Bukan Cinta Biasa


Bismillah walhamdulillah wallahuakbar..!

Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda. Para daie sekalian yang sentiasa berjuang untuk agama Allah, moga cinta kepadaNya dan jalan perjuangan ini sentiasa mekar!

Ia bukanlah cinta biasa. Sungguh aku merasainya malah ramai juga pernah merasainya. Tatkala di sapa hidayahNya, itulah cinta! yang bukan cinta biasa-biasa. Kadang kita tidak menyedari bahkan ada yang mahu tidak mengakui cinta pertama kita adalah Allah. Sebelum bertemu dan berkasih dan berpacaran dengan kekasih, suami, tunang, atau orang tua, kita semua sudah berkasih dan berjanji untuk menumpahkan taat setia kita pada Yang Esa.

Cinta ini luar biasa! Dia sentiasa dekat dan menghulurkan cinta serta kasih, malah tidak pernah tidak berbalas. Untuk bertemu, mengadu, dan meminta padaNya cukup mudah. Tiada halangan mahupun batasan waktu buat hambaNya. Dia selalu ada, Maha Mendengar, Maha Melihat, dan Maha Memahami keadaanmu di saat senang mahupun sulit.

"ya Allah, huluran cinta ini mungkin tidak selayaknya namun hamba tahu Engkau Maha Tahu segalanya. Engkau Maha Tahu kekuranganku dan lemahnya diriku dalam kehidupan ini."

:: aku ingin jadi tetamuMu dan ingin jadi sebahagian dari tanah haramain yang mulia ::






No comments:

Post a Comment