Diari kembara Turki (3)

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar....

Hari ketiga dibumi Istanbul terasa lebih bersemangat dengan cuaca yang baik untuk meneruskan pengembaraan kami. Dengan berjalan kaki, kami ke destinasi pertama iaitu tempat simpanan air bawah tanah. Kami agak beruntung kerana awal pagi hari itu masih tidak ramai pelancong yang datang.

 Tempat yang kami lawati ini agak gelap dan hanya diterangi cahaya lampu mentol di beberapa laluan sahaja. Sejarah tempat simpanan air bawah tanah ini agak menarik kerana ia mempunyai mitos tentang Medusa iaitu perempuan yang disumpah rambutnya menjadi ular dan siapa yang memandangnya berisiko menjadi batu. Begitulah serba sedikit mitos yang dipercayai oleh orang Yunani dan menjadi popular sehingga kini.





Gambar di atas ini menunjukkan Medusa yg dikatakn dalm mitos.

kemudian kami meneruskan perjalanan ke kucuk aya sophia yang terletak agak jauh dari tempat yang pertama tadi. Mungkin kami rasakan jauh kerana kami berjalan kaki ke sana.




Pemandu pelancong kami berkata di masjid ini dahulu terdapat seorang warga Malaysia yang berkahwin dengan warga Turki dan menutut di universiti di Turki. Setelah bersolat sunat dan berziarah di beberapa tempat dalam kawasan masjid, kami pun meninggalkan kucuk aya sophia dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Blue Mosque dan aya Sophia. Kebetulan pada hari ketiga kami di sini adalah hari Jumaat, jadi sahabat-sahabat kami yang lelaki pergi solat Jumaat di Blue Mosque. Alangkah beruntungnya!

Oleh kerana kami sampai awal ke kawasan Blue Mosque, pemandu pelancong kami membawa kami sebentar ke satu muzium yang menempatkan tinggalan sejarah lukisan-lukisan dan marmar pada zaman dahulu. Ia menunjukkan terdapatnya penempatan dan cara hidup zaman purbakala di kawsan tertentu.







Di kejauhan kawasan luar Blue Mosque, terdapat ramai pelancong dari serata ceruk dunia datang bagi melihat keindahan dan kecantikan masjid ini. Kami berehat di luar semenatara solat Jumaat selesai sambil mendengar khutbah Jumaat dalam bahasa inggeris. Alangkah bagusnya! Dakwah boleh tersebar luas dengan cara ini kerana ramai di kalangan pelancong adalah orang bukan Islam yang rata-ratanya memahami bahasa inggeris.









* pada waktu solat jumaat, para pelancong yang bukan Islam tidak dapat masuk ke dalam perkarangan masjid.

Kami sempat makan tengah hari di Blue Mosque dan menikmati syai (teh) sambil memerhati gelagat pelancong yang pelbagai selepas solat Jumaat. Kemudian, kami bergerak ke Aya Sophia agak lewat. Nasib baik Aya Sophia berhadapan dengan Blue Mosque. Jadi kami  sempat sampai sebelum asar.

Aya Sophia merupakan sebuah gereja pada zaman dahulu. kemudian apabila Sultan Al-Fateh menawan kota konstantinople, beliau menjadikan Aya Sophia sebagai masjid dan bersolat di sana. Pada zaman Mustafa Kamal Atarturk, Aya Sophia dijadikan muzium dan beberapa perubahan dibuat di dalamnya.































Alhamdulillah selesai menerokai Aya Sophia yang begitu luas, besar dan mengkagumkan! interesting place! Akhir sekali, kami teruskan perjalanan kami ke sebuah tempat bernama yildiz palace yang mana dikatakan  istana terakhir khalifah Sultan Abdul Hamid II sebelum digulingkan dari takhtanya. Istana ini terletak di atas puncak bukit yang sangat tinggi. Kami ke sana dengan berjalan kaki dan ini bermakna kami perlu mendaki jalan menuju ke sana. Kiri dan kanan jalan menuju ke yildiz palace dipenuhi perumahan mewah dan beberapa kedai runcit.

Sesampainya kami di depan pintu pagar yildiz palace, rupanya kami telah lewat dan tidak dibenarkan memasuki kawsan tersebut. Sayangnya! Walaupun kecewa tetapi kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan istana yang tersergam indah itu. In shaa Allah lain kali kami berpeluang ke sana lagi!




Alhamdulillah, hari ketiga kembara kami berjalan dengan lancar. Walaupun sakit juga kaki mendaki ke yildiz palace tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan esok harinya.

:: ku jejaki perjalanan khilafah terakhir Islam ::

No comments:

Post a Comment