baru sekejap tadi...


Baru sekejap tadi ana dan beberapa sahabat berusrah secara tidak langsung..asalnya kami mahu buat 'halaqah makan' tapi tak sangka jadi 'halaqah makan + ilmu' tapi ana sangat teruja berkongsi ilmu tentang pejuang Islam...hanya Allah swt yang tahu betapa excited nye ana bila semua sahabat ana yang baru kenal memang minat dengan sirah! tiba-tiba ana memulakan halaqah kami dengan cerita sultan al fateh, kemudian bertukar cerita umar abd aziz dan terselit cerita rasulullah dan isteri baginda.


bersemangat betul kami berkongsi cerita dan mengutip kisah tauladan...macam-macam tajuk buku keluar sehinggalah seseorang datang dan mengganggu perbualan kami...rasa macam terputus urat...mood berkongsi ilmu terus hilang....hm,sedih...

No comments:

Post a Comment