Diari kembara Turki 1453 (2)

Bismillah.....kembara hari kedua bermula....dengan cuaca di Istanbul yang hujan renyai-renyai tidak mematahkan semangat kami untuk menggali sejarah Turki Uthmaniyyah yang makin dilupai....




Perjalanan pertama meredah hujan renyai-renyai keluar dari penginapan kami adalah sebuah lagi makam berhampiran. Ia juga makam kerabat diraja. Pada hari ini, kami bercita-cita menawan laluan tentera sultan al fateh ketika mahu menawan kota konstantinople pada zaman dahulu..jadi pada hari ini kami tidak menaiki tram. kata penganjur lawatan : "kita mahu lihat adakah kita sekuat tentera al-fateh zaman dahulu, jika kita tidak mampu untuk mendaki laluan ini bermakna kita masih lemah.." Kami menyahut cabaran dengan semangat yang membara!

Dalam perjalanan hari ini, kami melihat Masjid aya Sophia dan blue mosque di depan mata! it's amazing! tapi hari ini kami tidak melawat ke dua tempat tersebut, hanya sekadar lalu sahaja.




Sepanjang perjalanan kami terdapat beberapa gereja, dan kami sempat pergi ke satu gereja sahaja kerana kesuntukan masa. ramai pengunjung beragama kristian yang datang untuk melakukan ibadat mereka dan datang melihat keunikan gereja yang berusia puluhan tahun ini.




Destinasi kami seterusnya adalah muzium sufi yang menempatkan barangan, gambar-gambar dan cara hidup seorang ahli sufi. Di sini, alhamdulillah kami mendapat sahabat-sahabat dari turki seramai 3 orang yang bernama ayse, seyma dan zeynab. Mereka merupakan penuntut di sebuah universiti di turki dan sedang bercuti semester.




Perjalanan diteruskan ke menara Galata yang mana jika kita naik ke atas menara ini, kita akan dapat lihat pemandangan yang sangat mengagumkan.subhanallah! tetapi oleh kerana hujan masih tidak reda, penglihatan kami agak terbatas.


kami tinggalkan menara Galata dengan sebuah kenangan indah bersama adik-adik dari turki yang ada bersama di sana. Kami perlu cepat menuju ke destinasi seterusnya kerana hari sudah beransur petang. Penganjur membawa kami ke sebuah tugu sultan al fateh dan pergi melihat sebuah gereja yang telah ditukar kepada masjid dan akhirnya menjadi sebuah muzium.......





Ramai pengunjung yang hadir di sana untuk melihat kesan sejarah yang ditinggalkan pada zaman dahulu. Di muzium tersebut, terdapat sebuah gerai menjual cenderahati seperti beg, buku, pen serta key chain. Saya tertarik pada sebuah buku novel yang bertajuk Last Train to Istanbul tapi tidak saya membelinya kerana masa untuk bertolak pulang ke penginapan telah tiba. Hanya sempat untuk mengambil gambarnya sahaja. ^_^


Hampir waktu maghrib kami sampai di sultanahmet, sebuah tempat berhampiran penginapan kami di cemberlitas. speechless melihat keindahan masjid-masjid di sultanahmet ketika waktu maghrib. sungguh indah, subhanallah! Saya juga kagum pada ramainya manusia yang berpusu-pusu menyahut seruan Allah swt utk bersolat di tengah-tengah kota yang membangun seperti itu. Alhamdulillah! masih ada manusia yang jiwa-jiwanya hidup!



Kami tinggalkan pemandangan sultanahmet yang mempesonakan itu lalu pulang ke penginapan dengan keletihan yang amat sangat. Walau begitu, kami tetap bersemangat untuk kembara lagi keesokkan harinya!

:: sudah jatuh cinta pada Turki, bumi Islam itu ::

No comments:

Post a Comment