Diari kembara turki 1453 (1)


Kembara ke bumi Turki pada bulan Januari lepas memberikan saya satu inspirasi, pengalaman dan ilmu yang bukan sedikit. Bertolak dari Aqabah, Jordan menaiki Turkish airline membawa saya dan sahabat-sahabat perjalanan selama lebih kurang 2 jam. Alhamdulillah, udara pagi di Turki dapat kami hirup setibanya kami di Istanbul.


Dengan beg bagasi yang masih di tangan, kami terus menaiki tram ke panorama. Ia sebuah tempat yang indah dan mendamaikan. di situ juga terdapat satu bangunan menempatkan gambar-gambar dan replika peristiwa penawanan kota konstantinople pada tahun 1453.


Di panorama kita akan dapat menghayati sendiri peristiwa penawanan kota bersejarah itu secara lebih dekat. Begitu ramai pengunjung yang rata-ratanya pelancong dari luar negara, mahu menyaksikan sendiri keunikan tempat ini.




setelah penat mengelilingi kawasan panorama, kami menaiki tram semula dan menuju ke tempat penginapan yang disediakan. kami berehat dan menguruskan diri sebelum keluar semula di kawasan sekitar cemberlitas (sebutannya cemberlitash) dan beyazid untuk melawat makam diraja.




Yang menariknya di hari pertama kami di sini adalah ketika jalan-jalan ternampak dua orang tua yang membuat kebajikan dengan memberi burung-burung merpati makan bijirin. saya dan sahabat-sahabat mengambil kesempatan untuk menabur makanan untuk merpati yang datang. Pada malam hari pula, kami singgah ke sebuah restoran makanan turki untuk menjamu selera sebelum kembali ke penginapan untuk merehatkan diri.


Alhamdulillah, hari pertama kembara ke Istanbul selesai. Dengan kepenatan yang hadir, ia sangat berbaloi dengan ibrah (pengajaran) yang kami dapat. perjalanan hari kedua bakal menyusul!

No comments:

Post a Comment