Ke Korea kita (2)





Bismillah walhamdulillah wallahuakbar,
15 Okt 2017, Ahad.

Hai semua! Ok, nak sambung semula story tentang trip ke Korea bahagian 2..hehe..nampak gambar di atas? Hari kedua (15 okt 2017) di Seoul, kami mengunjungi ke Everland. Everland ni macam taman tema + zoo lah kira nya. Seriously cakap memang besaaaaarrrrr sangat kalau anda semua nak round sehari dan main semua permainan yang ada agaknya memang tak sempat. Yelah, setiap permainan dan tempat-tempat nak masuk tu memang beratur panjang. Trip kami memang nasib baik jugak sebab datang awal dan sempatlah main beberapa permainan dan masuk ke beberapa tempat. Betapa besarnya Everland ni sampaikan sesat walaupun ada map kat tangan! Berbekalkan wifi yang dah sewa kat travel ejen, dapatlah cari jalan keluar sebab bila tak tahu jalan je terus wasap dalam group atau wasap pada tour guide kitorang.


Ini di depan pintu masuk Everland. Aunty2 ni bergambar dengan staf di sana.


Kat sana banyak sangat perhiasan Halloween, maybe akan menyambut atau sudah menyambut hari tersebut, aku tak pasti.


Tengok pokok ni aku teringat rancangan Running man Korea masa tema animal tu. Tak silap time tu Kwang soo yang menang (Ye kan buat kat sini?!).


Waktu kami sampai di sana masih tak ramai sangat orang jadi bolehlah berjalan-jalan lambat dulu. Kotak makanan lunch sudah diberikan pada kami setiap seorang. Ketika ini kami diberi kebebasan untuk ke mana sahaja dalam Everland, tapi yang bagusnya tour guide kami siap suggest kan tempat dan kawasan yang sesuai dan seronok nak pergi. Bermulalah perjalanan kami daripada Panda world dan memasuki mini zoo (yeke mini zoo??) yang ada singa, penguin (safiyyah panggil wiwin) monyet yang comel dan banyak juga binatang yang menyambut kedatang manusia dengan pelbagai gaya dan aksi..Owh, disebabkan Safiyyah dah berat (sori safiyyah) so kami mengambil keputusan untuk menyewa stroller di sana. At least, kalau safiyyah tak nak naik bolehlah tumpang beg dan popcorn yang berat ni..hehe...









 Perancangan kami lain daripada orang lain sebab consider safiyyah dan masa yang diberi sampai jam 4 petang sahaja. So, first destinasi adalah tempat haiwan, kemudian ke blood city (eh, betul ke namanya gitu?!) yang menempatkan roller coaster, tempat zombie dan segalanya yang thriller. Sebelum ke situ, kami makan tengah hari dan mencari tempat solat bersebelahan mystery mansion. Oh, bila makan lunch tu tiba-tiba teringat kenangan di Jordan bila ada program. Nasi dan lauk yang dimasak persatuan/ kadang-kadang rumah kami bayt aman di Jordan yang masakkan. Rasa pun ala-ala jugak...rindunya..okay, cukup nostalgia pulak~

Alhamdulillah di Everland ada tempat solat siap tempat wudhu tapi kena berkongsi ruang, so bergilirlah lelaki dan wanita untuk solat. Kami solat jamak taqdim dulu supaya masa panjang lepas solat untuk buat aktiviti lainnya. Lepas solat, kakak iparku ajak naik roller coaster walaupun waktu tu jam nak dekat pukul 2 petang dan orang tengah ramai beratur nak naik. Mula-mula perasaan takut tu takde pun tapi bila nak dekat giliran rasa makin scary pulak dengar jeritan2 orang yang naik sebelum kitorang. 



Waktu kat atas tu rasa macam nak putus nyawa (!__!) 



 Turun-turun je roller coaster tu, pening pun ada..peliknya aku tak menjerit langsung sebab terlalu takut......(berazam tak nak naik dah sebarang roller coaster dan sejenis dengannya). Lepas daripada pengalaman ngeri tersebut, kami meneruskan perjalanan untuk ke tempat lain pula. Kebetulan ada perarakan warna warni di tengah-tengah jalan di Everland, sempatlah aku memfoto beberapa keping pertunjukan mereka.




Sementara itu, safiyyah dan kakak iparku sempat menaiki kuda ini dan bersuka suki lah dia... =)


nampak tak kengerian rail roller coaster ituu...




I'm happy to bring this red dolphin tie at my bag~ lol


 Finally, I got churross~ yummy..

Setelah memusing-musing mencari jalan keluar akhirnya dapat juga ketemu tempat berkumpul kami tadi.Yeah! Kerana penat, kami semua tidur di atas bas sementara bas bergerak menuju ke bandar Seoul untuk dinner dan membeli-belah.ZzZz...






Time dinner, oleh kerana aku tengah alergik seafood dan kacang, maka secara rasminya semua seafood yang sedap di Seoul ini tak dapat aku rasai. Takpelah, lagipun bukan aku seorang saja~ Farid belikan aku dan aunty yang tak boleh seafood tu satu set nasi dan ayam yang sedap, alhamdulillah..tapi, aku makan juga ramen yang digoreng sebelah nasi goreng seafood tu..hihi..muka aku sedikit membengkak comel dan pedih serta gatal. Alhamdulillah, mak Shikin bagi aku ubat alergiknya 2 biji so malam itu aku segeralah makan ubat tu. Jazakillah khairan jaza' pada beliau, baik hati betul..


So, lepas dinner kami pun pergi ke Myeongdong street, boleh dikatakan sebagai syurga kosmetik bagi sesiapa yang make up dan skincare. Tapi sebelum tu, Farid dan Haikal bawa kami ke kedai yang jual kimchi dan seaweed halal. Di sana juga kami beli air manis (pisang, strawberi dan kopi) untuk diminum di guesthouse. Aku beli 2 pek kimchi untuk bawak balik malaysia, kakak dan abang beli seaweed berpek-pek untuk stok safiyyah..hehe...

Keluar dari kedai, kami berpusu-pusu serbu kedai stokin-stokin (comel dan made in korea!) untuk buah tangan orang di Malaysia. Aku nak bagi pada sepupu2 yang kecil dan pakai sendiri. Then, kami singgah beli mask (sini serius murah so belilah banyak buat stok) dan beli baju t-shirt labuh. Aku beli untuk umi sebab  labuh dan selesa untuk umi pakai. Tempat ini mempunyai kedai-kedai di bawah tanah dan kat sana pun banyak barang especially baju, kedai barangan artis (semua barang ada gambar artis kpop) dan kedai kasut.

Selepas 1 jam, kami berkumpul semula di tempat naik bas dan kembali pulang ke penginapan. Walaupun letih, kami tetap semangat dan seronok dengan trip ini~

Sambung lagi nanti, kamsahamnida~~


No comments:

Post a Comment