sultan Mehmet II : kebajikan sosial amalan beliau

Aku menutup buku catatanku  'My Journey: Turki' dan membuka kaca mata. Pening yang singgah di kepala perlu dirawat. Aku sendirian di ISAM library hari ini. Sepupuku Hazirah dan sahabatnya ke tempat lain untuk mengambil gambar kerana sisa salji masih ada di luar. Masih buntu memikirkan manuskrip yang belum dijumpai. Buku-buku dan dokumen yang tergeletak di atas meja library kembali ku usik sambil sebelah tangan menaip mesej di whatsapp.

" Salam Dr., susah betul nak cari dokumen berkaitan Hospital Fatih. Saya ada di ISAM library. Mohon doa Dr. untuk dimudahkan mendapatkannya."

Mesej ku hantar kepada kedua-dua pensyarahku yang sangat ku sayangi; seorang penyelia tesis masterku dan seorang lagi boleh ku anggap sebagai mentorku. 

" In shaa Allah awak boleh cari dokumen tu..."

Benarlah, sikap positif membuahkan hasil. Tak sia-sia bergelumang dengan buku-buku dan dokumen yang diambil tadi, rupanya bukan satu yang berkaitan dengan kajianku malah hampir semuanya. Sebenarnya bukan aku mahu mengalah awal tapi tempoh aku berkelana ke bumi Istanbul ini hampir tamat, kerana itu aku resah jika masih belum membawa pulang dokumen terpenting itu. Alhamdulillah, aku sudah mampu tersenyum dengan hasil pencarian hari ini. Segera aku menguruskan urusan fotokopi dan bergegas keluar mencari sepupuku dan sahabatnya untuk pulang. 

Itulah ceritaku pada 28 Januari 2016. Di Istanbul.


               Potret ini yang memaku pandanganku ketika di Panorama, Istanbul dulu. Ya, beliau Sultan Mehmet II yang digelar al-Fatih. Sosok inilah yang banyak membuat aku berfikir setahun kebelakangan ini. Aku tahu kisah hebat perangnya malah aku juga tahu betapa strategisnya beliau dalam menawan kota konstantinople. Tapi aku mencari sesuatu di balik wajah penuh keimanannya. Bukan berapa juta kekayaannya. Bukan juga darjatnya sebagai sultan yang memiliki empayar yang luas. Namun aku mahu merenung akhlaknya pada si miskin, anak yatim dan ibu-ibu tua yang kehilangan suami dan anak-anak tempat bergantung. 

               Hal ini tentang kebajikan sosial. Social justice juga. Yang hangat dilaung-laungkan barat malah jadi ikutan setiap negara-negara membangun. Ia juga tentang hak pemimpin kepada rakyat. Dan tidak semua pemimpin yang bisa melakukannya. Dari sebuah kompleks wakaf yang dilengkapi masjid, hospital, madrasah dan kolej, dapur awam, tempat mandi awam, perpustakaan dan asrama sehinggalah skecil-kecil cara berwakaf. Yang aku kagumi adalah ia seolah menjadi tradisi sehingga sekarang oleh rakyat jelata. Ia juga diaplikasi kepada negara-negara di bawah kekuasaan kerajaan 'Uthmaniyyah ketika itu seperti di Bosnia dan Herzegovina. 
           
Sahabatku,

           Aku bukan fanatik pada sosok ini, kerana ku tahu tidak ada manusia yang sempurna dan maksum melainkan cinta hatiku, Rasulullah s.a.w. Setiap manusia pasti ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. Tapi aku memuji dan tidak salah kalau aku menyanjunginya untuk secebis jasa yang beliau taburkan dalam memartabatkan Islam selepas kejatuhan Islam di Baghdad sebelum itu.  

Aku teringat 2 kata-kata yang menggambarkan Istanbul (kota konstantinople):

if one had but a single glance to give the world, one should gaze on istanbul.-alphonse de lamartine


if the earth were a single state, istanbul would be its capital- napoleon bonaparte

:: catatan ini tertangguh hampir setahun, dan hari ini dapat aku sempurnakan. Alhamdulillah.::

No comments:

Post a Comment