program...

salam semua....akhirnya baru ada masa yang sangat sedikit ini untuk tulis tentang program yang ana lalui.Actually ada usrah dan kerja2 yag belum selesai lagi tapi tak pe lah,nak rehat kejap dari kesibukan yang panjang ni.. Alhamdulillah masa raya hari tu banyak pengalaman yang ana dapat dari aktiviti keluarga contohnya keluarga sebelah ayah ana pergi merisik bakal ibu saudara yang duduk di kelantan. First time ana tengok situasi sebegitu..keluarga mereka menyambut baik kedatangan kami dan memberikan layanan yang baik..beruntung ayah saudara ana,alhamdulillah!
aktiviti pada satu syawal macam biasalah,menziarahi saudara mara dan kubur2 nenek dan datuk yang telah pulang ke rahmatullah..hari raya kedua pula ana sekeluarga bertolak pulang ke kampung..cukup seronok bila 'kenduri barbecue' dan mengadakan tahlil..sepupu2 ana yang nakal2 ni main mercun dan bunga api di luar rumah kemudian berlawan dengan jiran sebelah. alangkah meriah syawal tahun ini apabila silaturrahim antara keluarga dapat dieratkan..
maaflah ana cerita pasal pengalaman raya ana di sini..=) Yang paling seronoknya adalah program semalam iaitu forum tentang mahasiswa.wah!panel2nya memnag hebat dan lantang bersuara..segala ilmu yang dicurahkan pada forum itu memang menerujakan ana dan sahabat2..mana tidaknya walaupun forum itu tamat agak lewat malam tapi kami tidak langsung mengantuk.info-info segar dan isu2 yang dibangkitkan sangat memberikan impak dan melupakan ana tentang hari keesokannya.(esoknya ana ada temuduga penting). Persoalan dan respon dari mahsiswa yang mendengar forum juga sangat memberangsangkan. Pada ana forum semalam adalh sangat sukses!tahniah kepada pada penganjur!!

No comments:

Post a Comment