Diari Kembara Turki (4)

Assalamu'alaikum wrt..

Hari keempat di Istanbul berbeza dengan hari lain mungkin. Hal ini kerana perjalanan hari ini sebahagian darinya menaiki kapal dan tram bawah laut merentasi Turki di sebelah Asia. Jom,lihat destinasi pertama kami!


Look at this! inilah pengangkutan kami sepanjang pagi ini. It's a nice ship. Seawal pagi kami ke pelabuhan kecil untuk menaiki kapal bersiar-siar mengelilingi selat bhosphorus. Kapal ini disewa khas selama beberapa jam untuk kami sahaja. Subhanallah! memang pengalaman yang meyeronokkan tapi agak pening jugak pada awalnya. Sewaktu pengalaman ini ditulis, rasa macam terdengar-dengar kicauan burung camar dan terbau-bau laut marmara. ^_^

















Keindahan selat bosphorus, laut Marmara dan Golden Horn menawan hati kami. Kelihatan menara Galata, dan jambatan yang panjang merentasi laut. Subhanallah! segala pujian dikembalikan pada Allah swt. Kami berpuas hati dengan perjalanan ini, alhamdulillah! Saya dan sahabat-sahabat masih sempat menikmati syai (teh), kopi panas dan bersarapan mi segera (untuk mereka yg tak sempat bersarapan).

Turun dari kapal, kami meneruskan perjalanan ke muzium dan istana diraja yang menyimpan pelbagai tinggalan sultan serta khilafah Islam. Di sana juga terdapat barangan rasulullah saw seperti pedang baginda dan para sahabat. Alhamdulillah, terubat juga kerinduan pada kekasih hati rasulullah saw walaupun tidak berkesempatan untuk pergi ke Madinah al Munawwarah. ^_^


Cantikkan! Subahanallah..Dah macam dalam cerita Harry potter pula bila jalan di laluan masuk istana ni..=)














Buku ini saya beli di kedai cenderahati. Pada awalnya, saya ingat ini buku nota. Tapi bila dibelek-belek, ia merupakan buku profil dan gambar-gambar sultan ketika zaman khalifah Uthmaniyyah. Teruja!


* maaf, gambar dalam muzium yang menempatkan barangan rasulullah saw tidak dapat saya pamerkan kerana sebab-sebab yang tertentu.

Kemudian, setelah kami selesai mengelilingi dan melawat istana dan muzium, kami turun ke satu lagi muzium yang menempatkan barangan purba. Oleh kerana istana tadi di atas bukit, jadi kami turun ke pertengahan bukit untuk masuk muzium purba tu.








Setelah itu, kami singgah di sebuah muzium lagi iaitu muzium Islam dan teknologi. Di sini kita boleh lihat pelbagai teknologi zaman dahulu sehingga sekarang yang digali oleh ilmuan Islam yang terkenal seperti Ibnu Batuta, Ibnu Sina, dan lain-lain.


































Kami keluar dari muzium Islam menjelang petang untuk menuju ke destinasi terakhir hari keempat ini iaitu Turki di bahagian Asia. Kami menaiki tram bawah laut yang baru dirasmikan oleh Erdogan pada bulan disember 2013 (tidak silap saya). Alhamdulillah, pengalaman yang tidak dapat dilupakan! Tram ini lebih laju dari tram yang biasa kami naiki.

Keluar dari stesen tram, hari telah gelap dan kami disajikan pemandangan yang sangat cantik. Keindahan malam di Turki sebelah Asia juga mengkagumkan. Subhanallah!





Kami pulang semula ke Istanbul selepas solat maghrib di sana dan berkenalan dengan sahabat dari turki bernama Aisya. Dia meminta kami mendoakan supaya Islam akan terus gemilang di Turki. Perjalanan hari keempat ini makin menarik hati saya dan sahabat-sahabat untuk mengkaji lebih mendalam tentang Turki dan kegemilangannya suatu ketika dahulu.

:: Turki, semoga Islam bersinar di bumimu :: 

No comments:

Post a Comment