PRK kampus terakhir......

salam perjuangan semua. Dari pelusuk timur, barat, utara dan selatan dunia..di mana sahaja kalian para daie sekalian, moga sentiasa dalam rahmat Allah selalu! selawat dan salam buat junjungan besar nabi saw, keluarga serta sahabat baginda. Moga kitalah pewaris perjuangan mereka.

Di Jordan, pilihan raya kampus (PRK) tidaklah sehangat dan semeriah di Malaysia. Walaupun begitu, untuk PRK terakhir ini, hajatnya mahu memanaskan keadaan dengan kempen-kempen dan promosi calon-calon yang saya fikir layak untuk diketengahkan. Maaf, bukan hari ini untuk kempen sebab masa kempen akan bermula esok. In shaa Allah saya akan post kan kempen-kempen saya untuk mereka.

Selama 3 tahun mengutip ilmu di Malaysia, dan sekarang 2 tahun setengah berkelana di bumi Jordan, dan mungkin kembali ke tanah air untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi selama 2 tahun , pastinya saat-saat PRK adalah kenangan yang akan tersemat di hati. Di situlah medan bertempur, medan mengasah bakat, kuasa team work dan pelbagai praktikal lagi. Pernah mencalonkan orang, pernah dicalonkan, pernah menang kerusi dan itulah saat-saat indah bergelar mahasiswa. Adik-adik yang baru melangkah ke alam mahasiswa, selamat datang ke dunia indah ini. Kutiplah sebanyak-banyaknya pengalaman yang ada!

Sekarang merupakan waktu penarikan diri, jadi malam ini akan diumumkan calon-calon yang bertanding pada PRK kali ini. Debaran masih ada walaupun tidak sehebat ketika PRK di Malaysia dahulu. Adik-adik yang saya calonkan di kerusi masing dan menjadi saingan mereka tidak kurang hebatnya. Mereka punya kredebiliti masing-masing, punya karisma dan perwatakan yang mampu menarik para pengundi. Saya mengharapkan semua mahasiswa dapat turun untuk mengundi pada 20hb disember ini dan berkempen secara sihat untuk calon masing-masing.

:: selamat bertanding! ::

No comments:

Post a Comment