
Syura itu sunnah rasulullah saw. Para sahabat dan ulama' juga telah menyambung sunnah itu. Dalam kuliah ana beberapa hari lepas, kami ada buat perbincangan tentang konsep d
emokrasi dan lawannya adalah konsep syura. Islam itu syumul dan sempurna tidak mengira pada siapa, bila dan dimana. Jika kita melakukan syura dalam membuat sesuatu keputusan itu lebih diberkati dan mengikut sunnah. Bukankah kita mengaku cintakan rasulullah saw tetapi kenapa kita malas untuk menyempurnakan sunnah itu?? keputusan syura jika tersilap ia ahli-ahli syura itu tidak salah. Syura ini haruslah disertai dengan solat sunat contohnya solat sunat taubat, solat sunat istikharah dan solat sunat hajat bagi kita diberi petunjuk dalam membuat sesuatu keputusan.


Malaysia juga harus buat begitu...ini saranan ana, pelaksanaan hukum Islam dan sunnah rasulullah saw perlu dijalankan jika mahu lihat umat Islam negara ini kuat dari pelbagai segi dan kita semua dapat bersenang-senang di negeri akhirat. Perlembagaan persekutuan yang telah sedia ada ana rasa baik untuk semua tapi ada beberapa perkara yang menunjukkan Islam telah di anak tirikan di negara ini. Bukankah dahulu tanah melayu atau lebih khusus Melaka dan beberapa buah negeri adalah pusat penyebaran Islam paling gemilang di asia ten
ggara? Mereka juga mengamalkan syura dalam membuat keputusan. Ana paling suka pada pemerintahan Sultan Alaudin Riayat shah yang seperti saidina Umar al faruq yang memerhati kehidupan rakyat di waktu malam.. kerana itu jika dilihat, semangat orang Islam dahulu lebih tinggi berbanding sekarang walaupun mereka serba kekurangan..moga roh2 mereka dicucuri rahmat..

Em...panjang betul ulasan ana hari ini..=) tapi kesimpulanya sangat pendek iaitu.....
"SYURA ITU SYURGA"
kerana apa?....antum fikirkan....
No comments:
Post a Comment