kembali menulis



Bismillah walhamdulillah wallahuakbar...

segala pujian semuanya dikembalikan pada Allah swt atas segala nikmat kurniaan iman, Islam dan akal. segala kerinduan dan selawat dihadiahkan buat junjungan besar nabi muhammad saw. 

Sudah hampir dua bulan pulang ke tanah air tapi baru hari ini berkesempatan untuk menulis kembali di dalam blog yang sudah 'bersawang' ini. seperti baru sahaja saya menjadi blogger sedangkan sudah 5 tahun rupanya. Inshaa Allah, di kesempatan ini saya mahu berkongsi lebih banyak pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang di dapati dalam kehidupan ini.

Sebagai permulaan, mari kita sama-sama hayati Firman Allah swt dalam surah al-'asr ini sebagai pengajaran :


semoga dengan sedikit peringatan ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita yang mana kebanyakan manusia seringkali lupa bahawa masa tidak menunggu kita. Manusia yang membuang masa umpama membuang sebahagian kehidupan mereka yang Allah swt beri.

Ayuh kita menyedari akan hal ini wahai umat Islam! kita keciciran disebabkan terlalu memandang enteng tentang masa. banyak kebaikan yang kita abaikan dan menyusup masuk segala perbuatan sia-sia di dalam diri kita jika masih lalai dalam menjaga masa. mari teguhkan azam untuk menggunakan masa dengan sebaiknya mulai dari saat ini.

semoga Allah swt memudahkan urusan kita. Robbi yassir wala tu'assir!

No comments:

Post a Comment