yang sama trip dengan kami pun gelak tengok keletah dia. Akhirnya, kakak iparku bagi dia tengok cerita upin ipin sekejap. Sampai tertidur jugak lah dia tengok.




Oleh kerana flight kami delay, jadi kami lambat sampai di Incheon (dengan penuh sesaknya lautan manusia pada waktu tu). Satu tempat yang perlu kami lawati hari itu terpaksa di tangguhkan. Ok, tak pe..perjalanan dari airport ke Seoul lebih kurang 1 jam. Kami diperkenalkan kepada 3 orang tour guide selama berada di Korea ini iaitu Farid dan Haiqal (orang Malaysia) dan Susan (orang Korea). So, selepas mereka memperkenalkan diri, Farid memberitahu tentang Korea secara umum dari segi geografi, ekonominya, politik dan sejarah. Aku rasa memang sangat bagus mereka bagitahu semua tu supaya pelancong dapat gambaran awal tentang sesebuah negara bakal dilawati. Ada sebahagian trip yang aku ikut tak buat macam tu, so sedikit frust lah.. sebab tak semua orang datang sana nak tangkap gambar indah-indah je, ada juga nak belajar culture dan tahu sejarah negara tu (especially me!).









Ok, first tempat kami tuju di Seoul adalah of course tempat dinner. Semua dah lapar dan letih, so kena isi perut dulu sebelum check-in guesthouse. Makanan yang dihidangkan memang menyelerakan (ataupun kami memang lapar) dan sekejap sahaja boleh habiskan. Teruja pun ada, first time masuk restoran Korea dan melihat sendiri keadaanya macam dalam drama/filem Korea tu...Oh, jangan risau ye, makanan semuanya memang dipastikan halal. Thumb up! Lepas keluar dari restoran, family aku ditemani Farid pergi cari farmasi tapi sayangnya dah tutup. So, meranalah sikit seharian sebab muka makin teruk.



Sampai di guesthouse dan mengambil kunci bilik, terus solat dan kendiri. Aku ditempatkan bersama roomate a.k.a tour guide, Faiqa yang membawa group satu lagi dari travel ejen yang sama. Masing-masing letih, so lepas solat kami tidur untuk mengecas tenaga bagi aktiviti esok pula. 

Good night, Seoul~ 

3 comments: